Penat Jadi Anak Baik

Terima kasih admin , sudi post.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Saya rasa macam saya tertekan dengan diri sendiri. Macam banyak sangat benda berlegar legar dalam kepala saya. Jadi saya nak bercerita supaya Saya tau ada orang yang masih peduli dengan saya.

Saya berusia awal 20 an. Sedang belajar di ipta. Saya anak perempuan sulung , daripada 3 adik beradik.

Adik kedua saya , lelaki , 19 , sedang belajar di kolej kemahiran. Adik bongsu sedang di tingkatan 2.

Sekarang rasa dah penat sangat jadi anak yang sempurna & baik. Saya tak tau kenapa sekarang saya rasa macam , lantak la , apa nak jadi jadi la. Nak benci benci la .

Saya selama ni dah letak kan standard untuk diri saya. Saya kene jadi yang terbaik dalam kalangan adik beradik. Keputusan peperiksaan saya dari sekolah rendah sampai la sekarang , memang lebih baik berbanding adik2 saya.

Mak & ayah saya memang memuji kepandaian saya.
Saya juga pernah brsekolah di sekolah berasrama penuh (sbp), sekolah perempuan, selama 5 tahun.

Membesar dalam persekitaran rumah flat 5 tingkat, sekolah harian yang bercampur, & anak2 sekeliling yang sangat bersosial bebas , ibu bapa saya mengalami masalah Dan cabaran hebat until membesarkan kedua2 adik saya.

Jadi mak saya selalu bercerita dan mengadu tentang segala masalah mengenai kedua dua adik saya.

Saya mula memasang nekad untuk tidak membuat masalah , dan menjadi anak yang trbaik , supaya tidak menambah lagi masalah yang ada.

Saya pula sedari kecil sudah dilatih untuk jadi yang terbaik keputusan mesti cenerlang , perangai mesti elok . Belajar belajar belajar . Mesti banggakan ibu bapa.
Hatta disekolah pon dilatih untuk menjadi yang terbaik.

Tetapi saya juga manusia biasa yang pasti akan melakukan kesilapan. Naman saya dimarahi lebih teruk berbanding adik2 saya. Mungkin juga sebab saya anak sulung.

Saya juga pernah beberapa kali mendapat keputusan peperiksaan yang kurang baik , namun kegagalan itu dilihat oleh mak saya sebagai satu kegagalan yang sangat besar.

Saya baru sekali tak bangun sahur & terlepas subuh ketika puasa tu , tapi saya dan adik perempuan saya disimbah dengan air ke muka kami ketika kami tido.

Kebetulan adik lelaki saya yang sangat2 jarang bangun sahur & solat subuh , dia bangun pagi tu.

Kalau saya buat baik , saya rasa macam Tak dihargai. Benda tu macam sesuatu yang sudah biasa dah lali dilihat & tak perlu dihargai.

Sekarang , saya mula untuk memberontak.
Saya tak puas hati kalau saya sorang sahaja yang dimarahi atas kesalahan yang adik saya juga buat.

Saya mula buat perangai. Tak dengar cakap. Saya mula untuk malas buat kerja rumah. Saya akan bagi alasan , adi lelaki saya juga tak buat.

Kalau adik lelaki saya lepak keluar balik 2-3 pagi , kenapa tak marah ?

Kalau adik lelaki saya juga bangun lewat tanpa dimarahi.
Kenapa saya tak boleh ?
Kenapa saya sahaja yang dimarahi.

Adakah sebab saya perempuan ? Dan sebab dia lelaki?

Saya tak suka kalau mak saya didik orang perempuan sahaja yang perlu dikawal tingkah lakunya.

Saya jadi penat yang teramat untuk jadi anak yang baik. Sebab apa ?

Sebab bila saya buat salah sekali , saya akan kene teruk seolah olah saya tak pernah berhenti buat salah tu.

Saya rasa macam mak saya tak berlaku adil dengan saya . Beban ni terlalu berat untuk saya .

Saya rasa macam sia2 jadi anak yang baik.

Saya tau saya tak patut rasa macam ni , tapi saya tengah rasa macam ni sekarang. Boleh tolong saya ?

– Along

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *