Penat Istihadah

Hi Assalamualaikum.

Aku kenalkan diriku sebagai Ira, berumur awal 30an, telah berkahwin dan mempunyai sepasang anak yang berumur 8 dan 7 tahun,

Aku bekerja dalam bidang professional yang tidaklah busy atau tertekan sangat. Ada la masa-masa busy tu tapi bermusim.

Okay cukup sedikit pengenalan yang pada aku penting juga.

Seperti tajuk di atas, aku nak mengadu dan juga nak minta pendapat (penjualan supplement tak nak ye).

Ceritanya selepas kelahiran anak kedua, aku ambil perancang jenis depo provera, maklumlah anak pertama dan kedua jarak mereka kurang 18 bulan.

Jadi aku berniat nak fokuskan dulu kepada anak berdua ni.

Setelah 3 kali injection (lebih kurang setahun setengah selepas kelahiran anak kedua – dalam tahun 2018), aku stop ambil depo.

Masa tu rasa tak ready juga lagi kalau-kalau dapat anak ketiga, tapi kalau dapat pun aku redha saja.

Sebulan, dua bulan, enam bulan selepas kali akhir inject, haid masih tak datang.

Hanya setelah lapan bulan, baru lah haid pertama datang, itu pun sangat sikit, hanya satu spotting kecil.

Selepas setahun, haid datang, tapi kitarannya tidak teratur.

Haid aku datang lebih 20 hari, adakalanya aku haid selama 8 – 10 hari, 5 – 7 hari haid akan kering, kemudian hari ke 17 – 20 haid (istihadah) datang kembali.

Aku dah refer Dr pakar, dari 2020 dah bermacam ubat hormone Dr bekalkan, namun tak berkesan. Dr pun dah buat bermacam ujian, Alhamdulillah semua clear, takda sangkut apa-apa.

Aku rasa penat sangat bila istihadah ni. Kena solat cepat setelah ambil wudhuk, kena bersihkan Miss V everytime nak solat (selalunya waktu maghrib aku simpan wudhuk, lepas maghrib aku baca quran, terus isya).

Tapi dalam waktu istihadah, kena ambil wudhuk balik. Lagi satu aku kadang-kadang rasa dah pening tak tahu nak bezakan bila masa aku haid, bila masa aku istihadah. 

Aku sangat risau dengan ibadat aku. Betul ke aku tak perlu solat ni? Eh betul ke aku kena solat ni, sedangkan tengah berdarah? Penat sangat bermain dengan emosi sendiri.

(Untuk makluman aku ada juga baca dan rujuk ustazah mengenai haid dan istihadah). Aku tahu ini ujian untuk aku. Tapi sebagai manusia biasa, ada juga terdetik dalam hati rasa penat tu.

Waktu istihadah orang nampak aku okay, happy macam biasa, tapi sebenarnya badan, mental dan emosi rasa penat.

Aku pun dah lama merancang untuk dapatkan anak ketiga tapi tula, belum ada rezeki.

Aku pun tak tahu macam mana nak merancang waktu subur dengan keadaan macam ni.

Period tracker pun pening dengan aku bila aku key in hari haid tu, siap keluar error. Haha.

Aku mohon sesiapa yang ada pengalaman, nasihat, atau mungkin ada jumpa Dr pakar yang bagus, boleh recommend kat aku untuk aku ikhtiar perbetulkan haid aku ni.

Terima kasih semua.

– Ira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Assalamualaikum.

    Susah juga nak bantu, sebab awal2 dah bgtau tak nak supplements.

    Saya pernah guna depo. Ambil masa 6 bulan untuk dapatkan semula haid. Dan kitaran yg teratur. Kemudian saya adalah pesakit psoriasis.

    Puan dah pun berjumpa doktor. Masih belum juga kurang. Pengambilan supplements (minyak kelapa dara, MCG Oil, etc) kadang kala membantu. Ini adalah ikhtiar kita. Yg mengizinkan ia hilang adalah Allah jua.

    Saya pengguna tegar supplement kerana doktor kata psoriasis saya tiada ubat. Jadi saya ikhtiar dengan supplements. Pelbagai supplement dicuba untuk mencari keserasian. Ini ikhtiar saya.

    Moga puan terbuka hati utk mencuba sebarang ikhtiar.

  2. Saya pernah alami sakit puan. (period 14 hari average) Saya amalkan vegan untuk 6 minggu, gejala hilang dan saya tak perlu makan ubat doktor lagi. Rupa2 nya saya inflammation teruk bila makan daging/ayam cucuk hormon/antibiotik. Skrg saya makan 1kgveggies dan ikan shj. Terutama antibacterial fiber macam sirih & raw garlic. Tapi hanya berkesan selepas pantang daging/ayam cocok hormon (tu culprit terbesar dlm sakit puan saya). Alhamdulillah Allah selamatkan saya jadi saya kena cerita agar dapat membantu orang lain.

  3. Assalamualaikum. Nak tanya, saya ada masalah istihadah dan smpi skg belum dikurniakan anak. Berdasarkan pengalaman sesiapa yang tahu and mengalami perkara yang sama, boleh ke wanita yang beristihadah mempunyai anak?
    Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *