Assalamualaikum wbt kepada semua saya bahasa kan diri saya sebagai Melur, disini ingin meminta pandangan dan pendapat semua kerana fikiran saya yang teramat buntu.
Diharap moga pendapat anda semua sedikit sebanyak memberi saya buah fikiran apa tindak kan lanjut saya dan keputusan.
Saya dah berumah tangga selama 16 tahun dan dikurniakan anak2 yang sihat sempurna. Alhamdulilah.
Seperti sedia maklum, hidup di dunia ini setiap manusia akan diuji itu adelah lumrah kehidupan, saya tak terlepas diuji dengan sifat panas baran narsisitic seorang suami. Saya isteri yang tak berhenti berdoa moga suami berubah.
Dia dari sudut nafkah dan keperluan tiada masalah termasuk hubungan bersama anak, seorang yang penyayang dan menjaga kebajikan kami semua, menolong kerja rumah.
Yang menjadi hidup saya dan anak tertekan adelah sifat nya yang cepat marah, perengus makian itu da jadi kebiasaan bagi dia apabila ade sesuatu masalah walau masalah yang teramat kecil.
Yang paling saya tak boleh lupa bila saya bersalin anak yang last saya tumpah darah kerana komplikasi ceaserian 50/50 dan kesemua anak2 saya bersalin secara ceaser.
Semasa tumpah darah saya dah reda dengan takdir andai kata saya tak dapat buka mata kembali. Teringat saat dibius penuh doctor suruh saya mengucap kalimah syahadah.
Saya cakap dengan suami jaga anak2 saya dengan baik sewaktu disorong masuk kembali dalam operation theater.
Lupa kah dia segala pegorbanan yang saya lakukan sampai pernah dia maki waktu bergaduh, ‘dosa apalah yang kau buat sampai bersalin tumpah darah, orang lain pun bersalin juga takdela sampai macamtu’ Allah terlampau luluh hati.
Kalau la dia tahu dan alami sehingga hujung nyawa saya buat semua ni untuk kebahagiaan dia dan kami.
Hidup nya penuh dengan amarah, ada saja benda tak kena abis semua orang kena maki, ego pula memang raja bagi dia, memang tiada la kemaafan dari mulut, semua orang salah, isteri salah, semua yang terjadi kalau tak ikut plan dia habis isteri juga yang salah. Die tak pernah salah.
Walau kami berbalah akhirnya saya juga yang mengalah. Bukan dia tak pernah buat salah biasa la lelaki cuma bagi saya tak sampai lebih2 saya boleh lagi kompromi dan teruskan hidup asalkan saya taknak anak2 tengok kami bergaduh kasihan mereka ya Allah.
Satu je saya pinta dalam rumahtangga saya adelah kedamaian.. Ini setiap hari hidup tak tenang menanti apelah lagi nak dingamuk nya Allahu.
Seorang yang panas baran ni semesti nya datang sekali dengan pakej cemburu buta, jika ade sahaja lelaki yang contact berkenaan kerja atau kawan kerja berlainan jantina berselisih dan cakap hi pada masing2. Habis disoal.. Hidup saya ni hanya la untuk dia dan anak2 hari2.
Handphone saya pun selalu di tangan dia tapi itu tak menjadi masalah kerana saya tidak takut apa2, keluar dengan keluarga dan kawan2 pun teramat jarang jadi saya tak tahu dimana harus ade perasaan cemburu buta yang datang dari dia. Seriously fed up sungguh.
Dulu saya masih lagi tolerate waktu bergaduh/maki pun saya masih okay dan minta maaf walau jelas salah dia. Kerana saya tak nak panjangkan pergaduhan dan malu pada jiran dan orang ramai,
Die ni jenis maki dan marah memang tak peduli apa yang ade disekeliling habis jerit nak bagitahu satu dunia. ‘kau pergi mati la, ko masuk neraka la’ segala haiwan haram disebut.
Anak sakit anak muntah anak tak makan pun jadi hal besar, ibu tak reti jaga anak eh macam2 la makian dia.. Tiada lansung common sense dan empathy.
Sekarang saya memang da teramat penat nak layan perangai sakit jiwa dia, jujur penat sangat mental ni hadap, banyak lagi saya nak fikir dalam hidup ni, pelajaran anak2, balik kerja buat kerja rumah etc.
Yang dia tak habis cari gaduh dan create gaduh langsung tiada toleransi dan sabar.
Penat sungguh jiwa ni nak bertahan saya hanya mengenang anak2. Sejujur nya saya datang dari ibu bapa yang bercerai jadi saya taknak anak2 saya rasa apa yang saya rasa sewaktu ibu dan ayah bercerai.
Sehabis boleh saya nak terbaik untuk anak2 saya keluarga yang bahagia tapi apekan daya. Sekarang saya hanya bertawakal dan redha juga letak semua pergantungan hidup ini pada Allah swt.
Sekarang bila dia maki dan serang, saya balas balik, saya nak ajar dia macam mana buku bertemu ruas. Selama bertahun saya diam kan maafkan lembut tapi sekarang tidak lagi saya dah putus asa.
Bila saya buat macam ni dia tuduh nya saya curang, kena sihir memang tak la dia muhasabah diri dari mana semua ni datang.
Yang dia tahu asyik suruh saya tengok ceramah ustaz bagaimana nk jadi isteri solehah, dan mention kalau suami suruh panjat gunung isteri kena taat. Bila saya balas balik dalam rumah tangga ni kena sama2 buat terbaik.
Semesti nya saya tak nak jadi isteri yang derhaka tapi endup saya juga nanti dipersalah balik, isteri buat dulu terbaik baru suami buat.
Macam mana saya nak hadap dan buat yang terbaik benda kecil pun habis sebakul maki kena. Dia terjatuh atau apa sahaja yang kena pada diri dia saya yang kena sumpah, ‘ni sume kau salah kau la ni’
Bila bergaduh pula tak habis ugut saya lafaz, bila saya cakap lafaz jela kalau itu yang awk nak, tak nak pula die lafaz, sampai ke depan pintu mahkamah pun saya da bawa dia disebab kan sibuk sangat ugut benda ni dan tak habis cakap dapat isteri camni teruk baik kahwin baru.
Sempat lagi die cakap dan takutkan saya selalub’kau kalau kahwin baru nanti mesti dapat laki tak betul ditambah lagi gaji kau sikit selama ni aku yang bayar kan’.
Die kerap sycho saya biar saya ni bergantung hidup pada dia dan tak boleh hidup sendiri disebab itu saya rasa dibuli dipijak, dia fikir apa saja yang die buat saya takan pergi dalam hidup dia.
Saya dah cuba setiap masa bila die maki gaduh tuduh bukan2 saya cuba keep positive dan senyum depan anak2 tapi saya manusia biasa yang ade perasaan bukan dinding batu.
Terkadang saya boleh menangis dengan tiba2 walau tengah buat kerja, drive, solat. Saya sehabis nya jaga aib suami selama berbelas tahun ibu saya dan keluarga juga kawan baik memang tak pernah tahu apa yang terjadi dalam rumahtangga. Saya pendam sendiri.
Kini saya dah mula plan dan hati2 untuk masa hadapan saya dan anak2. Saya dah tak nampak masa hadapan keluarga yang saya bina ni, walau hati ini memgimpikan hidup bahagia/tua bersama suami lihat anak2 kami berjaya esok.
Tapi apakan daya Allah yang maha menentukan walau bagaimana kita usaha.
Doakan saya jadi seorang ibu yang kuat kental hatinya dan moga saya dapat pekerjaan baru yang mampu menyara hidup saya dan anak tanpa bergantung hidup pada dia, juga membawa keluar anak2 dari hidup toxic ini.
Terima kasih semua sudi memberi komen juga membaca coretan saya moga kalian selalu diberkati oleh Allah swt aamiin.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit