Terima kasih admin andai kata confessions ni disiarkan. Sekarang ni memang tengah serabut tak tahu nak luah kat sapa lagi.
Terus ke point ya sebab aku tak pandai sangat nak buat ayat. Harap korang faham.
Nama aku Gen. Aku dah berkahwin. Usia perkahwinan aku dalam setahun 5 bulan. Kami dikurniakan seorang anak perempuan yang sekarang ni usia 6 bulan.
Okay ceritanya start bila aku & hubby nak sewa sendiri. Aku berhenti kerja after 3 bulan kami pindah sebab pregnant anak pertama masa tu.
So hubby decided aku tak payah kerja, jaga kandungan. Aku okay jer. So bermula laa kisah aku jadi surirumah sepenuh masa.
Oh sebelum tu, rumah kami berdua ni kadang-kadang ada adik ipar singgah 2-3 hari macam tu.
Adik ipar aku ada dalam 4 orang perempuan semua. 2 orang masih belajar di kolej, sorang dah bekerja, sorang lagi masih tingkatan tapi tinggal di kampung.
Disebabkan musim covid ni, 2 adik ipar aku yang belajar di kolej tu terpaksa cuti panjang sebab pihak kolej bagitahu kolej dia orang tutup untuk sementara sehingga kes covid ni menurun.
Jadi, mereka tak balik kampung tetapi tinggal dengan aku & hubby. Masa ni aku tengah pregnant.
Memula okay jer. Tapi lama kelama lamaan tu aku macam perasan kan adik ipar aku ni macam pemalas. Liat nak bangun awal pagi.
Memang selalu tengahari baru bangun. Tu pun bukan bangun terus, main hp dulu lepas tu mandi, lepas tu makan, lepas tu main hp. Macam buat benda kepentingan sendiri sahaja.
Aku pulak bangun awal pagi, sidai baju, buat breakfast, kemas rumah, angkat baju, lipat baju, banyak laa benda aku buat sorang. Pernah sekali aku makan pukul 2 petang sebab kemas rumah.
Adik ipar aku buat apa jer? Main hp laa dalam bilik. Aku masa makan tu sambil tahan air mata sebab letih sangat. Tau laa masa pregnant kan sensitif, cepat letih.
Mereka ada jer di rumah tapi buat tak tau pulak pasal kerja kat rumah ni. Yang bekerja tu ada sekali bermalam kat rumah kita orang. Masa tu dia offday. Kalau offday memang selalu balik kat rumah kita orang.
Pagi tu dia bangun awal ingatkan nak sidai baju. Tapi tak da pulak. Terpaksa la aku yang sarat mengandung ni yang buat. Dah laa pakaian banyak.
Penuh 1 bakul. Aku tak larat nak angkat. Aku pakai kaki tolak bakul. Tu pun tak nak tolong. Tengok jer. Sebak dalam hati ku wehh.
Dia orang ni buta kah sampai tak tengok aku tengah sarat ni tolak bakul dengan baju penuh lagi tuu? Kalau hubby dekat rumah ringan sikit kerja.
Hubby memang suka menolong. Dia pun ada nasihatkan adik² dia suruh tolong aku. Tapi sekejap sahaja mereka dengar. Lepas tu buat malas lagi. Sekarang ni aku macam dah tak ikhlas pulak buat kerja di rumah.
And now, sorang lagi tinggal dengan kami berdua. Yang dua orang tu dah balik kampung. Yang sorang ni aku tahu laa balik kerja tu penat tapi takkan 1 kerja rumah pun tak dapat tolong.
Baju bukan pakai tangan pun cuci, tu pun pakai mesin. Pakai mesin pun dia tak terus cuci, last² aku yang cuci, aku yang sidai, aku yang lipat.
Ada banyak lagi sebenarnya benda² yang aku tak boleh lupa masa aku mengandung tu. Memang aku akan ingat sampai bila-bila.
Aku ada talk with my husband. Aku bukan jenis yang pendam, sebab makin aku simpan makin sakit kepala aku.
Husband aku pun cakap lepas ni jangan push diri buat semua kerja rumah. Mana yang tak dapat siapkan tu biarkan jer katanya.
Aku pun okay laa. Sekarang baju kami tak berlipat. Bergantung dengan hanger saja. Kurang dah 1 kerja.
Tambah dengan anak lagi. Memang takda masa langsung nak siapkan semua kerja rumah.
Aku pun fikir, takpa orang buat aku macam ni, ada masa nanti diaorang akan kahwin juga, masuk keluarga orang lain. Tengok apa jadi nanti.
Bersabar saja laa aku buat masa ni. Aku dah tak push diri macam dulu. Mana yang dapat aku buat, aku buat. Kalau penat aku rehat, anak tidur aku pun ikut sekali tidur. Kurang dah letih macam dulu.
Okay ni saja luahan aku. Terima kasih sudi membaca.
– Gen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit