Untuk part I, (https://iiumc.com/penat-dengan-suami/).
Terima kasih admin sebab siarkan saya punya confession yang lepas. ‘Penat dengan suami’ .
Macam tak percaya admin siarkan. Selama ni baca masalah orang je, harini baca masalah sendiri dan komen-komen.
Saya tak berkecil hati dengan komen menyindir saya. Tapi lebih pada rasa happy dapat meluah dalam keadaan orang tak tau siapa kita.
Selama ni bila meluah, orang akan kata masalah yang dia hadap lebih teruk. Habis kita ni tak layak meluah ke? Kena telan dan tutup rapat-rapat sampai masuk kubur. Sebab bila cerita jadi aib dan tak cukup diuji berbanding orang lain.
Saya tahu pasti akan ada yang persoalkan. Dalam mengeluh kesah dengan perangai suami. Sempat lagi puji suami baik, bertolak ansur dan penyayang.
Suami saya memang seorang yang baik. Dia tak pernah pukul saya. Tak pernah ada perempuan, tak ada sorok apa-apa dari saya.
Kalau ada duit kat tangan dia, dia tak berkira dengan saya. Duit hasil perniagaan bersama kalau saya guna dia jarang halang dan persoal sebab saya bukan kaki shopping dan pandai urus duit.
Bertolak ansur. Andai ada perbincangan, biasa dia akan beralah. Dan biarkan saya buat keputusan. Penyayang, iya dia memang sayangkan saya. Andai saya sedih dia akan selalu ada dan selalu pertahankan saya.
Saya lahir dari keluarga yang broken, ibu ayah berpisah. Adik beradik kurang saling menyayangi. Abang-abang tak kisah pasal adik. Bila bersuami, bab kasih sayang dan perhatian dari seorang lelaki tu sedikit terubat.
Saya selalu baca confession isteri-isteri yang dilayan buruk oleh suami. Jadi saya tahu suami saya memang baik.
Cuma kekurangan di sini. Suami kurang membantu. Kurang cakna dengan keadaan isteri yang penat bekerja. Suka tangguh-tangguh. Kalau buat kerja pun sekerat jalan.
Penat ya jadi isteri, bila kita menggantikan tempat ‘suami’ dalam masa yang sama kurang bantuan dari suami. Tulah yang saya lalui hari-hari selama 7 tahun. Bila mengamuk tu berubah sekejap je, lepas tu kembali ke tabiat asal.
Saya selalu cakap pada suami. Sayang saja tak cukup. Kena sama-sama saling bantu. Isteri dah bantu cari rezeki, suami kena bantu ringankan kerja isteri. Saya taknak penat sampai ke tua.
Haritu saya mengamuk teruk dengan suami. Tiga hari tak bercakap, suami beralah dan minta maaf. Saya beritahu dia, yang saya tak bahagia. Rasa macam hamba.
Masa ni anak-anak masih kecil, saya akan bertahan. Bila anak-anak dah besar kalau perangai tak berubah saya akan tinggalkan dia. Saya akan cari bahagia saya sendiri dengan anak-anak.
Saya ada juga tegur suami berdasarkan komen-komen di luahan saya yang lepas. Suami memang nampak kali ni lebih bekerjasama dan banyak bantu saya. Semoga perubahan bertahan lama..
Saya bukan isteri yang sempurna dan bukan isteri yang baik. Jiran-jiran mungkin fikir saya jahat sebab selalu marah-marah. Mengamuk dengan suami.
Tapi saya tak peduli apa yang dikata sebab yang lalui tu saya. Saya cuma harap suami saya berubah. Tak biarkan saya kepenatan bersendirian…
Doakan saya kuat ya semua. Tak kisahlah kalau ada komen positif atau menyindir.
Saya tak ramai kawan dan tak meluah pada sesiapa sebab tau orang takkan faham dan responnya pasti tak membantu. Hanya disini saja saya meluah.
Terima kasih untuk komen-komen yang membantu, memang sangat membantu dan melegakan. Alhamdulillah..
– K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jika tt ada anak lelaki, ajar didik la mereka juga utk tolong buat kerja2 dirumah. Sekurang2nya jika duduk jauh dr ibu apa boleh berdikari.
Zaman sekarang semua mesti dikongsi bersama, termasok la kerja2 rumah. Perkara yg melalaikan kita sekarang ni adalah handfon….kita disibukan dgn “tokong” ni..
This is what happens when the bar for being a husband is bare minimum. Cari duit tu kerja laki kau kak. Apa pulak you yang kena banting tulang pastu laki kau yang kena tolong kau. Patutnya dia yang kena cari duit. Jangan manjakan sangat. Tak tau la macam mana kau boleh tahan bertahun dengan dia. Kalau aku, setahun je dah babai.