Hi, aku N. Aku berumur 25 tahun dan baru bekerja sebagai admin.

Kawasan rumah aku boleh dikatakan sebagai kawasan kampung dan kebanyakan pekerja akan mengambil pekerja dengan gaji yang murah bermula dari RM1,500 sehingga RM1,600 dengan alasan kawasan rumah aku merupakan kawasan kampung dan bandar.

Aku merupakan seorang yang mempunyai ijazah dan sudah melakukan konvokesyen.

Untuk mendapatkan pekerjaan dan gaji mengikut kelulusan aku amatlah susah walaupun sudah bermacam macam jawatan aku mohon baik di kawasan berdekatan rumah dan bandar besar.

Sebelum aku bekerja sebagai admin aku pernah bekerja di sebuah syarikat perumahan tetapi terdapat pelbagai masalah dalaman yang telah mengakibatkan kepada masalah mental dan kesihatan aku.

Sepanjang 4 bulan aku tidak bekerja, macam macam telah aku lakukan. Aku menghadiri pelbagai kelas untuk meningkatkan skill aku. Berbagai interview telah aku haditi tetapi aku tidak mendapat jawapan.

Aku berusaha untuk meningkatkan skill aku supaya banyak syarikat tertarik dengan resume aku tetapi tetap saja sama. Tiada panggilan interview lagi.

Mak aku cakap aku kene sabar dan redha. Aku berusaha sabar dan redha sehinggalah aku dapat interview di salah satu syarikat impian aku. Syarikat impian aku dari sekolah menengah lagi yang menjadi motivasi aku untuk belajar sehingga ijazah.

Aku berusaha berlatih presentation untuk assesment yang diberikan. Tidur lewat untuk presentation sewaktu interview. Alhamdulilah sewaktu interview aku boleh jawab dengan lancar.

Masalah bermula selepas interview dan kebanyakan kawan aku dapat kerja di syarikat MNC. Aku mula rasa insekiur dengan diri sendiri. Hari hari aku solat hajat dan berdoa supaya aku dapat bekerja di syarikat impian aku.

Sehinggalah satu hari tempoh yang diberikan untuk menunggu jawapan bagi interview tersebut telah tamat. Aku kecewa yang teramat dan mula menyalahkan keadaan.

Aku mula mempersoalkan segalanya. Aku mempersoalkan takdir dan rezeki Allah. Aku seolah tidak berpuas hati dengan keputusan ini sedangkan aku berusaha dan tidak bermain main tetapi kenapa Allah masih lagi tidak menetapkan rezeki aku di situ.

Mak aku perasan dengan perubahan aku. Aku menangis dan kecewa dengan takdir aku. Aku mula menyalahkan semua benda.

Perasaan ini makin teruk bila kawan aku jugak dapat panggilan interview di syarikat sama. Aku seolah makin mempersoalkan semuanya.

Mak aku cakap tak apa mungkin bukan rezeki. Cuba redha dan percaya dengan takdir Allah. Aku cuba tapi semakin lama aku semakin mempersoalkan. Setiap kali aku solat aku minta ampun kepada Allah kerana mempersoalkan rezekiNya.

Tetapi dua tiga hari kemudian bila aku lihat ramai yang dapat kerja di syarikat impian aku. Aku mula mempersoalkan balik.

Sehingga satu tahap di mana aku seolah gelap mata dan aku berfikir untuk apa aku solat sedangkan bila aku minta sesuatu tidak pernah dikabulkan.

Selama ini aku tidak pernah minta apa apa sekalipun keluarga aku hancur bercerai berai. Mental aku disiksa. Aku menangis buat assignment dan macam macam lagi. Selama ni aku berdoakan cuma kuatkan diri aku sahaja untuk menghadapi dugaan akan datang.

Mak aku perasaan perubahan aku bila aku marah marah cakap orang lain tidak berusaha senang dapat apa yang diaorang nak sedangkan aku berusaha satu pon aku tak dapat. Mak aku cuba nasihatkan aku.

Aku pon cuba pujuk hati aku untuk terima tapi hati aku terlalu kecewa. Sehingga aku hampir untuk meninggalkan segalanya dan hampir untuk mengatakan takdir aku ini terlalu sial.

Bersyukur aku masih mempunyai iman dan teringat kepada Allah. Cepat cepat aku istigfar dan memohon ampun kepada Allah.

Sekarang, aku telah mendapatkan pekerjaan baru sebagai admin dengan gaji RM1,600. Aku cuba bersyukur dan redha walaupun sebenarnya aku masih lagi berharap untuk bekerja di syarikat impian aku.

Doakan aku terus kuat dan doakan semoga aku terus tabah serta rezeki aku semakin mengalir seperti air yang mengalir di laut dan sungai.

Sekian terima kasih.

Dari seorang hamba Allah,

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Kadang2 apa yang kita nak tu bukan yang terbaik untuk kita. Berapa tahun lepas, syarikat yang saya kerja nak merge dengan satu lagi syarikat A bawah group yang sama, jadi syarikat tu panggil saya dan semua collegues saya ke interview. Semua kawan2 saya dapat job offer, saya tak dapat. Saya memang rasa malu dan insecure. Tapi setahun lepas tu, saya pi interview untuk satu syarikat lain, dan saya dapat kerja tu. Gaji hampir 2 kali ganda dari gaji yang syarikat A sanggup bayar. Tempat kerja pun lagi best.

    Sekiranya saya dapat kerja di syarikat A sebelum tu seperti yang saya harapkan, semestinya saya tak berpeluang dapat gaji 2 kali ganda. Jadi Allah sebenarnya tak bagi saya dapat kerja di syarikat A sebab dia nak bagi saya kerja ditempat yang lebih baik.

    Kadang2 juga, apa yang kita minta tu Allah tak makbulkan segera, tapi dia makbulkan selepas satu masa. Pada tahun 2016, saya perlu pindah bilik sewa. Masa mencari tu, saya nampak iklan bilik sewa yang cantik, yang saya sangat teringin. Tapi rumah tu jauh dari ofis saya. Saya doa minta supaya saya dapat sewa bilik yang cantik macam tu. Tapi bilik yang saya end up sewa tak cantik, panas, dan tak ada lif, tapi cuma 1km dari ofis. Setahun lepas tu ofis saya pindah, dan for some reason, saya pun perlu pindah rumah segera. Waktu tu adalah antara waktu2 yang sangar sukar dalam hidup saya. Gaji saya masa tu kecil, dan rumah sewa mahal, ditambah dengan stress dari orang lain. Saya dah give up masa tu, masalah banyak, sampai dah tak nampak jalan keluar dah, hidup rasa gelap macam terowong yang tak ada cahaya. Sebenarnya dah hampir rasa nak bunuh diri. Jadi masa tu saya dah ingat, sewa sajalah bilik kat tempat mana2, asalkan ada tempat tinggal. Saudari tau apa yang Allah bagi saya masa tu? Bilik sewa di kawasan rumah yang saya teringin sangat2 tu. Dan bilik sewa yang lebih baik dari yang saya nak. Sewa pun murah, lokasi pun sangat baik. Allah tak makbulkan doa saya segera, tapi dia tetap makbulkan doa saya. Dan masalah besar yang saya hadapi selama 3 minggu, yang saya rasa macam terowong gelap tu, Allah bagi jalan keluar, tak sampai 24 jam semua masalah tu selesai.

    Jadi yakinlah dengan janji2 Allah. Manusia boleh berbohong, walaupun orang yang kita paling percayai, tapi Allah tak pernah berbohong. Bila Allah janjikan sesuatu, janji itu adalah pasti

  2. Hi sis, tolong jangan salahkan takdir. Rezeki Allah tu akan datang pada waktu yang tepat. Kadang-kadang apa yang kita impikan tu bukan yang terbaik untuk kita. Saya sendiri pernah rasa apa yang sis rasa, kerja dengan gaji tidak setaraf dengan taraf pendidikan saya selama bertahun-tahun. Tipu la kalau kita tak sedih tengok kawan-kawan lain dapat kerja yang kita impikan. Tapi saya bersangka baik, mungkin takdir saya untuk tidak bekerja dalam bidang yang saya belajar.

    Pernah dengar tak orang cakap, kita akan dapat benda yang kita tak pernah sekali terfikir atau harapkan? mungkin sebab itu la takdir yang Allah dah tetapkan dan paling terbaik untuk kita. Alhamdulillah, sekarang saya dapat rezeki yang tak disangka. Dapat bekerja di company yang agak besar dgn gaji dua kali ganda banyak dari sebelum ni.

    Nasihat saya, timba sebanyak ilmu dengan company sekarang ni. Dalam masa yang sama, jangan pernah putus asa mohon kerja di company impian sis tu ya. Jangan bersangka buruk denga aturan Allah, hari sis tu akan tiba juga. Sebab tu adanya pepatah bersusah susah dulu bersenang senang kemudian. Semoga urusan sis sentiasa dipermudahkan. Hugs

  3. Sis, ujian tu akan berterusan sehingga kita redha. Redha dulu. Dengan seikhlas-ikhlasnya baru solusi tu akan hadir.

    Percaya dengan timing Allah. Jangan berhenti berdoa. Allah Maha Baik. Allah Maha Tahu. Allah tahu apa yang kita tak tahu. Mungkin sis rasa syarikat impian tu yang terbaik untuk sis. Tapi Allah lagi tahu jika syarikat tu bukan yang terbaik untuk sis. Doa dan serahkan pada Allah. Trust Allah’s plan is the absolute perfect.

    Jangan salahkan takdir. Takdir Allah tak pernah buruk. Setiap takdir Allah itu baik. Cuma akal dangkal kita yang tak mampu untuk memahami takdir Allah. Kita ni tak berhak apa-apa pun sis ke atas hidup kita. Apa yang Allah tetapkan, terimalah dengan hati yang lapang dan redha. Jangan terpengaruh dengan hasutan syaitan untuk bersangka buruk kepada Allah.

    Semoga dipermudahkan segala urusan sis.

  4. Saya ada pengalaman sama dan sekarang pun kerja kerani biasa gaji basic RM1500 je. Tipu la kalau tak sedih kalau tengok kawan-kawan lain semua dah ada kerja tetap setaraf pendidikan.
    Kadang sampai ada satu tahap tu saya pun putus asa dan tak ada semangat nak cari kerja dah. Masa tu saya kerja pasaraya taw awak..pasaraya balik malam hari-hari.

    Saya pun pernah persoalkan kenapa orang lain dapat kerja sedap-sedap tapi saya tak dapat. Tapi sebenarnya mungkin kita banyak dosa dengan Allah, ibubapa & orang sekeliling kita. atau mungkin Allah nak uji sejauh mana pengharapan kita pada-Nya tentang soal rezeki.

    Saya share ye pengalaman saya bulan lepas 03/2024. Saya dapat temuduga dekat satu majlis ugama islam ni dan ended up itu bukan rezeki saya. Saya menangis dan sangat-sangat sedih selama 2 hari tak lena tidur ye. Sampai 1 hari tu Allah ketuk hati saya untuk solat tahajjud, ngadu kat dia, minta kat dia apa yang saya nak.

    Maha suci Allah, next week tu saya dapat 3 temuduga awak. serentak 3 hari..sekarang saya tunggu keputusan je, saya mohon orang yang baca komen ni doakan saya juga ye untuk lulus temuduga.

    Kat sini saya nak cerita, kita hilang 1 je awak, lepas tu kita broken, rasa nak give up, tapi bila kita berharap pada Allah sepenuh hati, bersangka baik dengan-Nya. Allah bagi lebih lagi. Saya tahu kita tak kuat kadang salahkan takdir, hampir putus asa, tapi tu semua mainan syaitan tu. Pegang Allah awak, percayalah bila kita pegang Allah tu. Allah bagi lebih kat awak.

    Saya dah rasa, saya harap komen saya ni dapat jadi semangat untuk awak ye. Keep it up and have faith in Allah. Semoga lepas ni awak dapat kerja setaraf ijazah dan suasana di tempat kerja tu menyenangkan mental awak. Aamiin allahumma aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *