Penat Jadi Pembersih

Salam hai semua, terima kasih sekiranya confession saya ni disiarkan. Saja nak confess tengah² malam macam ni sebab ada mood nak confess.

Cerita ku bermula dengan sekolah menengah. Aku sekolah berasrama penuh. Jadi 1 bilik tu kami share 6 orang. 2 orang senior, 2 orang junior, seorang sama batch dengan aku dan aku.

1 bilik 6 orang ramai kan? Aku okay kalau ramai tapi majoriti bukan pengotor. Tapi sampai satu tahap tu aku balik je berselerak, dan crowded la bilik aku tengok. Dah la stress study then balik² tambah stress tengok bilik.

Jadi ada satu hari aku mengamuk, aku kemas habis 1 bilik. 2 orang senior aku masuk bilik then keluar balik bilik tengok no bilik. Betul ke bilik dorang ni? Haha

Habis terkejut kan? Dorang ada cakapla bagus la apa la. Tapi berselerak balik. Yelaaa sorang je kemas, lagi 5 tak sempat nak kemas.

Ohh, bilik kami sebelah tandas. Kadang aku stress tengok bilik, aku pi sental tandas sebelah. Haha.

Belajar takla hebat mana, tapi stress je memanjang. Kalau nak cakap aku mendabit dada jadi pembersih, memang salah la. Sebab korang tak tengok lagi nenek aku tahap pembersihnya macam mana.

Mama aku pun pembersih, mama aku tak ajar sangat pun aku. Maybe aku dah terbiasa tengok nenek & mama aku pembersih.

Berbalik pada zaman sekolah menengah aku ni, dorang ada buat inspection taw. Sapa bilik paling bersih dia akan umum, bilik paling pengotor pun dia umum.

Ada hari bilik aku tersenarai sebagai bilik paling pengotor. Ada hari tak tersenarai tu maksudnya sedang2 saja, kemas tapi tak kotor. Tu pun sebab mood aku sorang rajin kemas.

Aku sampai tebal muka depan member2 lain, sebab bilik aku berselerak sangat. Taw tak kenapa? Sebab aku penat jadi pembersih. Aku malas nak gaduh dengan roomates, tapi tulaa tebalkan muka depan member.

Bila dengar pengumuman, aku akan cakap kat member2 aku ‘bilik aku kotor ni haha’ then memang betol tersenarai.

Member2 aku semua diam. Aku malu tapi nak buat macam mana, aku penat. Kalau bersihkan, okay la sikit tapi sekejap ja berselerak.

So sejak tu, aku pahatkan dalam minda aku. Jangan beriya sangat kemas tempat² orang. Janji tempat aku sendiri kemas. Tapi kadang over the line, aku terpaksa kemas jugak.

Fast forward time aku degree, aku sanggup bayar mahal untuk apartment mahal yang tak ramai orang amik. Sebab tak ramai orang, tak banyak barang, tak banyak sampah, jadi tak kotor dan tak berselerak la kan?

Kalau boleh 1 unit tu aku dok sorang pun okay. Hahaha. Tenang jiwa aku. So zaman ni aku consider okay la.

Fast forward to 2022, aku bekerja. Company bagi aku bilik. So aku dok kondo, saja nak berdikari. 1 rumah 6 orang, ada 3 bilik.

Dannnn guess what? Benda yang pernah terjadi masa sekolah menengah aku dulu, berulang kembali. 6 orang duduk, cuma aku sorang kemas! Haha.

Aku sampai tahap sanggup cuti semata nak kemas rumah, sanggup pi kerja lewat semata nak settle sapu rambut² kat lantai. Sanggup penatkan badan sental tandas.

Rela mop lantai dapur malam². Hujung minggu sepatutnya keluar berjalan atau balik rumah makpak tapi aku? Mop dan sapu lantai, hilangkan bau² rumah.

Yang lawaknya aku boleh je straight balik dari kerja ke rumah makpak aku. Tapi aku rela patah balik rumah aku dulu semata nak buang sampah.

Setiap kali orang masak. Aku akan pergi buka semua pintu, dan tingkap. Sampai dorang yang masak semua terikut gaya aku.

Belum cerita lagi part aku suka tutup lampu dan kipas. Mana² suis yang on aku tutup dan cabut habis semua plug. Bila check bil, sejak aku duduk. Dari RM60 jadi RM30. Turun separuh! Haha

Aku siap mention adik aku lagi, jangan marah aku bila aku dok tutup² sana sini. Sebab aku tak boleh tengok, dia jadi macam annoyying.

Sama juga bab kebersihan, selagi tak kena kat mata aku. Aku tak boleh biarkan walaupun AKU PENAT JADI PEMBERSIH. Tapi aku bukan OCD, dont worry.

Aku belajar dari pengalaman, its okay to be tired, but at least, its worth. Nak hidup kan? Kena kuat. Penat tu rehat jalaaa, janji tempat kita duduk tu bersih. Tak bersih memang tak tenang jiwa.

Sekian ini sahaja, terima kasih kerana membaca confession aku. Doakan aku dikurniakan jodoh dan keluarganya juga pembersih. Aamiin.

– Wazhidaole (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *