Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan jika luahan saya disiarkan.
Sedikit pengenalan tentang diri saya, saya sekarang sedang melanjutkan pengajian di IPTA dan berada di tahun akhir (3-4) macam tu.
Niat saya menulis di sini hanyalah sekadar untuk meluah tentang perangai saya yang orang zaman sekarang panggil sebagai ‘red flag’ atau mungkin boleh dianggap toxic, mungkin?
Redflag yang saya maksudkan di sini adalah saya sering mengalami mood swing.
Dan untuk pengetahuan, saya bukanlah seorang yang happy-go-lucky, bukan juga seorang yang ramai kawan,
Bukan juga seorang yang banyak cakap, dan bukan juga seorang yang mudah disenangi, susah untuk buat orang selesa dengan diri saya.
Tapi Alhamdulillah, saya bukanlah seorang yang lone ranger dekat universiti.
Saya ada circle yang saya selesa dan ngam lah orang kata. Saya memang happy sangat-sangat dengan circle saya, lagi-lagi saya memang dah lama tiada circle saya sendiri sejak sekolah menengah.
Memandangkan saya tahu diri saya ini sememangnya seorang yang bermasalah dalam pergaulan, saya memang cuba sehabis mungkin untuk kawal mood swing saya supaya saya tidak hilang kawan.
Lebih-lebih lagi diorang semua memang orang yang sangat baik dan saya memang selesa dengan diorang.
Tapi lama-kelamaan, saya rasa mood swing saya semakin menjadi-jadi.
Saya mood swing jenis yang silent treatment, tiba-tiba diam. Sedangkan hari-hari sebelumnya saya okey, saya bergelak ketawa dengan diorang. Lepastu tiba-tiba diam tanpa sebab.
Senang cerita, otak saya macam dah disetkan, “aku bangun pagi ini, aku nak diam, aku tak nak bercakap dengan siapa-siapa” secara tiba-tiba.
Jadi, saya memang takkan ada mood pada hari tersebut, jadi pasif macam itu. Dan mangsanya adalah kawan-kawan saya.
Walaupun saya hanya berdiam diri, tak ada menyakitkan hati siapa-siapa, tapi mestilah diorang pelikkan dengan mood saya yang tiba-tiba tak okey. Seolah-olah diorang ada buat salah atau buat saya terasa hati dengan diorang.
Tapi sebenarnya tidak. Tidak langsung. Saya yang bermasalah. Saya cuba untuk kawal mood swing saya, tapi banyak kali juga saya gagal.
Dan saya sendiri pun penat dengan perangai saya yang satu ini.
Sampaikan saya rasa saya memang tak boleh diubah. Dan saya sememangnya tak layak untuk hidup berkawan.
Kadang-kadang rasa nak hidup dalam gua, tak nak hidup dengan orang. Sebab saya tahu saya memang bermasalah dalam bergaul. Saya tak dapat nak buat orang happy dengan kehadiran saya. Saya benci diri saya.
Mungkin setakat itu sahaja luahan saya. Saya sekadar ingin meluahkan sebab saya sendiri tidak tahan dengan perangai saya. Tapi andai kata ada kata-kata nasihat, saya amat alu-alukan.
Nak bagi nasihat yang keras, yang orang kata pahit untuk ditelan pun, saya alu-alukan supaya saya sendiri sedar dan cuba lagi untuk ubah sikap saya yang satu ini.
Sekian, terima kasih.
– Ice (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
memang patut takyah ada kawan kalau ada mood swing. buat penat orang lain nak fkir mood kau.
Betul tu bang sya setuju. Orang mcmni payah nk buat kawan,buat penat ja org nk jaga hati ko.
Ada ciri-ciri bipolar. Cuba dapatkan bantuan doktor psikiatri.
Mood swings paling teruk pon Kau diam bukan pukul orang. Lagi berdosa mulut jahat layan adik abang akak acik pakcik menyapu macam kaunter pertanyaan bila orang ditanya malas layan di kutuknya orang sedang bekerja itu pemalas. Kalau tempat takdak kaunter pertanyaan Google bukan acah perasan syurga mulia perangai hauk nak orang tengok muka kau sambil jawab soalan. Orang luar bukan dibayar untuk jawab soalan kau setan! Tapi kau tak macam tuh kan bang. Kau cuma diam. Kau yang over thinking.
Diam ja la. Kalau perlu ruang tak salah. Kau sedang tuntut ilmu hadap sangat nak please kawan kawan FAKE kau yang kaki acah moden travel hiking tapi asal hulu banat mana jah kah kah kah kah kah kah kah
Belajar FOKUS SAMPAI HABIS. Bila kau berjaya kawan yang stay mood swings turun naik jatuh kau tuh yang patut kau hargai. Bukan betina sundal sejenis tayang terpaling happy birthday. Bukan Jantan poyo acah terpaling banyak harta.
Ikhlas itu yang kekal. Luar sana orang miskin hina tak berpelajaran pon ada kawan sejati. Kau? Sibuk nak jaga hati kawan kawan universiti yang FAKE cuma dampingi kau buat cukup meriahkan gambar Instagram, Facebook, tiktok dan Threads Twitter mereka.
Berhenti buang masa berangan fikir orang. Fokus betul diri sendiri dulu. Selagi kau tak buat jahat tak sakit hati sesiapa dah!
Kau nak belajar ka nak kawan? Hidup ini ada pengorbanan. Kau tak boleh dapat semuanya.
Kau nak cepat berjaya kau kena cepat habis belajar. Bukan menggeletis lebihkan kawan daripada adik beradik sendiri ibu bapa!
Bila kau dah berjaya bukan setakat kawan orang gaji pon kau mampu dapat 4 5 helper.
Dah kenapa sebab kau diam ja nak jadikan issue?
Tak kan tiap hari kau nak berkepit cakap benda sia sia dengan kawan kau bang? Jemu doh!
Kawan yang baik tak kan buang kau walau kau stop communicating bertahun tahun lama. Ramailah geng geng intelektual ada kawan tak jumpa 5 8 tahun tapi bila jumpa semula walau tak call tak sms tak sosial media tetap mesra baik. Itu kawan yang kau patut KEEP! Ikhlas dan beriman. Faham bang?