Aku rasa, perlu untuk aku luahkan sebelum hilang kewarasan akal. Dekat family aku atau orang sekeliling tak pernah aku burukkan suamiku, bahkan aku selalu cerita baik2 tentang dia.
Nak bercerita dengan suami? Dia tak suka “small talk”. Aku hidup berdua tapi aku keseorangan takde teman bersembang benda2 kecik2.
Tapi di sini, aku nak coretkan hal2 sebenar yang aku simpan dan aku penat. Semoga tak ada yang mengenali aku, haha.
Kisahnya masa awal kawin dulu aku tak kisah untuk berkongsi gaji dengan suamiku tapi masuk hampir 4 tahun berkahwin ni aku jadi berkira sebab “attitude” dia kepada aku & keluargaku.
Kalau korang nak tahu, sekarang ni aku tanggung dari A to Z. Rumah, bil, kereta, minyak kereta, barang anak2 dari kepala ke kaki semua aku belikan. Dia? Dia hanya sediakan sara hidup. Duit sara hidup memang tak bagi dah kat aku. Tapi sibuk utamakan bagi kat ibu ayah dia.
Tu pun kadang dia tinggal aku di rumah dengan peti kosong dan takdak seposen duit di tangan. Meraba aku cari duit mana2 kalau2 terselit sana sini untuk MAKAN :’) Rasa macam menyedihkan hidup aku ni.
Dulu ya, mungkin aku ada banyak lebihan duit lepas bayar itu ini tapi sekarang tak banyak (kadang takde lebih langsung) sebab keperluan anak tak terkejar.
Dia tak pernah tanya langsung aku, makan minum aku, lebihan aku. Aku pergi kerja pun guna duit sendiri 100%. Aku ni ibu tunggal ke masih isteri orang eh? :’)
Makin aku terasa hati bila mengingatkan kisah2 lama dan yang masih terjadi.
Pertama, masa mengandung, sikit pun tak tanya soal kandungan ok ke tidak. Tak ambil tahu langsung. Barang2 bersalin, barang anak pun tak ambik tahu langsung dah sedia ke belum, apa yang belum cukup.
Gigih la aku dengan perut besar panjat tangga supermarket sorang2. Dia langsung tak tunjukkan simpati dan empati.
Kedua, barang2 anak, baju anak tak pernah langsung ambik tahu masih elok ke tidak, masih muat ke tidak. Dia sanggup bagi anak pakai baju yang dah buruk bertahi lalat dari belikan yang baru. Dia harapkan aku yang belikan. Bila aku dah belikan, bukan dia nak tolong jaga.
Bagi anak makan dengan baju baru tumpah makanan, lekat kesan sana sini. Baju anak basah, biar je lembab tu sampai bertahi lalat. Dia ingat baju budak2 ni RM5 ke sehelai? Sakit jugak lah hati aku ni. Bukan nak berkira dengan anak tapi sakit hati dengan suami.
Ketiga, ni isu lebih kurang artis tu. Bila raya, dia seneraikan siapa yang dia nak bagi duit raya. Aku, anak2 dan mak ayah aku takde ye dalam senarai dia.
Bahkan, kalau dia outstation, dia tinggal aku kat family aku tapi tak pernah hulur satu sen pun kat parents aku sedangkan parents aku sedia macam2 untuk kami anak beranak, lebih dari cukup sampai boleh gemuk lah. Dia takde ke rasa segan atau rasa bersalah?
Sedangkan aku ni hulur jugak ya kat parents dia kurang2 hari raya aku bagi ya. Dia tak pernah langsung. Apa berkira sangat dia untuk aku, anak2 dan keluarga aku? :’)
Kalau takde duit, kenapa parents dia boleh bagi? Sedangkan bukan pernah dia tinggal kami kat parents dia bila dia outstation.
Keempat, anak aku masa baby dulu tak sihat, dia boleh drop ja aku kat klinik. Aku la struggle nak dukung anak, mana nak bagi buku anak, mana nak bayar dengan sebelah dukung anak.
Aku sampai segan bila orang pandang aku dengan pandangan yang macam “kesiannya dia ni”. Like, suami aku ni takde simpati langsung, kot nak datang tolong pegang anak ke bayarkan ke. Bayar? Mesti lah aku yang bayar.
Bab jaga rumah lagi lah menyakitkan hati. Dulu dah setuju, bahagi rumah ikut kawasan, masing2 jaga. Tapi ha*ammm aku sorang ja jaga rumah sampai rasa nak patah pinggang.
Now, mampus lah kotor pun rumah ni, aku penat. Aku la keja, aku la jaga anak, aku lah bayar itu ini, aku jugaklah kemas rumah.
Mintak dia buang sampah hari2 pun dia tak boleh buat. Mintak tolong basuh baju & sidai pun dia tak boleh buat. Tahu2, baju penuh tak basuh, sampah dah 3-4 hari tak buang. Pastu sibuk kata rumah berbau. Cari lah inisiatif sendiri. Malas aku nak fikirkan untuk kau lagi dah.
Kalau dia baca ni, aku harap kau berubah sebelum aku ambil tindakan yang kita sama2 tak mahu. Aku kalau nekad, aku boleh buat.
– Isteri Dia yang tidak menghargai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
rasanya dia akan berubah ke? cerai je la
pelik pompuan boleh bertahan laki mcam nie dengan pakej tak peduli anak lagi..malu nak cerai ke
nak tanya, suka ke jadi bodoh lama lama? dah ternyata apa yang kau tulis ni, dah macam kau ibu tunggal. dia bagi benih jer
Lepas ni kau masak.. tambah julap dalam lauk dia. Kau biar je dia tanggung sakit tu sorang2. Biar dia melepek separuh mati kat situ. Biar dia pergi klinik sendiri. Tak payah tolong dia buat apa2. Kau balas je sibuk jaga anak.. sibuk nak kemas rumah. Tengok dia nak besar kepala lagi ke tak.
Kalau tak sedar diri jgk.. sound depan dia.. ni baru letak julap.. lepas ni kau bubuh clorox. Ada depan mata menyakitkan hati.. bukan menyenangkan tambah beban lagi ada. Serupa kena bela baby tua.
Benda boleh gaduh sis. Kau mengamuk je lah. Laki kau jgk punca kau naik gila.
Adoooiiii..sakit perut aku ketawa sorang2 baca cadangan Bayam.
Tapi aku sokong, biar laki kau mendapat balasan. Tu baru balasan ke dunia. Keraskan hati kau dek…balas dendam…sakit hati aku baca….