Assalamualaikum, saya Dhuha, umur pertengahan 20an. Anak sulung daripada 4 beradik yang seibu. Maaf andai tulisan saya tak teratur, sekadar nak luah perasaan yang diendahkan oleh bapa sendiri.
Alhamdulillah saya dah berkahwin, dan dikurniakan dua zuriat lelaki. Anak sulung saya tahun depan dah darjah 1. Saya kahwin muda masa 1st year degree, Alhamdulillah graduate on time. Anak pun dah umur 2 tahun masa saya grad.
Suami pun alhamdulillah baik, dia dibesarkan dalam keluarga yang susah. Tapi Alhamdulillah semua dah berjaya dengan karier masing². Mertua saya pun baik, jenis yang tak banyak cakap dan bukan backup anak kalau anak sendiri bermasalah.
Btw saya sulung, suami saya bongsu sebab tu sepadan kot. Doakan ikatan keluarga kami bahagia sampai syurga. Aamiin.
Saya pulak dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Tak susah, tak senang. Cuma ibu bapa bercerai pada Mei 2014, ibu saya keluar dari rumah atas sebab tak tahan dengan hutang perniagaan bapa pada Nov 2013. Elok² selepas saya settle jawab PMR.
Kisah mula jadi rumit sebab pada awal 2013 tu ibu saya buat 2 pinjaman peribadi dengan 2 bank atas namanya untuk kegunaan perniagaan bapa saya sebanyak RM50k++ dan juga beli lori untuk bisnes bapa juga.
Ibu saya merupakan pesakit psikiatri tapi tak ada kad OKU sebab dia refused taknak buat. 1st dia warded ward psikiatri masa pantang adik bongsu saya dan final diagnosed dia menghidap Bipolar.
Kalau nak cita keluar masuk wad psikiatri mau dah lebih 20 kali, korang doakan tau ibu saya tak sakit lagi. Dan tak ada benda yang trigger Maniac phase dia. Aamiin, saya nak ibu happy² ja. Sekarang dia duk di pondok, fokus buat ibadat ja untuk Allah. Moga ibu masuk syurga.
Bapa saya pula lepas siap cerai, anak² semua bawah jagaan dia atas sebab ibu saya hilang kelayakkan. Kereta, rumah dan perniagaan semua ibu bagi pada bapa dan ibu tak tuntut harta sepencarian cuma dia nak bapa bayar semua hutang personal loan 50k++ dan bayaran bulanan lori secara konsisten sehingga selesai.
Kira memang ibu sehelai sepinggang selepas bercerai, banyak episod keluar masuk wad psy selepas bercerai tu. Kakak ibu, N yang selalu handle ibu memandangkan saya di SBP Penang time tu. Adik² diurus bapa dengan bantuan adik beradik bapa.
Keluarga bapa memang semua dekat² ja, memang keluarga bapa family-oriented. Memang saling bantu, cuma masalah bapa ni memang senang kena tipu dan membazir especially bab duit.
Boleh bayang tak dibesarkan dengan bapa yang pemurah tak tentu pasal dan ibu yang ada penyakit Bipolar ni. Memang kewangan bisnes tu ke laut.
Benda start serabut bila bapa kahwin lain. Pada oktober 2015, dengan alasan klise fikir anak² padahal time tu 3 orang anak dia duk asrama :’)
Start pada bapa kahwin, memang satu sen hutang yang dia janji nak bayar kat ibu tu tak buat langsung sampai la ke tarikh confession ini ditulis.
Pada hujung 2017, saya minta nak kahwin dengan suami. Saya dengan suami dah bercinta lama dari form 1 ni, alang² dah satu Universiti ni kahwin ja la, tapi still duk hostel asing². Dan kami memang saving sangat² untuk majlis akad nikah, kami beli cincin kat jalan TAR, beli baju melayu kat Jakel tu.
Saya pula beli baju akad nikah di Carousell ja RM50. Semua preparation semua pakai duit kami berdua kumpul sendiri sebab memang niat nak buat akad nikah ja.
Family mertua okay ja akad nikah sebab depa pun bukan family senang. Tapi macam selalu la bapa saya ni memang jenis pemurah tak tentu pasal, dia nak buat juga kenduri di dewan dengan panggilan 5000 orang.
Maka terjadi la pergaduhan antara saya dan bapa, saya ni memang selalu makan penampar bapa. Last kena penampar bapa masa sebelum dia nak kahwin baru tu.
Then 2018, 3 bulan sebelum saya kahwin, gaduh lagi sebab saya takmau kenduri besar-besaran, saya cakap nak bapa settle kan hutang² bisnes atas nama ibu sepanjang dalam perkahwinan mereka.
Seperti sedia maklum, dapat lagi penampar. Nenek dan mak tiri saya ada time tu, mereka cuma kata ya nanti bapa settle la hutang atas nama ibu tu.
Majlis berjalan dengan lancar. Esok selepas siap majlis, saya terus keluar dari rumah tu. Tu kira la last la saya menjadi penghuni tetap rumah tu. Memang selepas tu, saya dan suami survive sendiri. Guna ja duit ptptn dengan kerja weekend untuk survive kat U.
Tapi tu la kan, rasa bahagia sangat time tu. Selama kami berdua student, bapa ada juga bagi duit RM200 dua kali macam tu. Elok suami saya dah grad, memang kami tak ambik dah duit bapa bagi. Eh dah jadi kisah hidup saya pulak kan.
Jadinya mak tiri saya pun beranak pinak la di rumah harta sepencarian ibu bapa saya tu, mak tiri saya ni pulak macam OCD. Kalau boleh dapur tu setitik air pun tak boleh ada atas sinki. Tapi tu la toilet berkeladak, kipas dengan aircond penuh habuk macam salji dah. Eh termengata pulak.
Hidup bapa & mak tiri sangatlah membazir, aircond 24jam dibuka, hari² akan beli sarapan bungkus. Yang dimakan hanya 30%, selebihnya 70% dibuang begitu saja. Kalau mak tiri masak, pagi masak, petang makanan tu tak habis memang terus buang.
Anak² baru bapa pula semua pakai pakaian berjenama, selalunya pakai 2-3 bulan, pastu bagi kat orang. Adik² baru saya ni sebaya dengan anak² saya ja. Saya diam ja tak pernah cakap apa selama 7 tahun ni.
Oh ya dalam 7 tahun ni juga, dah 2 buah kereta dibeli atas nama mak tiri dan bapa. Terbaru 4×4 atas nama ayah dan masa yang sama bapa saya kena tipu dengan stranger mana ntah mengenai lori yang atas nama ibu tu.
Lori tu memang tersadai di kedai bapa dari tahun 2014 lagi, lastly bapa percaya kata si stranger tu nak settle hutang lori tu di bank RM80k.
At the end, stranger tu tak buat pun, lori dibawa hilang kemana dan hutang ibu di bank masih RM80k dan mungkin bertambah sebab surat lawyer pun dah sampai ke ibu dan ibu pun dah diistyihar muflis. Tabung Haji & KWSP semua tak boleh bukak dan withdraw. Sekarang pun ibu guna kad bank saya untuk kegunaan harian dia.
Dan terbaru syawal ke 9 haritu, saya call bapa nak bincang bab hutang. Saya mintak bapa bayar sebab memang satu sen pun dia tak penah bayar sejak bercerai dengan ibu.
Dan seperti biasa saya dikata dengki dengan dia, dengki bila dia dah senang. Dia hina saya kata saya tinggal adik², tak jaga adik². Padahal time tu dia dah ada mak tiri saya. Dan adik² saya semua mereka masukkan kat asrama.
Saya ingat lagi saya baru selesai berpantang anak kedua saya, saya yang urus hantar dan balik adik saya practical seminggu dengan jarak 80km sehala bertemankan anak saya umur 4 tahun & 2 bulan dalam kereta.
Elok saya pulang ke negeri tempat suami bekerja, terus bapa dan mak tiri suruh adik saya tinggal di rumah sewa yang bagi saya sangat bahaya untuk seorang anak dara.
Tapi saya nak boleh buat apa, saya pun jauh. Bilik saya di rumah harta sepencarian ibu bapa saya pun dah diambil oleh adik mak tiri saya. Dengan alasan dia keja dengan bapa saya dan dah 7 tahun pun tinggal disitu, dah la tak tutup aurat, berkemban sana sini. Suami saya memang takmau tidur dah di rumah tu kalau balik kampung.
Jadinya saya nak minta pandangan netizen, apa yang saya perlu buat untuk nak pastikan hutang ni diselesaikan. Kalau boleh dalam masa 2-3 tahun ni sebab ibu saya nak ambik duit dalam kwsp.
Ini pun ibu saya belum tahu tabung haji & kwsp dia disekat, kalau tahu ni mesti Bipolar dia datang balik. Dan yang nak pening, kami 4 beradik la sbb keluarga ibu memang taknak ambik tahu dah mengenai keadaan ibu.
Saya senaraikan dulu hutang ibu semasa dalam perkahwinan dengan bapa,
1. Lori – Mungkin sekarang dah hampir RM100k sebab surat lawyer dah sampai ke alamat rumah sepencarian ibu bapa tu. Tapi tak tahu bapa letak mana. Ada cara ka selain pergi ke institution tu untuk check bagi terkini loan A**n C**d*t
2. R**- Yang ni pun saya taktau berapa
3. C**b- RM36k ++, maturity date : Jan 2018
So saya anggarkan dlm 150k++ juga untuk clearkan nama ibu. Sekarang ni yang saya nampak jalan jual rumah yang bapa dan mak tiri duduk tu. Dan settle semua hutang ni dan lebihan bahagi dua ibu dan bapa. Tapi tu la bapa ni duk kata saya dengki dengan dia tak habis².
Saya mungkin selepas ni akan berbincang dan minta pendapat dgn abang ipar bapa, PakNgah sebab dalam keluarga tu. Nampak dia la yang rasional sikit dari adik beradik bapa yang lain.
Apa² pun doakan saya, adik² saya mampu berdikari dan mampu survive sendiri tanpa bapa saya. Biarlah dia nak berseronok dengan keluarga baru dia. Dia pun berhak bahagia. Cuma saya nak ibu saya bebas hutang dan hidup dengan ceria selalu.
Saya kesian dengan ibu saya dapat suami/bekas suami macam tu. Tak dinafikan bapa seorang ayah, abang dan anak yang baik. Tapi dia sangat kejam kat ibu saya sehingga ke saat ini.
Baiklah setakat tu sahaja, kalau ada idea yang bernas boleh share pendapat ya. Kalau boleh saya nak elak mahkamah, saya tanak bermusuh dengan sesiapa. Tapi kalau itu ja jalan nya.
Doakan saya, saya pun surirumah ja. Insha allah tunggu anak besar sikit, saya nak fokus karier. Doakan saya semua. Aamiin. Assalamualaikum.
– Dhuha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Apa apa pun pastikan adik2 mendapat pendidikan sewajarnya. Pastikan adik2 belajar sehingga diploma dan degree supaya boleh dapat peluang pekerjaan yang bagus dan berdikari.
Untuk hutang boleh guna idea untuk menjual rumah sepencarian tu.
Salam, kes hutang awak ni lebih kurang je dengan saya, tapi skrg kira Alhamdullilah dah jumpa jalan keluar
AKPK boleh tolong mak awak sekarang ni, cuba singgah dekat mana2 cawangan terdekat dan pegawai dia mesti akan tolong untuk rendahkan bunga hutang tu dan gabungkan hutang tu jadi satu sahaja.. diletak dibawah account AKPK awak, dia mcm refinancing.. tapi awak akan diletak bawah protection AKPK jadi bank dah tak boleh kacau awak lagi..
Sekarang cuma mintak nasihat diorang dan diorang akan check system diorang yg bersambung dgn BNM dan tolong untuk rendah kan hutang awak nanti, cuma bayar ansuran bulanan terus dekat diorang sahaja nanti, jumlah dia mmg mampu bayar cuma jangan terlambat bayar tau.. pantang besar tu kalau dgn diorang
Lepas ni bank tu mesti akan cuba pujuk awak untuk buat loan lain untuk cover hutang lama, janganlah termakan umpan tu ye, diorang nak untung bunga tu sahaja..
AKPK ni mcm anak syarikat BNM, mmg lebih dipercayai dari koperasi bagai lain.. tu semua nak untung je sebenarnya
Cuma mak awak dah tak boleh buat hutang dgn bank lain selagi bawah AKPK.. tak perlu dah rasanya kan?
Saya doakan semua masalah keluarga awak selesai dan bolehlah hidup aman damai nanti.. amin :)