Assalamualaikum & salam semua.
Saya Ami, seorang ibu bekerjaya. Sejujurnya saya penat, penat dengan suami saya.
Saya ibarat almari di rumah, ada, tetapi hanya untuk melengkapi rumah.
Dikemas? Tiada..
Dijaga? Tiada..
Dia nak ambik barang, dia ambik. Dia tak nak, dia buat tak tahu je. Macam tu la saya. Bila rasa saya diperlukan, dia cari la saya. Kalau takde apa, tak dicari.
Dimanja? Tiada..
Dibelai? Tiada..
Bergurau senda? Tiada..
Nafkah zahir, belum lengkap sepenuhnya. Adakala makanan mingguan mcm barang dapur, beli pakai duit saya.
Tempat tinggal ada, cuma belum sendiri punya, masih berkongsi bersama keluarga dia.
Pakaian baru bukanlah selalu, ada duit beli, itupun selalu pakai duit saya sendiri. Jadi saya anggap belum lengkap nafkah zahirnya.
Nafkah batin? Tak perlu dihurai. Tidak lengkap. Emosi saya tidak pernah dijaga, selalu dianggap salah. Setiap apa yang saya lontarkan, dikira melawan cakap suami.
Saya la yang selalu mengalah, semua salah saya. Ibarat dia tiada salah. Perhubungan suami isteri? Peluk belai pun susah yang lain tak payah tanya la.
Dia minta saya jaga percakapan, jangan melawan. dengar cakap dia. Saya cuba, kadangkala saya terlepas sebab dia taknak turunkan ego dia bila dia salah.
Tapi saya cepat-cepat mohon maaf, tak pernah saya biarkan kami bergaduh lebih satu hari. Saya merajuk pun saya pujuk diri sendiri.
Tapi bila saya minta dia jadi suami yang lebih memahami, romantik dengan saya, bantu saya buat kerja rumah, dia tak cuba.
Alasannya dia tak pandai, malu dan tak biasa. Habistu nak biasakan dengan siapa lagi?
Saya dah penat telan semuanya. Alasan dia penat bekerja. Bersyukur la dia ada depan mata saya, dah cukup, katanya. Habistu saya tak bekerja?
Saya memandu hari hari, pergi kerja, balik kerja uruskan rumah, perbelanjaan bulanan pun saya kongsi bersama. Keluarga kandung saya sampai saya tak tercara sbb terlalu pentingkan suami saya.
Saya dah penat hidup macam ni. Saya dah tak harapkan suami saya berubah & faham saya.
Saya tak nak dah simpan harapan suami saya akan jadi suami yang betul-betul menjaga tanggungjawab dia.
Bulan Ramadhan penuh berkah ni, saya mohon supaya Allah SWT angkat hati saya yang hancur ini dan gantikan dengan hati yang baru, yang hanya akan berharap kepada Allah yang satu.
Dengan izin Allah, sekiranya perkahwinan bersama suami saya ini adalah takdir yang ditentukan Allah sampai mati,
Semoga suatu hari nanti suami saya akan sedar bahawa isteri dia ni, dah terlalu kecewa dan makan hati dengan setiap perbuatan dia.
Biarlah dia fikir apa dia nak buat dengan keluarga kami, sebab dia ketua keluarga.
Terima kasih dengar luahan saya. Saya menaip selepas saya selesai menangis dalam tandas office.
In Sha Allah ada rezeki kita bertemu lagi di penulisan lain.
Assalamualaikum.
– Ami (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit