Penat Mengorat Abang Pack

Aku terbaca beberapa luahan kat page ni pasal cinte terpendam and perempuan tu tak luah. Aku macam erkkkk, apesal aku rileks je mengorat laki yang aku suke. Aku ni spesis tak malu ke ape? Nangis jap.

Aku nak share la kisah aku dok mengorat abang senior aku mase sekolah. Nama dia Fazakkir. Orang panggil Pack je.

Abang Pack ni tak kacak langsung. Muke gelap, hidung pesek and mata kecik. Tapi dia manis and tinggi lampai. Dia senyum tu manis kat mata aku.

Yang cakap tak kacak tu kengkawan aku la tapi aku cakap dia kacak sebab aku suke dia. Hahaha.

Mase sekolah aku ni memang jenis berani and tak tahu malu. Ni bukan aku buat-buat tapi aku memang jenis takde selindung ke apa.

Aku suke Abang Pack sebab aku nampak dia kutip botol masukkan dalam tong sampah.

Kelas aku kat tingkat atas, so aku nampak dia kat bawah tengah kutip botol-botol minuman yang students buang tapi tak masuk dalam tong sampah.

Mase tu baru abis hari sukan. Waktu tu semua orang dah balik dorm. Aku ternampak and rasa, baiknya dia. Hehehe.

Abang Pack kelas belakang kot. Dia tak berapa suke belajar tapi dia pandai main bola.

So cite pendeknye, aku tulis surat bagi kat dia. Letak dalam buku dia masa tu ade perjumpaan kelab. Aku siap bagitahu nama aku siapa and kelas mana. Aku Form 3 dan dia Form 5.

Tapi macam takde pape je. Sangsi aku dia bace ke tak surat aku tu. Aku hantar lagi surat. Ni kali aku suruh Jeremy budak Sabah bagi. Dia satu dorm dengan Abang Pack. Jeremy cakap Abang Pack baca and diam je.

Bengang aku!

So waktu hari kelab persatuan semua tu, aku dari tingkat atas jerit Abang Pack, jomla kapel!!!! Eya suke Abang Pack!!!! Sambil kengkawan aku dok sorak untuk aku.

Ye kitorang bebudak perempuan nakal masa sekolah. Jenis bising and tak makan saman.

Malu Abang Pack kena bahan dengan member-member dia. Aku kena panggil dengan pengetua. Senior and ketua asrama pon panggil and memang teruklah aku kena. Kelakar pulak bile fikir balik sekarang.

Bila Abang Pack dah habis SPM, aku masih setia ngorat dia. Ape entah masalah aku ni. Haha. Bingai agaknye.

Mase tu aku dah tak duduk asrama. Everyday aku lalu depan kedai makan mak dia, sebab nak tengok Abang Pack.

Mak dia baik. Jenis keibuan. dia tahu aku suke anak dia, and dia macam layankan je aku. Hahaha. Rindu arwah makcik (meninggal sebab Covid 19).

Tapi Abang Pack selalu cakap kat aku adoiii ko ni, ko takde kerja lain ke nak buat. Hahaha.

Pastu Abang Pack sambung belajar kemahiran kat ILP Melaka. Jarang dah aku jumpe dia. Tapi aku setia tau hantar mesej kat dia.

Nombor dia aku dapat dari mak dia. Mak dia kan jenis layankan aku. Heeee. Everyday aku mesej Abang Pack tau mase tu. Ade la 2-3 kali dia balas. Mostly tak balas lah.

Aku pulak lepas sekolah, sambung belajar kat universiti swasta. Aku tak pandai sangat tapi naklah jugak belajar. Masih aku setia mesej Abang Pack.

Tak pernah lupa wish Birthday, Selamat Hari Raya semua. Dia kadang balas kadang tak. Aku stop buat semua tu bila aku graduate.

Aku rasa Abang Pack memang tak suke aku. Aku sedar je dari dulu tapi tulah, aku kan jenis tak give up. So by the time umur aku dah 21 camtu, aku dah semakin malulah. Dah besar kan.

Last mesej aku cakap kat dia, aku suke sangat kat dia tapi aku tahu dia tak suka aku.

Aku doa dia bahagia, kahwin dengan perempuan yang boleh jaga dia and tak ingat ape lagi aku cakap. Hehehe, lame punye cerita. Aku pulak dapat kerja kat Terengganu tak lama lepas tu.

Beberapa bulan lepas aku stop mesej dia, tetibe aku dapat satu mesej dari dia. Mesej tu kosong. Tak tulis pape. Aku rase maybe dia tertekan keypad ke apa. So aku biar jelah. Seminggu pastu aku dapat call dari dia.

Aku pelik jugak time tu sebab dia tak pernah initiate conversation dengan aku. Aku angkat and cakap hello. Dia kat sana tu diam je.

Banyak kali aku hello tapi diam je. Pastu aku letak jelah dah diam je. Pening aku sebab tak pernah pulak Abang Pack nak terkol aku ke apa selama ni.

Esok tu aku dapat mesej dari dia yang aku ingat dan simpan sampai sekarang.

‘Abang rindu Eya’

Bapak ah nak mati aku rasa time tu. Hahaha. Dahla sejak dari sekolah aku je dok ngorat dia, dia jual mahal nak mampos tetibe mesej rindu aku, stress aku.

Long short story, dia pulak kejar aku pastu. Sebab aku dah penat mengorat dia, aku dah takde tenaga nak mengorat balik. dia lah pulak mengorat aku. Hahaha.

Mase tu baru aku rasa perasaan oh camni ke feeling kena ngorat. Bestnyaaa. Tau dari dulu aku biar dia mengorat aku. Masalahnye dia tu kan lembab takdenye nak mengorat aku kalau aku tak mengorat dia dulu. Hahahaha.

Abang Pack cakap dia dah terbiase sangat dapat mesej dari aku sampai bila aku stop tu, dia rase kehilangan sangat. Geram jugak aku sebab dulu dia bolayan je aku. Padan muke dia kena mengorat aku balik.

Tapi tulah jodoh ni semua kat tangan Tuhan kan, Abang Pack eksiden motor mase nak balik dari tempat kerja dia ke kampung. Dia koma sepuluh hari dan meninggal tahun 2014.

Masa aku pergi pengebumian dia tu, aku peluk mak dia erat-erat. Menangis mak dia teresak-esak. Mase taip ni pun aku rasa sebak.

Lame kot aku menangis lepas pemergian dia tapi aku malaslah nak cite kesedihan aku kat sini sebab fokes aku just nak cerita aku tak malu ngorat Abang Pack. Nak cite hepi-hepi je tanak sedih.

Aku just terkenang sebab aritu terbaca pasal confession memendam rasa ni. Hehehe.

Bagilah rencah sikit kat sini sebab asyik confession memendam rasa je sedangkan ade je cite yang macam aku mengorat lelaki dengan yakin sekali. Hahaha.

Semoga roh arwah Abang Pack dan emaknya dicucuri rahmat.

– Eya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *