Penat

Aku mohon pandangan dan pendapat. Nama aku Nas (bukan nama sebenar), Umur dalam lewat 30 an.

Aku seorang wanita yang berkerjaya iaitu penjawat awam. Aku dulu pernah berkahwin tapi tak berpanjangan hanya bertahan hanya 5 tahun.

Selepas setahun aku bercerai, aku terjumpa semula dengan rakan sekolah aku bernama Ham.

Ketika itu kami cuma berkawan biasa, Ham pon selalu cerita yang dia sedang dalam proses penceraian dari sebelum dia jmpa aku lagi..

Disebabkan Ham dan isterinya adalah tentera jadi proses ke mahkamah mengambil masa agak lama untuk selesai.

Hasil perkahwinan Ham dengan bekas isterinya mereka mempunya seorang anak lelaki.

Disebabkan itu, aku sentiasa mengingatkan Ham bahawa penceraian dia nanti melibatkan ramai pihak dan perasaan. Akan memberi impak pada kedua ibubapa Ham, mertua, isteri dan terutama anak.

Tapi mereka berdua tekad untuk tidak teruskan perkahwinan mereka..

Dan selepas setahun, Ham mengajak aku berkahwin, aku rasa mgkin aku rasa aku dah pon mengenali Ham, aku pon menerima lamaran Ham.

Beberapa bulan selepas kami menjadi suami isteri, aku mula nampak yang Ham ni suka mendesak aku membuat pinjaman koperasi dan bank untuk memenuhi kehendaknya.

Gaji tentera Ham banyak dipotong akibat pinjaman koperasi tentera.

Aku turutkan kehendak Ham, abis duit loan, dia minta belikan moto berkuasa besar secara tunai, dan tunai pula dengan menyuruh aku membuat pinjaman koperasi lagi, sedangkan gaji aku masih ada potongan loan sebelumnya, aku pening..

Aku tolak tapi Ham tarik muka masam berminggu, aku pon akur, selesai beli motor, Ham minta belikan kereta honda auto, kerana Ham mengalami kecederaan dilutut akibat bersukan tak dapat membawa kereta Ham yang manual, aku turutkan juga, aku makin pening….

Gaji aku makin kecik.. Aku betul² pening…

Dan aku perasan… makin lama Ham makin culas bab nafkah aku, barang-barang dapur yang kasar² macam ayam, ikan dan lain² semua aku yang sediakan, urusan rumah banyak aku uruskan.

Setelah 3 tahun kami berkahwin dan selama 3 tahun tu kami menetap dikuaters tentera. Oleh kerana Ham mengalami kecederaan dilutut dia membuat keputusan untuk berhenti menjadi tentera.

Barang- barang kemas aku yang aku beli sendiri hampir 30k semua disimpan dalam kedai pajak tanpa ditebus, aku beli semua tu.. Sikit² aku kumpul.. Aku sedih.. Sangat sedih.

Dah la aku terbeban hutang, nafkah jauh sekali, kebanyakan perkara aku yang tanggung.

Selepas Ham berhenti tentera dia minta aku beli rumah dekat area kampung kami, dan aku pon beli, bagus juga aku fikir itu je harta aku yang tak mudah dia gadai.

Aku pon dspt berpindah ke kampung kami sebelah selatan, perkahwinan kami tidak dikurniakan anak kerana aku ada masalah dengan PCOS, kerap keguguran.

Selepas setahun kami berpindah, ada orang kampung kami ingin serahkan anak untuk dijadikan anak angkat. Kami ambil kerana kasihan kan nasib anak kecil itu nanti, segala urusan perbelajaan mencecah 3k aku yang keluarkan duit sendiri.

Mulalah otak aku ligat apa perlu buat tuk tambahkan pendapatan. Aku ajak Ham berniaga disebelah malam, diwaktu siang aku bekerja,

Memandangkan Ham kerap sangat tak bekerja selepas berhenti tentera, segala urusan rumah, bil², makan minum, myk kereta motor semua atas bahu aku, aku jadi sangat semak,

Ada juga kadang² Ham kantoi dengan aku ada bermain cinta dengan perempuan lain. Aku suruh dia pergi tinggalkan aku, memandangkan rumah itu milik aku, dia tak nak, dia merayu mohon maaf setiap kali kantoi yang bukan².

Hati aku dah tawar, tawar sangat².. Aku penat mental dan fizikal, aku rasa ibarat aku ketua keluarga galas semuanya, aku berniaga aku bayar gaji Ham sehari RM20 ke RM30..

Aku masuk macam² pinjaman perniagaan untuk aku galas semua modal² dan mencari idea. Dan selepas beberapa bulan aku berniaga tiba² PKP..

Allah… sesak nafas aku.. Aku ada ssm, banyak bantuan aku tak dapat, aku dah banyak kali murung. Aku dihimpit hutang, hutang sebab nak memuaskan hati orang.

Sejujurnya Ham ada sifat baiknya kadang membantu aku dalam urusan rumah tapi jarang² la.. Kebanyakannya tunggu aku suruh tu pon dah petang, dan Ham ni spesis yang sangat susah bagun pagi dan suka tidur lewat malam.

Banyak urusan diwaktu pagi dia selalu terlepas.. Kadang sampai aku marah² aku penat.. Aku stress.. Aku sakit.. Jiwa aku sakit.. Solat?? Ermmmm..

Aku rasa aku tak boleh duduk di kampung, aku mohom tukar ke bandar semula, tempat aku bertugas sebelum ini. Aku terpaksa membuat pinjaman atas terpaksa sebab aku nak guna untuk membayar deposit sewa rumah, rumah teres aku dikampung aku sewakan.

Memandangkan pampers, susu, pngasuh anak semua aku yang tanggung, aku tekad pindah semula ke bandar untuk cari peluang kerja part time.

Masa di kl aku dah maklum siap² pada Ham minta dia cari kerja, dan dia maklum dia bawa grabfood, ye dia berubah hari² tak pernah tak kerja, aku mula rasa lega, aku mula dia beri duit belanja.. Walaupon sehari RM10 atau RM20, aku merasa lega sebab dia mula nak berubah..

Dah Ham cakap dia yang aman bayarkan duit bulanan pengasuh anak. Tapi makin lama dia makin malas. Mula lah episod aku sediakan semua, aku bayar semua, aku mula rasa fedup. Aku dah mula rasa aku tak memerlukan lelaki dalam hidup aku.

Kini usia perkahwinan aku dengan Ham hampir 10 tahun, aku dah tak rasa bahagia, sebenarnya dah lama aku tak rasa bahagia sebab aku dah terlalu berdikari. Aku dah penat.. Sangat penat..

Aku minta pandangan semua pendengar, apa yang perlu aku buat? Aku dah mula rasa muak dan letih, aku keliru.. Aku mohon pandangan..

– Nas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *