Assalamualaikum korang. Nama aku Zira (bukan nama sebenar), berumur 29 tahun ada dua anak perempuan umur 6 tahun & 2 tahun.
Aku rasa aku burn out gila jadi isteri yang bekerja & housewife. Sabar jangan judge dulu silakan dengar cerita aku dulu, haha.
Suami aku ni bekerja tapi shift petang (4pm-12am). Tapi dia kerja jauh, perjalanan je 1 jam setengah. So dia akan gerak pergi kerja pukul 2:30pm dan akan sampai rumah pada 1:30am-2:00am kalau tak jammed.
Suami aku ni kerja seberang tambak. Aku pula kerja sebagai HR Isnin-Jumaat 8pagi-5petang. So bila aku pergi kerja suami aku tidur, aku balik kerja suami aku dah tak ada kat rumah dah gerak pergi kerja.
Aku penat sangat sebab suami aku ni bagi dia, dia dah kerja malam dan perjalanan dia sangat panjang, so siang dia perlukan rehat dan tidur yang cukup.
Aku faham je benda tu tapiiiii ada tapi ya, tapi tolonglah aku buat kerja rumah jugak. Aku penat weh buat semua benda sorang.
Aku bangun pagi2 dalam pukul 5:30 pagi dah kena masak untuk bekal aku dan anak2. Kena masak lah sebab nanti suami aku nak pergi kerja dah ada makanan. Dia cakap dia beli barang dapur so aku kenalah masak.
Lepastu aku nak kena siapkan anak aku yang 4 tahun tu pergi tadika, nak tukarkan pampers adik dia lagi. Aku rasa aku macam nak terkejar kejar.
Aku tak boleh bangun lagi awal sebab malam tu aku akan kerap terjaga sebab anak2. Lagi lah kalau diorang tak sihat ya Allah memang patah badan aku handle sorang.
Aku ni pulak senang kena panic attack. Aku tak cakap aku ada anxiety tapi aku pernah refer doctor dan doctor cakap aku ni ada simptom panic attack.
Bila panic tu datang mula lah aku mengeletar, kadang tengah solat pun nangis sebab mengigil ketakutan, kadang buat aku susah nak tidur.
Aku memang tak boleh lah duduk rumah malam sorang tanpa suami aku. Aku mudah takut. Bunyi cicak pun aku dah boleh fikir bukan2. Tapi suami aku cakap aku kuat drama, hahaha.
Kadang aku balik kerja, aku tengok tilam bekas dia membuta tu tak dikemas. Ruang tamu ada habuk2 biskut, ada habuk dari kipas siling.
Dekat sinki memang tak ada pinggan kotor tapi ada sisa makanan macam nasi ke tulang ayam ke tulang ikan. Plastik sampah tak dibuang elok je tengok dalam bakul sampah.
Buka tudung saji tengok lauk dah habis tapi tak nak tolong basuh padahal engkau yang makan lauk tu tadi sebelum pergi kerja.
Kenapa eh tak ada common sense? Benda2 simple tak boleh buat.
Nampak barang kat lantai tak nak tolong ambil letak atas meja ke apa ke. Aku penat sebab benda2 remeh macam ni lah. Aku taip ni pun aku penat sebab nak cerita satu satu perangai dia.
Belum masuk kisah basuh baju lagi. Aku basuh baju malam ye. So esok pagi aku akan paksa dia sidai. Tu pun jadi 1 masalah bagi dia. Dia siap cadangkan aku ni berhenti kerja supaya dia tak payah buat apa2 kerja rumah.
Lagi 1 habit dia yang menyakitkan hati aku ialah dia ni hisap rokok tau tapi siap je hisap rokok dia akan buang puntung rokok tu kat luar (laman rumah).
So setiap kali aku menyapu kat luar tu memang menyumpah seranah lah mulut aku sebab perangai biadap dia tu. Dah lah hisap rokok lepas tu kurang ajar buang merata.
Memang bagi aku perbuatan tu kurang ajar pun sebab dia tahu aku ni yang menyapu kat luar. Tak ada adab dekat isteri, tak ada rasa hormat kat isteri. Agaknya bagi dia alah buang jelah nanti kan bini aku sapu.
Aku pernah lah aku hilang sabar aku kutip semua puntung rokok tu aku masukkan dalam beg kerja dia. Kalau dia nak marah ke gaduh ke lantaklah janji hati aku puas.
Sejenis takde common sense takkan lah setiap kali hisap rokok aku nak kena pekik suruh buang puntung rokok kat tong sampah.
Lagi 1 dia ni pengotor ye. Dah lah pemalas tambah lagi pengotor. Aku pernah je sorokkan shave sebab aku tengok shave dia bersih tak terusik. Dia tak cari ye gaisssss.
Sebulan aku sorokkan sebulan juga lah area private part dia tu tumbuh meliar. Dan sebulan jugaklah aku sidai dia sebab aku geli kot dia tak jaga private part dia. Nak tunggu aku ugut dulu baru dia nak clearkan. Selekeh.
Kesimpulannya aku ni dah penat dengan perangai suami aku ni. Sampai kadang2 aku maki hamun dia dalam hati.
Cakap baik2 sudah, pesan baik2 sudah, ingatkan dengan cara baik sudah even bergaduh pun sudah. Aku ni letihhhhhh sangat.
Tolonglah siapa ada pengalaman macam aku ni boleh bagi cara tak. Aku ni dah sampai tahap bosan tahap nak tengok muka dia pun aku menyampah.
– Zira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
fussy……
apa yg fussynya?? ti basic things, common sense, jaga kebersihan. Pinggan habis makan basuh, rokok buang dalam bekas.. tu bare minimum
Puan kawin lagi sorang, untuk buat kerja rumah 🤣🤣🤣🤣
ya Allah kesian nya..
pergilah jabatan agama. minta dikaunselingkan suami awak.
atau minta ibu bapa dia nasihatkan dia ubah tingkahlaku.
anak memerhati perilaku ibu bapa.
Common sense bagi perempuan tak semestinya sama bagi lelaki. Cibalah bincang elok2 minta suami bantu mana yang patut dibantu.
TAkde masalah besar kut, suami bukan kaki pukul bukan main perempuan…. Bab bab kemas ni anggap tutup sebelah mata la. Kena ingat takda suami yang perfect.
Lelaki lelaki yg pangai sama macam laki sis ni mmg akan bagi komen macam ni. Lepas tangan, dia ingat isteri tu kuli batak dia. Bagi duit dapo sikit dah macam raja pangai dia. Mati hidup balik 1000 kali pon ko tak bole buat apa yg isteri ko buat. Sabar sis mmg ramai jer diluar sana yg mengalami nasib macam sis ni. You’re not alone. Bila anak2 dah besar, akan ada ringan sikit beban sis. Cuma tinggal seko tu ler. Saya doakan sis sihat, tabah dan kuat mengadap laki sewel sis tu