Penat Dengan Alam Dewasa

Assalamualaikum.. Hari ini aku decide untuk luahkan perasaan dekat sini since aku betul betul rasa nak luahkan sambil menangis. Tapi aku tak suka tunjuk dekat orang yang aku ni lemah. So cukup la aku luahkan dekat sini.

Actually masalah aku or perjalanan hidup aku tak la serumit orang lain. Tapi sebelum aku stress sorang sorang, baik aku luahkan.

Aku tak tahu la aku ni jenis tak bersyukur atau aku ni memang tak cukup bagus. Since aku habis study tahun lepas, aku dapat kerja dekat satu small company dekat KL.

Alhamdulillah.. Gaji tak la banyak pun. Cuma aku fikir sementara dapat kerja yang lebih elok, baiklah aku kerja je dekat situ dari aku tak buat apa apa.

Setiap bulan, gaji aku habis dekat commitment je since aku duduk jauh dari parents aku. Aku kena bayar sewa rumah, duit minyak, bills dan macam macam lagi sampai la gaji aku tinggal memang cukup cukup makan je.

Tu pun kena catu. Aku sedih sebab aku selalu menyusahkan kedua orang tua aku. Aku akan minta tolong diaorang kalau duit aku tak cukup. Kalau ada apa apa emergency macam kereta aku rosak ke, memang parents aku je yang boleh tolong since adik beradik aku pun gaji tak berapa banyak.

Kereta aku memang dah lama and macam macam problem. Tapi aku still bersyukur aku ada kereta nak bergerak walaupun tak boleh dalam jarak jauh kalau tak memang enjin akan panas, tayar dah tak berapa cantik dan sebagainya.

Aku sempat la bekerja selama setahun lebih dekat tempat tu. Setiap hari aku menunggu bila la rezeki yang lebih baik akan datang. Aku penat menahan lapar, bila la aku boleh merasa hasil gaji aku. Setiap bulan hidup aku hanya untuk bayar commitment je. Takkan la sampai mati tu je kitaran hidup aku.

Aku tengok kawan kawan universiti aku semua dah ada kerja yang elok, yang boleh diaorang settle down dengan kerja diaorang. Kenapa kawan kawan aku semua lepas study mostly dapat kerja yang elok, gaji yang tinggi.

Aku perasan perjalanan hidup diaorang macam mudah je. Diorang pun dah ramai yang dah nak kahwin, dapat pasangan yang elok kerja pun mampu untuk berkeluarga.

While me, kerja gaji kecil, pasangan takda, kalau ada orang mengorat pun, dia jobless. Bila nak settle down?

That’s why i said, aku tak tahu aku ni jenis tak bersyukur ke apa. Aku penat setiap hari apply kerja, kalau dapat pergi interview pun, asyik dapat company scam je jual stok emas la, under unicef la. Duit aku habis sebab pergi interview je.

Sometimes aku tertanya, kenapa aku solat and mengaji setiap hari tapi masih belum ada rezeki untuk aku? Aku tak alim, tapi aku try buat benda wajib setiap hari. Tapi aku memang betul betul ikhlas beribadat, bukan sebab nak mengharapkan duniawi je tau.

Tapi kenapa kawan aku yang tak solat dapat kerja yang elok, dapat bagi duit dekat parents diaorang. Aku ni je yang selalu menyusahkan orang sekeliling.

Aku malu selalu menyusahkan kakak aku, mak cik aku, parents aku. Patutnya aku la pulak yang belanja diaorang. Ni tak, asal keluar makan ke, aku tak dapat nak hulur duit.

Aku nak luah dekat sini sebab aku dah sampai tahap aku dimana bulan lepas, aku resign dari company aku sebab aku dapat offer dekat satu company lain. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat.

Aku happy and berjanji aku akan buat kerja elok elok, buat baik dengan semua orang. Tapi, masa aku masuk office tu, company tu tak provide pun laptop, alat tulis dan sebagainya. Diorang just letak aku dekat satu bilik yang cuma ada meja and kerusi.

Diorang suruh aku buat kerja pakai laptop sendiri. Okay, aku tak kisah pun. Alat tulis pun semua beli sendiri. Btw, company ni company besar tau. GLC company, so aku tak expect aku kena pakai semua barang sendiri. Dah la gaji sikit, cuma beza seratus dua je dari tempat lama.

Kerja aku just penolong admin je. Kerja biasa je tapi dekat sini tak la banyak kerja pun. Setiap hari dekat office aku tunggu supaya aku ada benda nak buat dekat office. Bila aku tanya manager aku, dia buat tak tahu je.

Aku malas nak tanya setiap hari sebab takut dia rasa aku ni buat buat rajin je meminta kerja. Aku pernah juga tanya manager aku yang lain, tapi dimarahnya pula cakap aku ni kena pro aktif sikit bertanya pasal kerja dekat department lain.

At least aku bertanya tau, tapi kena marah pula. Aku pula kena minta kerja eh, bukan diaorang yang nak bagi kerja. Aku dah la lost baru masuk kerja sehari, mana la aku tahu diaorang nak suruh aku buat kerja apa.

Sampai la dah sebulan dekat situ, diaorang call aku cakap diaorang nak end kan contract aku awal sebab fund tak cukup. Lupa nak bagitahu, aku kerja contract 5 bulan je. Aku tak nak memilih sebab tu je yang aku dapat. Company lama yang aku kerja tu pun dah tutup sebab takda income sebab covid.

Aku speechless. Aku baru je kerja sebulan, lepas ni aku nak bayar commitment macam mana? Aku dah la kena bayar MARA lagi. Hutang dengan mak pun belum bayar. Takkan la lepas ni nak susahkan orang tua lagi? Diorang dah la dah pencen. Sepatutnya aku pulak yang kena jaga diaorang.

At this point, aku rasa aku gagal jadi anak yang baik. Asyik menyusahkan mak ayah. Mungkin nasib aku belum baik. Belum mampu kasi duit belanja dekat diaorang, belum mampu kahwin. Oh ye, mak aku tiap hari bising suruh kami adik beradik kahwin cepat ye.

Maybe dia risau sebab kakak aku yang umur 30 lebih pun belum ada siapa siapa. Siblings aku dari no 2 sampai la no 6 semua single tak laku. Aku punya matlamat hidup bukan la nak kahwin lagi, tapi mak la asyik mendesak. Tapi kalau dah hidup macam ni, memang lambat lagi la kahwin.

Lepas je company ni call aku nak end kan contract aku, esoknya tayar kereta aku pecah masa otw pergi kerja. Dengan takda duitnya, aku kena tukar tayar kereta pula. Pinjam lagi duit.. Tapi kali ni dengan kakak aku.

Haha kan aku dah cakap hidup aku ni menyusahkan orang lain. But it’s okay, aku redha jelah dengan apa yang jadi and try to be positive.

I know Allah takkan uji someone diluar kemampuan dia. Aku just fikir either aku nak hadap benda ni dengan happy or dengan sedih tu terpulang dekat diri aku sendiri.

Aku still kena hadap dugaan ni and by being sad, it will never change anything. So aku pilih untuk terus happykan diri dan hadap je.

Aku dah start cari kerja and aku berharap akan ada rezeki aku tak lama lagi, In Shaa Allah.. Aku tahu lagi ramai orang yang lagi susah pada aku. Aku akan belajar untuk lebih bersyukur lepas ni. Korang doakan aku untuk dapat kerja yang elok lepas ni ya.. :)

– Dini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *