Salam semua. Rasa sakit kepala sebenarnya daripada semalam. Kita menulis lah nak melepaskan segala yang terbuku di minda dan sanubari.
Tatkala ini baru je selesai baca confession2 yang tersiar. Anak bukan rezeki, bertahan sebab anak, nafsu bi, anjing kurap dan sebagainya. Kadang boleh relate sangat dengan diri sendiri.
Orang yang tak bersyukur, bodoh sombong, menyalahkan takdir. Rasa semuanya saya. Yang paling salah, kalah, jatuh dan rebah. Kadang terlalu penat dan sakit, melawan perang yang tak berkesudahan. Makin jauh dengan tuhan.
Bukan tak solat, bukan tak mengaji. Tapi banyak lalai. Tak khusyuk, tak rasa apa. Hati dah keras, gelap dengan dosa. Dah putus asa. Entah la dah banyak kecewa mungkin. Buat apa semua tak jadi. Serba tak kena, serba salah terus.
Hari2 seakan tidak bermakna. Bagai tiada tujuan. Putus asa nak hidup. Nak celik mata bangun daripada tidur pun. Takde semangat langsung. Makin uzur. Dah tak macam zaman muda dulu.
Rindu sebenarnya waktu belajar, waktu masih ada mak ayah, waktu masih sendiri.
Bila dah berkeluarga ni. Rasa menyesakkan. Banyak stress dan serabut. Kadang2 je tenang dan bahagia tu, kejap sangat. Pastu ribut taufan balik. Tanggungjawab dan komitmen. Amanah dan anugerah. Ujian demi ujian.
Ya, dunia tempat susah dan sakit. Mati memang bukan penyelesaian. Tidak akan pernah bersedia rasanya. Harap dalam sebaik keadaan untuk pulang ke negeri abadi. Di mana nak lari. Tetap bumi Allah juga. Nak ikut kehendak sendiri, namun kita bukan kita punya.
Nak taat amat payah. Taat Allah, segala Islam ajar. Kena taat suami sebab Allah suruh.
Dulu sebelum kahwin siap doa, moga dapat suami yang senang untuk saya taat. Namun takdir Allah, ujian para isteri juga. Makin hidup bersama makin banyak kurang dia, kurang kita.
Terhakis sudah kasih sayang yang berputik dulu. Dah tiada manis, hanya pahit dan tawar. Saya tak nak sepenuhnya bergantung pada suami, sepatutnya saya ni lebih berdikari. Namun saban hari, bunga ini makin layu. Tunggu masa je.
Dah pergi kaunselling, psikiatri untuk bantuan. Tapi begini juga saya. Masih tak berubah, di takuk lama. Tak habis2 dengan masa lalu. Menghukum dan menyalahi diri. Rasa diri tak guna sangat. Kesian anak2.
Entah bila nak sembuh dan tumbuh kembali. Rasa sangat mustahil. Dah jauh tersesat dan tertinggal. Masihkah ada harapan? Atau asyik tenggelam dalam angan2 yang tak kesampaian. Mohon syurga, tapi usahanya kelaut.
Antara yang saya nak ubah, tapi masih gagal. Perangai. Segala amarah, merungut lelah itu ini. Kena redha, sabar dan ikhlas sepatutnya. Lagi yang kena kawal. Berbelanja entah apa2. Membazir duit sahaja. Serta ketagihan. Dengan fon, game dan kadang trigger sampai onani.
Saya patut sibukkan diri dengan perkara kebaikan. Baru tak terjerumus kepada perkara kejahatan kan. Namun benda baik amat membosankan. Takde rasa manis iman macam dulu. Betullah neraka dihiasi benda kita suka, syurga dengan duri2.
Ya Allah. Tolong aku. Aku nak berubah tapi amat payah. Kurniakan hidayah. Doakan aku kuat ye dan mampu istiqamah dalam perubahan.
Penat sungguh lawan nafsu dalam diri. Nafsu yang suruh pada kejahatan. Stress juga lah, yang kena nanti kita, bukan nafsu. Syaitan pun lepas diri. Kena jawab, kena hisab sendiri nanti.
Sungguh banyak sangat dosa. Hidup tak berkat pun rasa. Takde makna. Macam mana nak jadikan hidup ni ibadah, sedangkan banyak bergelumang maksiat lagi. Memang Allah buat saya lupa diri, sebab lupa Allah. Paling sengsara jiwa raga.
Nak kembali. Pulang ke kampung halaman. Moga Allah masih tengok saya. Walau sering putus asa, usaha tak seberapa, asyik tergolek jatuh, tenggelam lemas. Jangan masukkan aku dalam kalangan orang yang rugi. Aku mohon ampunan dan rahmatMu.
Tak layak sangat. Siapalah aku..
– Suri tak berseri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Takpa masih boleh mula jln yg baru lagi. Pilih satu kebaikan, satu kebaikan utk awak buat (yg kita mampu). Apa2 pun yg jadi jgn tinggal. Cuba istiqomah. Niatkan nak berubah. Insya allah, Allah tolong. Mula
Jangan putus asa tau… Teruskan berdoa. Paksa diri. Jaga solat. Banyakkan zikir selawat.