Penat

Aku penat menjadi kuat.

Selama ini orang nampak aku kuat harungi segala ujian yang mendatang, tapi bukan aku kuat cuma aku takda pilihan lain selain meneruskan hidup dan bertahan.

Tiada tempat untuk aku bersandar. Keluarga sendiri hanya nampak aku sebagai tempat untuk menyenang dan memudahkan urusan mereka.

Duit tak cukup boleh minta pada aku, hal orang tua serah pada aku. Aku nak tolak itu keluarga jadi lapangkan dada dan buat sehabis baik.

Aku selalu berdoa semoga mendapat pasangan yang baik, boleh menjadi tempat untuk aku menjadi sisi yang lemah tu.

Allah maha baik dan mendengar doa aku walaupun aku bertemu jodoh pada usia 30an aku sangat bersyukur akhirnya aku ada tempat untuk bersandar cuma tak lama Allah pinjamkan pada aku.

Lebih kurang 8 bulan melayari bahtera rumah tangga, suami aku jatuh sakit dan mula menjauh dan membenci diri aku.

Bermacam ikhtiar aku lakukan untuk pertahankan rumah tangga kami dan kembalikan suami aku yang dulu.

Aku terpaksa menjadi kuat dalam masa yang sama kesihatan ibuku juga tidak baik.

Pada waktu ini tiada yang bagi ruang untuk aku melayan sedih atau menenangkan diri. Aku terpaksa pendam semua untuk menguruskan ibuku.

Aku rasa penat yang amat sangat, bila balik ke rumah orang tua keadaan memaksa untuk aku jadi kuat kerana aku dah tiada tempat untuk aku berpaut sebentar dan banyak perkara yang perlu aku selesaikan.

Hidup aku seperti sudah hilang sinar. Sekeliling memaksa aku untuk berpisah dengan suami. Aku buntu dan penat.

Orang kata lepas berpisah aku boleh kecapi bahagia lain.

Entah lah dalam waktu aku yang teruk ini pun keluarga sendiri pun tak peduli sangat sampaikan aku rasa jika aku mati sorang-sorang dalam rumah pun tak ada yang tahu.

Aku sendiri pun dah tak tahu apa akan jadi dengan rumah tangga aku.

Adakah suami akan kembali sembuh, jika dia sembuh adakah dia akan kembali pada aku? Aku tak tahu.

Tapi yang pasti keluarga aku tetap akan terus mendesak untuk aku hidup demi kebaikkan mereka.

Hah sadisnya hidupku.

Aku tersangatlah penat untuk mengharungi hidup ini sorang-sorang.

– Riya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *