Bismillah and Assalamualaikum. First of all I would like to say thank you to the admin of iium confession if my confession has been selected to publish. Erkk, aq guna Bahasa Melayu lah. Senang aq nak share cerita aq ni. Seterusnya,aq nak minta maaf sebab penulisan aq ini tak berpuitis tapi aq harap semua pembaca faham apa yang cuba aq sampaikan.
Nama diberi Aqila aka Aq ( bukan nama sebenar ), berusia awal 20an (bawah 25 la) dan seorang pelajar di salah sebuah IPTS. Tujuan aq tulis confession ni adalah utk sedarkan orang ramai bahawa orang yang ada masalah kulit (especially di muka) pun ada hati dan perasaan. Bersyukurlah jika anda tidak mengalami masalah yang kami hadapi ini. Berhentilah perli kami, judge kami, pandang hina kami. Anda tidak merasa apa yang kami rasa ( sedih pulak tiba-tiba).
Fitrah wanita memang tak terlepaslah untuk menjaga kecantikan,same goes to me.Aq nak juga cuba fesyen-fesyen tudung,baju dan semualah.Aq tengok model-model di igshop pakai tudung yang dijual nampak lawa tapi bila aq pakai….maaflah bahasa kasarnya hodoh. Jadi,aq pun terfikir apa guna aq pakai benda yang mahal dan cantik tapi tak nampak cantik bila aq yang pakai.Aq bukan kemaruk nak cantik sangat tapi aq teringin nak merasa jadi cantik. Bukan aq tak bersyukur dengan pemberian-Nya tapi tiap kali aq scroll ig keluarlah muka-muka instafamous yang membuatkan aq insecure. Kadangkala aq benci tengok pantulan muka sendiri di cermin. Astaghfirullahalazim
Aq hadapi masalah kulit yang teruk di muka.Jerawat toksey cakaplah,jerawat pasir,jerawat nasi,pustules,jerawat batu,cyst,you name it, semua pernah bertapak di muka aq.Bukan setakat jerawat,parut hitam dan paling parah parut berlubang pun ada menghiasi wajah aq yang berkulit sawo matang ini. Masalah jerawat ni since aq sekolah menengah,masa form 4 tahun 2011 zaman gemilang pertumbuhan jerawat. Waktu itu aq fikir hormon tak stabil because ramai jer sahabat aq pun alami masalah yang sama tapi mereka semua pulih,aq saja tak malah makin teruk.Lagi satu, aq ni jenis yang suka pegang wajah ( ini memang bad habit aq dulu tp aq dah insaf sekarang tsktsk ),bila ada jer jerawat tumbuh aq akan picit!Waktu itu juga aq tak pernah tahu langsung yang once kita dah picit jerawat nanti akan tinggalkan parut. Aq repeat AQ TAK TAHU LANGSUNG.
Aq ada 5 orang adik beradik, aq anak second last.Abang-abang dan kakak Aq semua bebas dari masalah jerawat YANG TERUK. Adik aq toksey cakapla mmg flawless dari dulu sampai la ni.Nak dijadikan cerita,waktu raya dua tahun lepas kawan-kawan abang aq datang beraya.Aq pun tolong hidangkan juadah raya.Masa nak letak juadah atas meja depan kawan-kawan abang,aq terdengar seorang kawan abang cakap, “apa ni meng,adik kau dalam gambar nampak lawa, bila depan-depan macam apa je.Reject lah!”. Sedih hati aq bila ada orang judge aq brdasarkan rupa aq. Itu baru satu hinaan orang terhadap aq, belum semua.Klau aq cerita nanti panjang sangatlah pula confession ni. Even adik beradik aq sendiri pun kutuk muka aq.Panggil aq jalan tar lah,miss gerutulah, kawah bulanlah,macam-macamlah. Aq tahu niat diorang nak bergurau (pada awalnya) tapi kalau dah setiap hari panggil aq dengan gelaran tu parahlah. Bukanke setiap apnggilan untuk diri kita itu satu doa ? *correct me if i’m wrong*
Since umur dah mencecah 20-an ni banyak pula soalan yang berkaitan dengan “pasangan” ditanya pada aq. “Takde orang try kak Aq ke?”,”takde orang kacau Aq ke?” selalu ditanya oleh ummi,ayah,pak menakan mak menakan semua dan jawapan aq semestinya “TAK DA. TAKDAN AIH, NAK FOCUS BELAJAR DULU”, klise. sampaikan ada mak menakan tanya kat ummi “kenapa anak dara kau yang kedua tu tak laku?” Kebetulan aq tengah lalu belakang ummi dan mak menakan aq masatu dan aq terdengarlah soalan itu. Pilunya hati aq. Dirumah kena ejek dengan adik beradik,bila dikampung ditanya soalan pedas menikam kalbu dari mak menakan mulut tak ada insurans. Pelbagai lagilah soalan dan sindiran serta hinaan dan cacian yang ditujukan khas buat Aq. Aq masih mampu menahan kesabaran. Di rumah,di kampung, di sekolah aq dijadikan bahan lawak dengan bermodalkan muka berjerawat aq. Sampai satu tahap aq tak sanggup mendengar hinaan,aq menangis depan ummi dan ayah,meluahkan segala perasaan aq.Ummi ayah sanggup perabih duit untuk beli produk penjagaan wajah untuk pulihkan wajah aq, Maafkan aq ummi dan ayah !
Banyak produk aq pernah cuba semua tak jalan dan satu masalah aq,aq kerap tukar produk. Itulah kekhilafan aq yang aq amat sesali sampai la ni. pasai produk ni aq memang buntu.Dah bertahun-tahun masih tak jumpa produk yang sesuai dengan kulit aq. Aq pernah jumpa pakar kulit namun ubat dari doktor itu berkesan dalam tempoh yang sekejap je,lepas itu breakout balik.
sekarang,aq seorang pelajar di ipts dan disiniah aq merasa confident aq menjunam bila dikelilingi dengan kawan-kawan yang berkulit mulus pada minggu orientasi.Insecure.Aq mnjadi sorg yang agak pasif kerana tidak ramai yang berminat untuk berkenalan dengan aq. Ya aq sedar aq tak layak nak berkawan dgn hijabster2 di sini. Aq hanya akan spoilkan gambar anda semua. Namun itu bukanlah penghalang aq untuk menuntut ilmu.Aq hanya mampu bersabar dan tabah. Walaupun tiada siapa yang sudi berkawan dengan aq di ipts ini,aq akan teruskan kehidupan aq dengan lebih yakin berbekalkan nasihat ummi dan ayah.
Apa-apa pun aq bersyukur kerana diberi tubuh yang sihat,akal yang mampu berfikir dengan waras,dikurniakan ummi ayah yang supportive,adik beradik yang suka bergurau kasar sebagai medium untuk merapatkan hubungan sesama adik beradik, seorang dua sahabat yang memberi motivasi dan menaikkan semangat aq. Maaf andai cara penyampaian aq mmbuatkan pembaca pening kepala untuk fahamkan jalan cerita aq,terus terang aq memang jarang meluahkan perasaan se-panjang confession ini. sebenarnya banyak lagi luahan yang aq hendak ceritakan disini tetapi tidak mengapalah,cukuplah sekadar ini sahaja.
– Aqila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit