Penat Jadi Perempuan

Kalau baca tajuk pun dah pelik. Tapi aku cuma nak suarakan rasa hati aku sepanjang aku hidup ni. Aku pelik kenapa masyarakat kita terlalu mengangkat lelaki.

Kenapa aku cakap macam ni? Sebab memang itu yang aku rasa, betapa masyarakat ni melebihkan lelaki berbanding perempuan.

Jadi perempuan ni banyak kekangannya, banyak keterbatasannya, tidak bebas dalam melakukan apa-apa.

Anak perempuan tak boleh keluar rumah, lepas kerja balik rumah, tak boleh keluar malam, macam-macam la. Tapi kalau lelaki, kau balik pukul 3 pagi atau tak balik langsung pun tiada siapa nak kisah.

Ye aku faham, bahaya perempuan keluar malam-malam, keluar tak tentu arah. Tapi apa kurangnya lelaki? Lelaki tak ada risiko kena rompak ke? Tak dicabul? Tak ada jenayah berlaku kalau anda lelaki? Macam tu ke? Kenapa mereka boleh keluar sorang-sorang atau berkumpulan?

Tapi kalau perempuan walaupun berkumpulan masih susah nak diberi izin walaupun untuk travel beramai-ramai? Kenapa? Perempuan ni fitnah dunia?

Kau tau kenapa jadi fitnah? Sebab mata-mata lelaki dengan niat jahat korang terhadap perempuan. Itulah punca kenapa perempuan ni tak dapat nak bergerak bebas. Tu dari segi kebebasan pergerakan.

Okey ni dari segi kerja rumah pulak. Ni paling aku tak puas hati. Kenapa duduk rumah sama-sama tapi tak nak kemas rumah sama-sama.

Kau makan, minum, buang najis, mandi dalam rumah tu tapi kenapa tak nak jaga sama-sama. Asal kerja rumah je kerja perempuan. Lelaki buat apa? Goyang kaki, hisap vape, tengok tv. Macam tu je ke?

Aku bagi contoh family sebelah mak aku sendiri. Suka sangat buat makan-makan la kenduri la. Kalau dah masak kena la kemas kan.

Ini tak, dah makan, berkecah dengan sisa makanan berterabur, dengan air tumpah, kau dah makan, cuci tangan lepastu kau blah tengok tv. Pinggan, mangkuk lauk, cawan semua kau biar. Kau tak sakit hati ke tengok?

Lagi bestnya bila mak, nenek dengan mak cik-mak cik kau sedap je cakap suruh kau kemas semua sekali ya. Kena la kemas sebab ni kerja orang perempuan. Boleh tak stop generalize kerja rumah ni kerja orang perempuan semata.

Tu sebab la banyak isteri-isteri ni mengeluh takde orang tolong buat kerja rumah. Sebab kau dah didik anak cucu kau dari kecik yang kerja rumah kerja orang perempuan. Orang lelaki tak payah tolong.

Ewah-ewah dah sedap-sedap kau mentekedarah serupa jin bukit, kau biar je macam tu.

Aku nak nasihat sikit dekat korang pembaca ni. Kau tau tak penat jadi perempuan ni.

Kau kena hadap expectation jadi perempuan ni serba boleh. Pandai masak, pandai kemas, pandai jaga anak, kena kerja tolong laki kau sebab gaji dia tak cukup nak tanggung hidup yang serba sederhana tu. Kau tau tak penat!

Perempuan sekarang pun bekerja sama je macam lelaki. Office hour jugak kan. Sama-sama belajar tinggi macam lelaki jugak.

Bahkan ada yang taraf pendidikan dan kerjaya lebih tinggi, tapi bila balik rumah kau dalam keadaan penat masih kena mengadap rumah bersepah, anak-anak yang merengek mintak perhatian, kena masak.

Tapi jadi lelaki senang kan. Kau balik, mandi, main phone. Nak sembahyang pun takde anak nak kacau. Bila mintak tolong kemas rumah, keluar alasan penat bekerja.

Dah tu yang perempuan ni dari pagi buat apa? Tak ke bekerja jugak? Nak tolong duit gaji kau yang tak cukup tu. Takkan mintak tolong layan anak pun susah sangat. Takkan tau buat anak je, tapi tak nak tolong jaga.

Jangan pandai tabur benih je jadi lelaki ni, lepastu tanggungjawab menjaga entah ke mana. Apa beza kau dengan anjing kucing dekat luar tu. Lepas buat anak, tinggal macam tu je. Membantu la sikit sumbang tenaga jaga rumah.

Apa lagi? Jadi perempuan ni selalu sangatlah jadi bahan umpatan orang. Bangun lambat kena umpat, tak pandai masak orang mengata, kau tak belajar tinggi pun orang dok mengata, kau belajar tinggi tapi tak kerja tinggi pun orang mengata jugak.

Kau dapat kerja jawatan tinggi pun orang umpat jugak nanti kawin lambat la apa la. Apa yang masyarakat nak ni sebenarnya? Dan golongan mengumpat ni jugak adalah golongan perempuan.

Aku nak marah semua, baik lelaki baik perempuan. Kau jadi perempuan aku tau kau pun rasa yang penat sama macam aku. Tapi kau jadi perempuan, kau jugak mengumpat perempuan lain sampai orang tu tertekan dek umpatan, caci, maki, keji kau tu! Kau tak perasan ke?

Aku bagi contoh, ibu tunggal muda yang berniaga kuih-muih untuk support hidup. Kau sendiri tak nak tolong beli kuih dia, kau larang laki kau beli dari dia sebab dia janda muda?

Bila dia malas kau keji cakap tak reti jaga laki, tak reti jaga anak, tak reti jaga diri itu sebab bercerai. Bila dia berusaha perbaiki hidup, bukan kau support malah kau jatihkan dia lagi, kau tabur fitnah pada dia.

Dan kau lelaki, mentang-mentang dia dah tak berlaki, di dah dah pandai jaga diri, dah pandai berhias, kau pun gatal macam ulat bulu naik daun. Kau kacau dia dengan whatsapp yang bukan-bukan di tengah malam. Baik laki atau perempuan sama je, semua pun jadi punca fitnah pada perempuan.

Aku penat jadi perempuan. Masyarakat memandang perempuan ni kena serba boleh tak boleh ada cacat cela. Islam mengangkat martabat perempuan tinggi. Tapi kalau yang kau tinggikan tu cuma mak kau sorang je baik tak payah.

Kau hormat mak kau yang melahirkan kau, tapi dekat luar kau lah punca kepada fitnah perempuan ni. Kau mengorat perempuan tak kira anak dara, janda ke bini orang. Semua kau sebat. Baik dalam whatsapp, facebook etc.

Aku penat jadi perempuan ni bila perempuan sendiri yang menjatuhkan perempuan. Bukan sama-sama menguatkan malah menjatuhkan! Bila aku penat buat kerja rumah, bukan kau mintak anak lelaki bujang kau yang tengah hisap vape dengan asap berkepul-kepul tu menolong.

Malah kau sendiri yang cakap dengan kuat kerja rumah kerja orang perempuan. Tapi bila kau penat di rumah, kau marah-marah kau mengadu kau kata kau penat. Sedangakn itulah didikan yang kau bagi pada anak kau.

Ini zaman 2020, perempuan ke lelaki dah sama-sama pergi sekolah belajar menimba ilmu, sama-sama bekerja memabnting tulang nak sara hidup.

Salah ke kalau aku mintak layanan yang sama dari segi kebebasan bergerak untuk aku enjoy life aku (masih dalam batasan moral dan agama),

Salah ke kalau aku mintak lelaki ni sama-sama tolong uruskan kerja rumah dan anak-anak, salah ke kalau aku mintak perempuan ni tak dikeji diumpat cuma sebab dia tak pandai menguruskan kerja rumah.

Aku harap kalau kau yang membaca ni sedarlah. Kau pun menyumbang kenapa didikan lelaki dan perempuan ni tak ada beza pun dari zaman Portugis menjajah Melaka sampai la zaman COVID-19 melanda dunia.

Kau didiklah anak lelaki dan perempuan ni sama layanannya, baik dari kerja rumah dan benda lain. Aku tau kalau kau pun perempuan macam aku kau pun penat.

Akan ada satu point dalam hidup kau pun kau akan merasa penat. Aku cuma mintak layanan yang adil je sebab aku dah oenat jadi perempuan bila aku asyik dinilai orang.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *