Penat Dengan Hutang

admin,
thanks atas siarkan aku punya cerita.
aku nih bukan kaki karang.tapi aku try untuk sharekan isi hati aku.

aku keje dekat syarikat swasta oil & gas.aku kire boleh katakan ber wang berbanding dengan adik beradik aku yang lain(tapi sengkek jugak bila hujung bulan,terpaksa paw bini aku).. kira nya aku bread winner keluarga kecil aku ler.
seorang adik-beradik aku dah masok program AKPK, Sorang lagi kerja gaji harian. kami asal anak orang sederhana.

terkini, mak bapak aku pesara gomen. so bulan bulan makan duit pencen lah. aku rase family aku kurang didikan tentang kewangan. mak bapak aku cam takde je aku tengok simpanan hari tua.duit selepuk EPF dorang dulu aku rase dah takde, asal ada duit je, duit sure xkekal lame, bayar hutang diorang.
baru2 nih bapak aku pinjam duit ah long.stress aku sebab dia ketagih sorok sorok main 4D (pengaruh rakan sebaya kata nya). kata nya main pasal nak setelkan masalah hutang die. tapi makin lama die terjebak,makin banyak dia pinjam ahlong. ribu ribu pinjam pulak tu.kurang asam sungguh masalah nya bila dah terkepit suroh aku buat loan pulak untuk cover kan hutang die, (aku syak die merasakan aku nih helpline financial die kot?!) aku cakap suroh jumpa PPIM, tapi die malu pulak.tau pulak datang malu nya..berhuhuhu aku..

aku nih penat min, ekonomi oil and gas bukan lah gah macam dulu.banyak member2 aku kena lay off dah. siap aku sound sekali bapak aku munafik pasal tak pegang pada janji. malu aku dengan bini aku min kalu die tau..

dah puas aku nasihat dekat bapak aku.tapi biase lah orang tua punye perangai “aku makan garam lagi banyak dari kau” punya claimed. masalah nya macam die cam tak sedar yang efek taik judi die tu akan efek kewangan perbelanjaan harian die & mak aku,kesian mak aku nak pergi haji /umrah tak dapat sebab banyak sangat hutang nak kena selesaikan,kesian memang kesian.tapi bengang tu lagi meluap luap.

tak tau cam mane aku nak toleransi dengan orang tua macam nih..takot terlebih cakap kan aku dah kira berdosa sebab tak hormat pada orang tua.

macam aku pon ade komitmen jugak min,tenat financial aku jugak min, mau kene join AKPK jugak camnih. huhuhu.

aku harap sangat bapak aku insaf sangat2 dan kritis dalam perbanyakan mencari sumber halal untuk support kehidupan die.and pembaca mintak doakan same agar family kami dimurahkan rezki dan senang nak keluar dari belenggu hutang. kalau boleh bagi idea korang untuk bantu kami.

semuga korang perbanyakan kesedaran urus kewangan korang jugak. jangan jadi macam kami.

sign off,
anakin skywalker

– anakin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit