Penat Lagi Lelah

1. FASALITI vs KAPASITI

Pesakit di wad ICU makin bertambah hingga wad biasa di buka menjadi ICU. PKRC (pusat kuarantin) makin banyak dibuka. Di Kelantan sahaja terkini terdapat 8 buah PKRC.

Persoalannya, mampu atau tidak kita menyediakan barisan frontliner mencukupi bagi menampung tugas ini. Mampu atau tidak barisan hadapan ini bertahan.

Ya mereka amat komited, beban kerja yang berat. Terbeban dari segi fizikal dan emosi. Tapi sampai bila mereka mampu bertahan.

Mampu  atau tidak kita menyediakan mesin mesin ventilator jika permintaan meningkat. Jangan hingga sampai satu tahap ia berakhir dengan hanya 2 pilihan. Memilih sesiapa yang harus hidup atau sebaliknya.

2. EKONOMI

Kita tidak mahu buat “TOTAL LOCKDOWN” atas alasan kejatuhan ekonomi. Mungkin. Saya rakyat biasa yang tidak tahu tentang ekonomi..

Tapi bukan ke jika kes meningkat. Menunjukan sistem kesihatan kita yang kekurangan. Walaupun bukan salah KKM. Kepercayaan pelabur makin berkurang jadi dimana datangnya aliran masuk duit.

Duit akan makin banyak yang keluar untuk perbelanjaan kesihatan rakyat. Ya betul total lockdown akan rencat ekonomi. Tapi jangka masa pendek.

Jika covid meningkat kesan ekonomi akan lebih buruk untuk jangka masa panjang. Bagus SOP tak boleh ziarah di hari raya.. tapi ziarah mall dibenarkan.

Dimanakah relevannya disitu? Peniaga kecil makin terbeban. Peniaga besar pemilik kilang, pemilik mall makin kaya walaupun mereka penyumbang statistik covid terbesar. Jadi dimana faedahnya.

3. EMOSI

Rakyat bukan tak mahu patuh SOP, bukan tak faham bahaya covid. Tapi yang faham dan patuh juga akan hilang patuhnya, akan hilang sabarnya.

Ya betul ada rakyat biasa yang degil. Tapi perlu ke golongan MENTERI, VVIP dan ARTIS menunjuk nunjuk betapa “KAYANGAN” nya mereka “HEBAT” nya mereka bila boleh kemana mana,

Boleh berkumpul beramai ramai.. buat kenduri tahnik, buat majlis berbuka puasa, kenduri kahwin sedangkan rakyat biasa ada yang dah lama tak jenguk ibu di kampung.  Menteri balik dari luar negeri tak pula dikuarantin 14 hari sedangkan balik dari negara VOC.

Untuk yang dapat kelebihan “KAYANGAN” pun janganlah minta dikecam oleh jemaah rakyat Malaysia. Sendiri makan sendiri simpan.

Para petugas hadapan terutama Para Doktor, Jururawat, Polis dan lain lain sudah penat. Yang bekerja di sektor kesihatan penat dari segi fizikal dan emosi.

Jangan kata 1 jam.. 10 minit pun orang lain belum mampu pakai PPE sambil melakukan tugas. Polis pulak penat melayan karenah karenah kayangan. Dicemuh dihina dah lumrah. Ada saja yang tak kena.

Cikgu pulak dah tak larat nak hadap PDPR online learning berbulan bulan. Tak buat nanti kata cikgu makan gaji buta, dah buat pun ada yang marah kata ibu bapa takde kerja lain ke mengadap semua benda ni.

Bagi yang kurang kemampuan atau anak yang ramai bukan mudah untuk menyediakan kemudahan seperti telefon bagi setiap anak. Terutama golongan B40. Jadi siapa yang rugi.

Jadi tak hairanlah ramai kanak kanak sekarang banyak ketinggalan. Darjah 1 pun ramai yang buta huruf.

Tapi percayalah takde seorang pun petugas hadapan nak buat kerja susah dan menyusahkan orang lain. Tapi kerana arahan dan tanggungjawab mereka lakukan juga.

Dan rakyat  juga tak salah kerana mereka sudah penat dan bosan menghadapi masalah ini yang yang belum nampak penghujungnya ditambah sikap DOUBLE STANDARD pemimpin. Fikir fikirkanlah…..

#staysafe

From the bottom of my heart,

Luahan dari seorang rakyat marhaen,

– Anggerik Putih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> http://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *