Penat & Depresi Seorang Ibu Ipar Menantu

Hi, izinkan aku meluahkan perasaan sebagai seorang isteri, ibu, ipar dan menantu disini…

Perkenalan serba sedikit tentang diri aku. Aku gadis dari selatan berjodoh dengan suami anak felda di Pahang. Aku kenal tak smpai 3 bulan, kitaorang tunang.

Ikatnye setahun tapi, disebabkan ada perbalahan atas pegangan adat mak aku dan atas penolakan pemahaman dari keluarga suami, kami kawen tak smpai 7 bulan dr tarikh tunang.

Dan belah aku dan suami, dua2 buat sanding 4 pengantin. Aku dan along, belah suami aku dan adik ipar.

Betullah kot orang kata, 5 tahun awal perkahwinan yang paling mencabar.. Aku dulu kerja kilang, aktif, jadi ahli respon team lagi yang akan dipanggil kalau ada kecemasan. Gaji pon boleh dikatakan tak habis makan. Boleh menyimpan, buat jalan, shopping.

Bayangkan 5 tahun keje, simpanan aku cecah 20k, siap ada keluarkan buat adik aku kawen, bayar hutang ayah aku (ayah aku eksiden dan ada hutang barang rumah kereta moto dekat belas2 ribu.

Tapi 9 ribu dibantu oleh lawyer atas pinjaman pendahuluan ).. duit kerja tu juga aku amik lesen, aku bayar habis installment kereta second, aku guna buat pergi pulau dan lain2..

Aku guna duit simpanan aku buat kawen dan tinggalkan tak smpai 10k.

Balik kat tajuk semula. Alhamdulillah sebulan lepas kawen, aku disahkan mengandung. Tapi disebabkan diabetes, aku dipantau rapi dari usia kandungan 12 minggu. Masuk keluar wad. Badan jadi sakit, tak boleh kerja.

Dan aku berhenti kerja semasa kandungan 5 bulan. Aku pindah ikut suami ke pahang dan tinggal dirumah mertua.

Mertua aku baik, alhamdulillah.. tak pernah nak paksa macam mertua yang jahat2 aku baca tu, hehe.. masak, kemas umah, semua mertua aku buat. Aku kemas bilik sendiri, basuh baju laki bini aku saja. Semua ok saja, cuma……

Mungkin aku ni jenis tak bersyukur sangat jadi orang. Mertua dah baik, ada suami yang turut kemahuan makan minum aku, ada anak yang comel. Tapi aku selalu depresi. Aku pikir aku nak beli apa2 kena guna duit suami. Nak minta pape kena minta kat suami.

Kekangan kewangan aku dan suami salah satu sebab aku tak dapat tahan serabut. Mungkin dah masa kami diuji dengan masalah kewangan sekarang.

Semalam, aku beritahu mertua lelaki, kereta kami ada kerosakan wiring. Kawasan ceruk tempat kami tinggal, memang susah cari bengkel yang pandai benda macam tu.

Silapnya suami hantar carwash minta bersihkan enjin sekali. Box wiring dekat enjin, masuk air sekali dan masalah pon berlaku.

Aku beritahu kat mertua, kereta masalah dan kalau tak boleh baiki cara yang disarankan aku ikut balik kampung diorang. (Aku kena balik selatan sepatutnya sebab appointment anak dengan hospital)..

Dan bapa mertua aku boleh cakap, bela lah kereta tu. Aku bagitau, memang nak betulkan tapi tengah kumpul duit siket2..

Hati aku terasa bila dia jawab, “guna lah duit simpan tu. Pentingkan nak bela kereta” Weh, duit simpanan tu aku bukan kumpul sehari kot. Aku kumpul 5 tahun. Berape saja aku dapat masuk kumpul lagi sekarang?? Aku dah tak keje. Mana nak datang duit tu?

Korang jangan anggap aku malas tak nak kerje. Berkali dah aku minta izin nak kerja, nak kumpul duit sendiri, tapi suami tak bagi atas alasan anak kecil lagi.

Aku bukan kedekut, tu kete aku, tapi duit tu aku simpan untuk kecemasan. Aku ada diabetes tggi, aku risau apa2 jadi kat aku, itulah duitnye. Aku tak kaya, nak harap keluarga bantu, tak ada yang senang.

Aku terkilan sangat bila mertua cakap macam aku ni kaya, banyak harta. Boleh guna saja duit simpan tu, pastu duit tu akan terkumpul sendiri jadi ribu2..

Pasal ipar pula, suami aku ada dua abang satu adik. Aku tak kedekut makanan tapi kadang aku rasa angah tu melampau juga.

Die bujang terlajak, dibela tak bekerja. Kalau beli makanan, kadang kalau lambat, mesti dia ambil dulu, makan. Padahal aku yang nak makan sangat.

Tapi tak apalah. Aku tak kesah sangat. Bab adik ipar aku pula, die belum diberi rezeki anak jadi anak akulah tempat die nak manja. Anak sedara belah suami die ramai. Tapi die lebih sayang anak aku.

Masalah nya,dia tak ada kesedaran hal kanak2. Pin peniti cucuk kat kusyen kereta merata, barang motor suami dia merata kat ruang tamu.

Die tahu benda tu bahaya, tapi dia biarkan aja. Berapa kali anak aku nak ambil peniti tu, dengan skru driver, paku sume.

Aku tak tahan, semalam aku terlepas kat depan suami, “tunggulah kau ada anak, anak kau makan peniti jarum ni semua,baru kau tau reti nak simpan elok2!” Serius aku geram sangat masa tu. Suami pandang aja macam terkejut aku boleh cakap macam tu…

Lagi satu aku tak suka, bila anak aku bangun nak susu pagi, (biasa anak aku bangun pukul 9) adik ipar tu ada, dia akan panggil nama anak aku.

Adik ipar aku duduk dengan keluarga. Sebulan keluarga kami, sebulan keluarga mertua. Selalu kalau dia duduk rumah kertua dia, dia akan balik juga rumah sini pagi.

Anak aku jenis pantang kalau ada yang panggil nama dia. Memang akan bangun. Nak main.

Masalahnya, tak sampai sejam dia akan mengaruk nak tido balik. Semua tak kena, mengamuk-amuk. Aku lah yang kena melayan. Kadang akal jahat aku datang, aku nak basuh baju.

Biar mertua kau rasa layan dia mengamuk. Siapa suruh kacau budak tu nak tido lagi.

Sampai tahap letih aku tu, trigger depression lama aku. Aku rasa nak lari dari rumah. Tapi anak aku penguat. Setiap kali aku rasa macam tu, aku bawa anak aku jalan naik kereta pusing mana2.

Ada sekali, aku tak mampu nak tahan, aku keluar malam2, pukul 8 aku rasa.

Tinggal anak dekat suami, aku cakap nak keluar dengan adik ipar. Aku siap call padahal aku tau, semak sangat kalau dia ada. Saja nak sedapkan hati suami.

Aku pergi tempat lapang, aku nangis puas2. Adik ipar aku tak amik, diorang call aku tak jawab, aku buka surah yasin. Aku berserah masa tu, menangis puas2..

Anak aku aktif, walaupun lahir tak cukup bulan. Aritu berat dia turun, kurus sangat . Dan aku tau, diorang salahkan aku. Padahal anak aku demam tiga hari. Selera makan tak ada, susu pon kurang masa tu.

Dia selalu kembung, malam tak lena tidur. Aku pon selalu ada masalah perut. Pinggang sakit, migraine… Tanya lah emak2 luar sana, anak mengenget malam, lena ke nak tidur sebagai seorang ibu?

Dalam aku sendiri sakit, aku tak boleh biar anak aku sakit. Dari awal aku ada beritahu keluarga, aku tak sehat, aku ada depresi, jadi aku minta kadang2 bagi aku masa sendiri.

Kadang saja mak mertua aku ungkap,

Masa anak main dengan suami, tapi suami sibuk dengan hal lain, hobi dia, anak tak ada teman, mak mertua akan cakap, mana ibu die ni.

Buat apa saja ibu die ni?? Aku nak masa aku sendiri, tak smpai sejam pon. Aku jadi marah kat suami. Kenapa tak nak jaga anak?? Tak nak bagi aku rehat??

Tu tak masuk lagi bab, anak mak dulu gini, anak mak dulu gitu. Mak jaga anak gini,tukar tu nanti anak gatal. Anak takleh tido kalau buat gitu..

Bukan aku taknak terima nasihat dia, tapi tak relevan . Benda kecil die besar kan. Macam tak patut. Tau pula die cakap anak mak dulu tak lah aktif macam anak ko ni.

Haaaa!!!! Anak saya aktif mak. Tak terjaga sorang. Bantulah. Sampai nak makan, nak kencing nak berak pon tak sempat aku ni kadang2..

Sampai mood mengada, nak lepas dari pandangan anak aku pon tak boleh. Die menangis nak ikot walaupun orang lain ada sekeliling dia.

Memang anak aku jenis tak takut orang tapi anak ada affection kat ibu. Memang nak kat ibu saja. Faham2 lah aku letih seharian nak melekat saja.

Aku termarah anak, mertua akan sound, gitulah jaga anak. Buakan die faham, jangan nak marah2 anak, gila die besar nanti… Weh, tepuk dahi aku. Bukan aku dera anak. Aku marah siket saja.

Aku terus terang, kadang aku marah sebab tak dapat tahan dah perasaan aku. Tapi aku takdelah smpai bantai anak. Aku marah mulut, tupun siket. Pon jadi isu.

Aku nak keluar rumah, nak duduk sendiri, tapi suami aku tak nak.. dan rumah sewa susah nak cari area sini. Rumah tinggal banyak, sewa tak ada..

Ya Allah, berilah aku kekuatan. Tunjukkanlah aku jalan. Berilah aku ketabahan. Sesungguhnya segala yang berlaku ada kebaikannya… Aamiin….

Terima kasih sudi menjadi tempat luahan hati. Tak tahu nak luah kat mana, kawan daha tak ada. Adik beradik aku semua lelaki.. mak aku jenis tak boleh tengok anak dia sedih, nanti die servis kepala laki aku, dah jadi gaduh pulak nanti…

Tenanglah wahai hati,

Ada yang mendengar,

Ada yang memerhati..

Yang benar, seorang perempuan,

– Nasy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *