Penat & Tenat

Aku dah lama simpan benda ni. Sekarang usia aku dah menginjak dewasa. Aku dah mula boleh berfikir dan menilai. Sambil menulis ni aku berdebar. Tangan aku sejuk, degupan jantung aku laju.

Aku taktau dari mana nak mula tapi aku rasa sangat helpless. Jadi malam ni aku decide untuk luahkan disini apa yang dah lama terbuku. Andai ini malam terakhir ku. Doalah semoga roh aku tenang dan damai.

Aku dari sebuah keluarga yang tidaklah susah dan tidaklah senang tetapi Alhamdulillah cukup dan sempurna. Dari kecil ibu bapaku sering bergaduh di hadapan kami. Yang mengeruhkan lagi keadaan apabila sikap ibu aku yang suka melebih2 dalam mengadu kepada anak2.

Masa aku remaja, aku terima bulat2 setiap yang ibu ku cerita mengenai bapaku. Setiap keburukan dan kisah silam dia. Long story short, semua adik beradikku membenci bapaku. Bertahun mereka tidak bercakap.

Aku ni bukanlah pemaaf tapi bukan juga pendendam. Aku cuma inginkan sebuah keluarga yang bahagia walau tidak kaya. Kebahagian dan kedamaian itu yang aku cari.

Aku pernah terdetik nak suicide masa aku form 4. Banyak perkara yang berlaku tahun tu. Aku rasa dunia ni sangat kejam. Kenapa aku dilahirkan dalam keluarga ni? Kenapa meski aku yang hadap?

Untuk pengetahuan semua, aku seorang yang extrovert. Sentiasa happy. Semua orang ingat aku ni sentiasa happy dan takda masalah padahal hati aku remuk. Hancur. Tapi takkanlah aku nak meraung tiap2 hari kan. Hahaha. Okay back to the story…

Aku makin lali dengan situasi keluargaku. Sampailah tahun lepas aku mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan ibuku. Perbuatan dan tingkah lakunya sangat meragukan.

Aku ni seorang stalker berjaya ya. Hasil selidik dan kajian aku. Ibuku mempunyai skandal. Nauzubillah.

Walaupun dia menyebut sebagai ‘kawan’ bagiku perbuatan yang lovey-dovey itu bukan kawan lagipun dia masih mempunyai suami walaupun macam tak wujud saja bapakku itu.

Aku tiba2 rasa menyesal memperkenalkan telefon pintar kepada ibukku. Dia membuat video call, chatting pagi petang siang malam.

Sebagai seorang anak, aku tak mampu nak menegur lagipun aku jahil. Nanti ibuku ungkit segala dosa silamku, hahahaha. Jadi aku hanya perli sebagai teguran. Berdosanya aku perli ibu sendiri tapi apakan daya.

Ibuku seringkali mengatakan yang dia kesunyian. Aku tak salahkan dia. Bapakku memang tak function sebagai seorang suami.

Usahlah aku cerita aib2 dia tapi nilailah seorang bapa memukul sampai luka isteri dan anak (sejak 5 tahun lalu dah tak),

Culas dalam nafkah, ada perempuan lain (aku tak pasti kebenaran tapi ini hasil pemberitahuan ibuku) dan banyak lagi yang menjadi punca dendam adik-beradikku.

Tapi aku tak berdendam. Entah kenapa. Mungkin aku sejenis yang Live-The-Present-Forget-The-Past (malas nak fikir pasal kisah lalu. nikmati yang hari ini).

Jadinya sekarang ibuku berskandal, bapa ku mengetahui dan mereka dalam fasa perpisahan. Disebabkan aku sahaja yang on a good term with my dad, aku sering diperli oleh ibuku sebagai pembelot, tali barut, geng dan sebagainya.

Aku makan hati dengan setiap kata2 dia tapi aku diam sebab aku kenang dia sebagai seorang ibu. Jiwa aku sangat terseksa tapi setiap hari aku tersenyum dan ketawa. Aku tak mampu luahkan.

Yang menyerabutkan aku sekarang, lepas dorang berpisah nanti, aku mesti kena pilih yang mana aku nak ikut.

Aku tak nak pilih. Biarlah aku pulang kepada yang mana2 pon pada bila2 masa. Tapi sikap ibuku ini boleh digelar narcissist. Play victim. Kadang benda yang kecil jadi besar/ jadi isu.

Aku keliru. Adakah hubungan aku dengan ibuku akan keruh lepas perpisahan ini berlaku secara rasmi? Walaupun bapakku umpama wujud tak wujud.

Tapi semenjak kes ni aku banyak berbual dengan dia dan dia lebih mudah dibawa berbincang. Aku selesa dengan rumahku yang sekarang.

Kawan2 ku juga berada di sekitar sini. Walaupun bukan bandar besar tapi orang cakap. Mudah akses dengan semua keperluan. Tetapi plan ibuku kelak dia akan menetap di kawasan kampung. I have too many concerns regarding of that.

First, internet. Aku dahla belajar online sekarang.

Second, kawan2.

Third, masa. Nak pindah2 bukan senang. Kemas rumah lagi. Ya Allah kenapa mesti aku kena hadap benda ni.

Fourth, keselesaan. Aku bukanlah nak berlagak tapi aku……. Entahlah.

Kenapa nak hidup susah kalau sekarang ni selesa? At this point,i might choose to stay here with my dad. But im not compatible to live 24/7 just with him. Faham tak?

On a good term tak bermaksud aku selesa spenuhnya untuk tinggal dengan dia. Aku confused sangat dengan keputusan yang aku kena buat.

Ibuku berbohong kepada adik-beradikku pasal skandal dia tu. Dia tipu cakap sembang dengan kawanlah, dengan adik beradiklah. Mereka duduk luar tak nampak.

Aku duduk rumah 24/7. I witnessing everything! Arghhh im so frustrated. Kenapa aku tak bagitau saja dorang?

Memang takla wey. Nanti dorang expose aku kat mak aku cakap aku fitnah mak dorang. Hahaha. Nyawa aku di hujung tanduk andai itu berlaku.

Nampak tak sekarang kenapa tajuk ni aku letak PENAT & TENAT. Aku penat dengan masalah yang berlarutan sejak aku kecil. Perbalahan yang tiada penghujung. Jiwa aku tenat dan diambang putus asa. Aku keliru.

Aku sesat. Aku……… anak kecil yang terperangkap dalam jiwa yang sedang menginjak dewasa…..

Akulah aku.. Yang entah sampai bila aku mampu meneruskan langkah kaki ini. Setiap hari bernafas tanpa tujuan. Sekadar hidup keran masih diberi keizinan untuk hidup.

Air mata aku tiada siapa yang peduli. Semua akan balas balik.

“We all go through the same thing. Dont be a crybaby”.. Ye… aku crybaby. I ve soft heart but i covered with mud to make it hard. Im tired…………….

Yang Benar,

Lemon

Disebalik terang dan menariknya warna kuning lemon itu, tersimpan kemasaman isi dan kepahitan kulit…

– Lemon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *