Penat

Assalammualaikum dan hi semua. Sebelum saya menulis luahan hati saya, izinkan saya meminta maaf jikalau bahasa saya agak keras dan boleh memberikan kesan negatif kepada kalian.

Kalau ada tersilap kata, mohon kalian berikan saya pendapat dan kata kata motivasi kepada diri saya supaya jadi lebih positif. Btw, terima kasih membaca luahan hati saya.

Nama diberi ialah Khadijah. Saya belum kahwin lagi dan masih bawah umur 30-an. Seorang gadis yang tinggal di ibu kota tapi saya rasa keluarga saya ialah miskin bandar.

Saya merupakan anak tunggal kepada kedua ibu bapa saya. Ibu bapa saya sangat dan amat menyayangi saya. Saya bersyukur tentang itu.

Di dalam entry ini, saya nak cerita ujian saya terhadap ibu bapa saya.

Saya sejujurnya penat sangat mempunyai parent yang kahwin dan hidup sebumbung tapi hidup macam tak persefahaman antara satu sama lain.

Mempunyai seorang yang bapak yang tidak pandai berkomunikasi yang baik (maksudnya tak pandai nak communicate kalau ada sesuatu perkara), seorang yang keras kepala dan nak ikut kepala sendiri,

Seorang yang tak bonding dengan family (contohnya family sendiri, family belah ibu dan adik beradiknya),

Seorang yang tidak dapat menjaga hati isterinya (contoh membantu isterinya buat kerja rumah atau menyambut ulangtahun isteri) dan cepat mengamuk ketika tidak mendengar kata katanya atau tidak boleh terima pendapat orang lain.

Walaubagaimanapun, ayah seorang yang baik daripada segi apa eh?

Tapi baik lah. Saya susah nak describe baik tu tang mana.

Seterusnya, saya mempunyai ibu yang sangat panas baran, cepat mengamuk, suka mengungkit, selalu menceritakan kisah silam yang sedih bersama ibunya yang membencinya, tak heal from trauma kerana lahir daripada keluarga broken family,

Kurang kasih sayang daripada suaminya, sentiasa berdikari membuat suatu perkara, pernah pukul dan pijak saya ketika berasa sangat marah (antara kesannya hidung saya menjadi senget),

Sentiasa memberitahu kepada saya yang seorang anak kene bagi duit setiap bulan RM1000 bila dah kerja (saya rasa ini okay memang tanggungjawab saya tapi bila selalu sangat cakap anak anak kene bagi duit kepada mak bapak, saya jadi rimas) dan lain lain lagi.

Saya selalu sedih kenapa saya dilahirkan di dalam keluarga yang sebegini. Semua orang kalau berjumpa dengan saya mesti bagitau “wah! bestnya jadi anak tunggal. kalau nak apa mesti dapat.”.

Saya pun diam dan senyum sahaja. Tetapi tidak sebenarnya.

Saya kalau nak beli apa apa mesti kene kerja part time untuk beli barang yang kemahuan saya.

Yes, kekadang adalah juga mak ayah saya bagi duit dekat saya. Saya bersyukur dengan pemberian tersebut.

Saya diuji perasaan tidak suka kepada ayah dan ibu saya dimana trauma saya dengan ibu ayah saya. Dulu ibu ayah pernah nak bercerai tetapi tidak jadi mungkin ada jodoh.

Hidup saya agak bosan dan tiada kawan rapat yang nak berkawan mungkin sebab lahir dalam strict parent yang asyik nak kongkong dan keluarga yang miskin.

Cuma saya terfikir, kalau saya dah kahwin nanti, macam mana ya dengan ibu ayah saya?

Ibu ayah saya kata mereka nak duduk dengan saya kalau saya dah kahwin nanti tapi hati saya berat sangat. Saya takut nanti saya dan pasangan akan selalu bergaduh kerana sikap dan perangai ibu ayah saya.

Kepada yang dah kahwin atau dah bekerja, macam mana korang ada rasa sabar melayan kerenah ibu bapa yang chaotic, kerap bergaduh, keras kepala dan susah dibawa berbincang?

Boleh tak bagi pendapat?

Lately saya suka baca group orang yang dah berkawin yang bercerita pelbagai confession supaya boleh dijadikan pengajaran dan pendapat kepada saya.

– Khadijah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *