Penat Dengan Suami Panas Baran II

Untuk part I, (https://iiumc.com/penat-dengan-suami-panas-baran/).

Guys.. ya Allah kalau la Melur kenal kamu semua yang memberi komen pada coretan Melur. Nak peluk korang satu satu.

Saya membaca setiap komen tanpa lepas sungguh saya cakap saya rasa sangat lega apabila membaca satu persatu komen, sangat membina keyakinan Melur, penuh motivasi, positive dan saya take note apa yang kamu semua ajar dan plan.

Hanya di coretan IIUM Confession ini yang saya mampu luahkan perasaan dan ingin pendapat kalian agar terjaga aib.

Saya membuat coretan disini bukan lah untuk mengomel dan membuang masa tetapi salah satu cara untuk saya membuat keputusan dengan mengambil pandangan kamu semua yang baik hati.

Disini saya juga nak membalas certain komen, saya bukan tak pernah berusaha berbagai cari kedamaian rumahtangga dan sifat baran nya yang bukan kaleng kaleng.

Salah jalan pun boleh tercetus perang besar apetah lagi tertinggal barang. Anak sakit, dia kana covid eh semua la yang terjadi benda yang tak baik mesti la datang dari saya atau kalau boleh dinding batu ni pun kena salah asal bukan salah dari dia.

Rasa nya berbuih dah mulut slow talk dengan dia memang tak boleh masuk hati ke hati susah yang amat. Kita ni nak luah hati ke hati secara baik baik bincang memang langsung die tak boleh terima.

End up saya lah yang dipersalah kan balik atas semua yang terjadi.

Penat saya bagi ceramah cuba ajar die untuk terima qada dan qadar mana kan ade manusia tidak diuji Allah dalam macam ujian anak demam, kereta sakit, bos marah, barang elektrik rosak benda macam ni adelah kebiasaan bagi saya.

Dugaan datang hanya hadapi dengan tenang juga kite cari jalan selesai dan jadi positive.

Kalau semua ni hadapi dengan amarah sakit hati ibarat kau marah pada Allah yang beri dugaan pada manusia. Tak boleh ke hadapi segala dugaan dengan tenang dan reda hmm.

Tahap marah dia tu sama sahaja walau benda itu sangat kecil ibarat si isteri ni pergi curang. Ibu mertua dan keluarga die pun tak boleh berbuat apa kecuali hanya doa nasihat dari ibu nya.

Mereka pun naik annoying dengan anak lelaki nya yang react die la raja segala dan semua harus dengar cakap dia.

Kereta kat depan jalan lambat pun habis kena hon apetah lagi kalau ada yang cuba cari pasal dengan die bila bawa kereta habis die nak turun bergaduh.

Saya terus cakap pada dia kalau nak cari pasal nak gaduh bertumbuk ke jangan bawa keluarga esok kene tangkap polis memang saya tak buat kenal suami.

Eh memang sakit hati betul benda kecil ape dapat dengan marah yang datang dari syaitan ni rugi je, tapi memang die tak endah konon nya dia tak takut apa2.

Semakin tua ni makin teruk perangai nya yang sepatutye dalam umur dah mula cari kedamaian dan tenang.

Bukan tidak pernah baru ni bawa dia ke kaunseling pejabat agama tahu ape jadi kalian, di hamun nya orang2 yang ade kat situ kononnya semua yang ade disitu berat sebelah.

Suami ni kalau first time orang bercakap dengan dia memang nampak profesional beragama gitu tapi hakikat hmm hanya orang yang duduk dalam rumah dan kejiranan yang tahu.

Nikmat apa lagi yang harus dia dustakan kini rumah, kerjaya, bisness dia semua alhamdulilah walau sedikit pun dia tidak ingat kesusahan kami awal2 kahwin dulu nak makan kfc pun tunggu gaji.

Saya berdoa siang malam agar dimurah rezeki suami agar kami boleh menumpang rezeki nya.

Tetapi biasala lelaki bila ada sedikit saja Allah beri kemewahan lupa sudah syukur pada yang memberi dan yang bersama susah degan nya.

Cuma alhamdulilah juga rumah2 yang ada memang di atas nama saya.

Sekarang bila bergaduh hanya dek kerana tak angkat video call dari die sewaktu saya di ofis kerana ke tandas habis saya kena tuduh bermacam, memang saya lawan balik terkadang sampai dia menampar dan tendang, saya akan tendang balik pukul balik.

Maaf anak anak melihat wwf ibu tak sanggup sebenanya untuk kalian lihat tapi ibu hanya ingin mengajar papa sewanag nya buat pada isteri kandung yang menerima segala baik buruk ayah kamu.

Bila saya melawan balik macam biasa bukan salah datang dari dia habis di tuduhnya mesti orang sihir ko ni, kaki lawan dah tak hormat suami, ade lelaki lain neraka jawab nya ko solat doa puasa pun aku takreda neraka je jawab nya.

Saya terus balas pada dia pernah tak muhasabah diri atau slow talk dengan saya kenapa saya berubah sampai begini sekali 16 tahun sebelum ni hidup bersama tak pernah saya nak melawan sampai begini sekali tetapi adekah die hargai lagi, dibuli pijak adelah.

Saya pun sebolehnya ingin jadi isteri solehah yang mahu gapai syurga bila sudah saatnya. Tetapi saya hanya manusia biasa yang ade hati perasaan dan bukan robot.

Apabila ade sahaja kesilapan saya akan cepat mintak maaf dan cuba untuk berubah dan keep positive, mana kan ade manusia yang semua nya sempurna.

Sekarang saya kumpul semua bukti lebam hasil dari pukulan dan rakaman juga screenshot whatsaap untuk kegunaan kelak dan harus kuat bertahan dahulu sehingga plan saya sudah saya gapai. Istighfar zikir harus menjadi teman saya saat saat apelah lagi nanti di gaduh kan.

Juga moga Allah bolakkan hati saya dan hilang kan perasaan yang ade pada suami , juga letak segala nya kebergantungan pada Allah swt, Aamiin.

Akhir kata terima kasih sekali lagi kalian yang saya sayangi saya akan terus dan simpan komen2 anda untuk motivasi saya keluar dari semua kekusutan ini. Moga Allah merahmati kalian semua juga rumah tangga kalian, Aaminn

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

One comment

  1. perangai suami sis macam suami saya. kami diuji dengan ujian beliau memohon untuk poligami dengan skandal sepejabat. Masyallahh selepas ada skandal, ego beliau semakin memuncak kerana mendapat kepercayaan drpd skandal walhal panas baran. ternyata di depan skandal, sikap tersebut berjaya disorok dan hanya memaparkan dr sisi baik. yang buruk, hanya anak dan isteri sahaja tahu. kriteria individu panas baran adalah mempunyai perbezaan yang ketara di antara sifat baik dan sifat buruk, Jika sifat baik menguasai, segala-galanya diturutkan. Namun, jika sifat buruk menguasai, segala barang-barang yang diberi diambil semula untuk memuaskan hati, boleh jadi diherdik dimaki hamun atas kesalahan2 yang kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *