Pada malam yang sepi ni saya ingin meluahkan sedikit apa yang terbuku dalam hati. Perasaan sedih & sunyi ni akan datang secara tiba-tiba tanpa diminta.

Apabila perasaan ni datang, makin banyak lah fikiran negatif menguasai. Kalau tanya punca kenapa boleh jadi macam ni, terlalu banyak jawapan atau punca saya jadi mcm ni ataupun paling mudah ianya sangat complicated.

Tetapi apabila fikir puncanya, mesti ada satu benda yang boleh relate antara masalah yang saya pernah hadapi.

Manusia. Ya. Jawapannya mesti manusia.

Sebab itu lah saya lebih suka menyendiri. Secara semulajadi, saya dapat cari jalan untuk lupakan masalah dengan bergaul bersama haiwan. Iaitu kucing.

Walaupun sifat kucing ni macam nak tak nak layan kita, tapi dengan adanya kucing di sisi pun saya rasa tenang tanpa perlu bercerita dengan kucing (lagipun kucing akan buat tak tahu je bila kita bebel pun)

Mungkin bagi anda luahan saya ini amat membosankan. Tetapi ini lah apa yang terbuku dalam hati.

Saya adalah seorang yang jarang meluahkan apa yang terbuku dalam hati kerana boleh dikatakan saya tiada ‘satu’ kawan yang betul2 ada, lagi2 apabila saya dilanda perasaan sedih ni.

Kerana apa?

Kerana saya sentiasa jadi people’s last option. I will never be anyone’s first option.

Setiap orang mesti ada kawan baik yang sentiasa ada disisi apabila kita perlukan, ataupun mereka pun akan cari kita bila kita diperlukan. Tetapi saya sebaliknya.. Tiada

Nak kata saya takde kawan, takdelah sampai macam tu. Tetapi kawan saya mesti akan ada kawan yang lagi dia rapat berbanding saya. Itu lah apa yang saya perasan dalam banyak2 hubungan saya dgn kawan2.

Ditambah lagi dengan masalah di rumah dan di tempat saya kerja.. Saya rasa sangat lah sunyi bila takde orang yang boleh mendengar coretan saya.

Saya kurang bersosial. Saya sering dipulaukan oleh manusia. Saya pun tak faham sebab apa, adakah kerana saya ni membosankan? Tak mencapai ‘standard’ untuk berkawan?

Ada satu pengalaman saya waktu diploma, saya pernah berkawan dalam satu group ni, saya sering disisihkan. Terutama sekali dalam group assignment.

Sayalah orang yang tidak ada bersama dengan group yang saya berkawan ni, saya akan pergi cari group assignment sendiri.

Ya saya tahu apa yang pembaca fikirkan. Mungkin kalian fikir saya punya cara kerja ada yang salah atau perangai saya yang kurang enak dimata mereka. Manusia kan… saya akui mungkin saya agak lembap dalam buat kerja waktu itu.

Ketika zaman sekolah pun, saya sering dipulaukan kerana ada seorang budak ni pernah cakap saya ni terlalu ‘blur’ untuk dibuat kawan.

Contohnya apabila mereka bersembang satu topik dan saya tak tahu apa yang sedang dibualkan, saya akan bertanya tetapi mereka tetap bersembang macam saya tiada situ.

Sangat perit sekali apabila diperlakukan begitu walaupun nampak benda macam kecik sahaja.

Kenapa manusia buat macam ni dekat saya. Adakah kerana kekurangan diri saya mereka tak boleh terima dan pulaukan saya?

Self esteem saya sangat rendah lagi2 saya rasa rupa paras diri saya ni tak mencapai ‘beauty standard’. Jujur cakap beauty privilege ni wujud tak kira dimana2. Siapa yang lagi cantik, akan ramai lah yang approach orang cantik tu.

Alasan kenapa saya decide untuk luahkan disini adalah satu sahaja.

Kalau ada sesiapa yang mengalami apa yang saya rasa, anda tidaklah keseorangan. Macam2 perangai manusia yang buat saya rasa ‘tawar hati’ untuk berkawan dengan ramai orang.

Itu lah yang membuatkan saya penat. Penat dengan perasaan ini & manusia…

– Min (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Biasa je dik. Hidup je lah sorang2. Nanti, akan ada satu tahap, kanu dah tak kisah pasal orang lain. Alhamdulillah saya ada keluarga yang boleh buat hilang semua pening. Walaupun, ada lah sikit2 kadang isu keluarga.
    Tapi, bila semakin meningkat usia, kawan2 keliling akan sibuk dengan kerja masing2, keluarga masing2. Jadi, tak perlulah nak kisahkan kawan sangat.
    Teruskan berbuat baik dengan orang, orang yang tak baik untuk kita, tinggalkan.
    Dalam apa2 juga hubungan manusia ni, tanpa sedar sebenarnya kita memerlukan sesama kita demi diri sendiri.
    Cukup ada kawan yang sesekali kita boleh bertegur. Sesekali tanya khabar. Jalan terus walaupun hidup sendiri. Sesekali luah la macam adik luah ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *