Penat, Bosan, Rimas Dan Serabut

Salam semua. Saya di sini hanya ingin meluahkan rasa. Jika ada yang sudi bagi nasihat saya terima.

Kerna saya memang rasa penat dan bosan sangat dah dengan hidup yang makin hari makin menjadi-jadi teruknya.

Saya surirumah yang tak berseri sangat pun. Sepenuh masa kat rumah memang tepu. Memang rasa down. Rasa macam wujud je tapi tak hidup.

Saya keluar je bila rasa stress sangat. Bawa anak jalan-jalan. Tapi itulah macam takde arah tuju.

Boleh kata saya ni sebatang kara. Dah hilang kasih ibu bapa setelah mereka pergi. Mesti bahagia jika mereka masih hidup. Jika rindu memang saya ajak anak pergi kubur teman.

Anak saya ok. Cuma terlalu manja. Tantrum dia asyik nangis je memanjang. Saya ni pula terlalu sensitif dengan bunyi bising. Daripada dia kecil saya trauma dengan tangisan dia.

Entahla. Saya dah putus harap. Macam mana dia nak membesar, ikut dialah. Apa je yang saya mampu buat. Makin besar, makin luar kawalan.

Suami pula. Hmm. Entah. Endah tak endah? Macam semua ok je bagi dia. Hidup gembira je. Main dengan anak. Pergi kerja balik kerja. Tidur makan minum. Berulang bertahun-tahun.

Saya je yang asyik bergelora. Entah mainan fikiran atau perasaan. Rasa macam tak berbaloi sangat hidup macam ni. Rasa masih tak cukup berbakti. Tak bagi manfaat. Tak berkat. Macam-macam lagi.

Kawan-kawan saya kebanyakannya bekerja dan masih bujang. Mereka ada hidup masing-masing. Kejayaan yang ingin dicapai. Sebagai doktor, jurutera, cikgu dan sebagainya.

Bukan ingin membandingkan dan tak ingin bersyukur. Sungguh saya bersyukur dengan keluarga kecil saya. Cuma saya tak tahu ke mana arah tujunya. Apa je saya sebagai isteri dan ibu ni dapat buat?

Kaunselor, psikiatri, psikologis, ustaz, ustazah tak dapat membantu saya pun. Sudah terlalu dalam. Gelap gelita. Menjalani hari dengan secebis harapan sahaja. Macam mayat hidup.

Kembali kepada Allah. Serah pada Allah. Ujian sedih dan kosong berpanjangan ni. Entah bila kesudahannya. Mungkin sampai maut menjemput.

Sebelum saya mati. Sekurang-kurangnya saya nak bangga dengan hidup yang saya jalani. Membawa cukup bekal mungkin.

Adakah saya tersalah pilih jalan hidup? Atau saya belum redha dengan perjalanan hidup yang Allah dah takdirkan?

Sungguh. Saya nak berubah. Tak nak terus macam ni. Tolong saya..

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *