Penat

Assalamualaikum semua. Andainya luahan hati ni di post aku nak ucapkan terima kasih in advance.

Aku perkenalkan diri secara ringkas. Aku seorang wanita, masih bersuami & ada dua orang anak lelaki.

Alhamdulillah, kehidupan kami cukup sempurna. Suami tak pernah culas dalam pemberian nafkah.

Cumanya, aku sendiri yang penat.

Paham tak penat mak-mak yang hadap perangai anak-anak setiap hari. Penat buat rutin sama setiap hari.

Bukanlah tak bersyukur dengan kehidupan dimiliki, tapi tu lah hati rasa rasa letih.

Setakat letih badan boleh hadap lagi, tapi letih otak & hati ni tak tau macam mana nak handle.

Memandangkan suami aku kerjanya selalu outstation, jadi hampir 90% keputusan dalam hal keluarga aku yang buat.

Aku cuma perlu minta izin dari suami aku.

Benda ni jadi letih sebab suami aku tak berapa nak get involved dalam hal pengurusan keluarga.

Sekolah anak aku yang carikan, nak makan kat mana aku kena pilih, cuti hujung minggu aku kena plan nak buat apa. Tugas dia cuma bagi duit.

Bab duit tu aku tak nafikan, cukup makan pakai semuanya.

Tapi tulah, lama kelamaan tugas parenting ni jadi aku sorang yang kena handle sendiri.

Benda ni jadi satu mental load yang berat.

Setakat buat kerja rumah cuma penat badan, tapi bila segala keputusan aku sendiri kena decide rasa penat jugak dengan alasan beliau selalu takda kat rumah.

Jujur aku cakap, aku takda support system yang bagus. Kawan-kawan pun takde, keluarga pun jauh.

Orang kata jadi suri rumah ni senang, duduk kat rumah je tapi percayalah “kerjaya” yang dipandang sepi ni tak mudah ye.

Semua SOP rumahtangga kau kena buat & handle sendiri, tiada orang akan guide kau.

Paling terkilan bila kau bagi pendapat orang tak terima sebab kau cuma suri rumah.

Ok, tu jelah aku nak membebel.

Terima kasih yang sudi baca luahan hati ni..

– Sis Jambu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *