Assalamualaikum hi. Nama aku Melur baru kahwin tak sampai 2 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata. Sejak melahirkan anak, aku cepat penat dan letih. Semestinya fizikal dan mental.
Bukannya suami aku tak tolong dari segi buat kerja rumah. Dia tolong basuhkan pinggan, memasak, basuhkan baju, sidai baju. Suruhlah apapun mesti dia buat. Aku bersyukur sangat dengan suamiku yang selalu tolong buat kerja rumah.
Persoalannya sekarang ni. Walaupun suami tolong buat kerja rumah. Aku tetap penat sebab aku bekerja and kena uruskan anak. Waktu siang memang tak sempat nak kemas rumah malam saja waktu untuk kemas rumah. Disebabkan anak aku masih kecil dia mesti akan bangun pada waktu malam untuk nak susu. So tidur pun dh tak cukup. Aku penat sampai takdak rasa nak bersama langsung dengan suami.
Aku rasa penat bila bersama nak kena bangun basuh yelah takkan nak tidur tanpa basuh. Hygiene right ? Baru plan nak tidur awal. Jadi tidur lambat jugak. Esok pagi nak kena mandi wajib basahkan rambut. Nak kena keringkan rambut pulak. Kalau baby tak terjaga awal takpe. Kalau dia jaga awal. Nak kena layan dia jugak dalam masa yang sama terkejan2 nak siapkan diri, siapkan barang baby, siapkan baby. Penatt. Pagi2 dah penat dah untuk jalankan rutin harian. Bukannya aku tak bagi langsung untuk suami. 2 kali sehari mesti bagi. Tapi bagi pun just untuk lepaskkan rasa dia saja. Aku kesian. Tapi betul aku memang takda ada mood tambah2 untuk foreplay semua tu.
Nak minta pendapat abang/kakak yang dh berumah tangga. Yang ada ramai anak. Macamna korang handle this kind of situation. Tambah dua2 bekerja. Mcmna handle kerja rumah, uruskan anak atau ada ambil any supplement untuk kurangkan rasa penat tu. I really need help to avoid something bad happen in future. Thanks !!
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
U r not alone dik… Akak fhm penat dia tu.. xleh bawa bincang langsung.. mood semua ke laut.. time will heal, nanti lama2 akam biasa.. akak amik supplement Surbex zinc B plus, kotak hijau tu.. awak jgn give up ok..
Rasanya ramai nak rekomen product masing2 kat fb nih hehe… 😝
Dik, akk pernah rasa mcm ni mmg lepas bersalin anak pertama.Badan kita ni jd badan baru dik. So mmg ambil masa nak beradaptasi dan pulih. 2 tahun ya ibu2, bdn kamu br pulih.Sbab tu Allah bg ko nyusu 2 thn.
First thing first, ko berkomunikasi dgn suami ko.buatlah arragement utk weekdays tak pyh inzal kt dlm.buat kt luar je, so ko hny perlu cuci je. Dan bautlah jarak hari. I know br kahwin, excited tp ni utk mental ko dik.Sila berbincang baik2. Weekends tu ko bg lah special treatment ke kt suami ko. Tapi pastikan suami pon memahami lah.
Kedua, jaga makan dik.elakkan minum ais dan air bergula.banykkan minum air ksong dan mkn protein dan sayur2 dan buah. Trust me, bdn org menyusu ni sensitif ya amat! Ko mkn benda2 viral tu mmg mendapatlah ko dik.
Ketiga, bersenam.Ko rasa mcm dah penat bagai kan, tp dgn bersenam bdn ko jd segar dan bertmbh tenaga dik! Akk start amalkan masa dpt anak kedua mmg rasa menyesallah aku tak buat benda ni awal.tak yah lama 10 min sehari pon ok.
Supplement ni utk org yg mkn tak cukup gizi, akk tak galakkan tp bolehlah cuba consult dgn doktor ko.Esp supplement calcium mag dan vitamin b.Tapi pastikan ko consult doc dlu lah.