Penatnya

Assalamualaikum semua. Saya seorang isteri dan ibu sejak 10 tahun dulu. Sempena ramadhan ni saya nak meluah. Saya pendam dah lama tapi takde tempat nak meluah..

Saya harap raya saya tahun ni boleh bahagia sebab saya dah kerja, tapi rupa2nya saya silap langkah sebab suami serahkan semua keperluan lain atas bahu saya dan dia beli baju raya je. Lain2 saya uruskan sebab alasannya dia bayar hutang kawan2 tapi saya tau dia berjudi. Dasar tak guna.

Saya ingat masa gaji baru ni dia bagi duit untuk saya belanja atau simpa tapi rupanya untuk saya bayar baju2 yang sampaikan takde lebihan untuk beli barang dapur pun!

Sudahlah sepanjang bulan puasa ni makan tak pernah sedap. Nak makan sedap sikit pinjam dengan kawan untuk beli lauk ataupun lauk lebihan kawan niaga.

Saya minta untuk duit minyak kereta pun dia tak bagi. Saya merayu pinjam dengan kawan sebab dah berkelip2 minyak tu. Bukan sekali tapi berkali2 sejak saya kerja.

Bulan lepas dia bising sebab tak beli barang dapur so saya bagi dekat dia sampai saya pun takde.

Mujurlah ramadhan ni anak2 tak perlukan belanja sekolah kalau tak biasa dah situasi anak2 tak dapat belanja. Usahkan dia bagi ,bila nampak duit seringgit2 anak pun dia kebas sebab nak beli rokok.

Agaknya kawan saya pun meluat dah sebab selalu pinjam ngn dia tapi bayar tak pernah cukup. Kalau saya sendiri pun saya geram sebab takde insentif kan untuk berubah kan. Masih juga biarkan di buli dan di perkotak katikkan suami.

Saya ni sampai terfikir yeke saya bodoh sangat sebab dia selalu manipulate saya. Dia yang cerdik tu tak pernah nak rendahkan martabat untuk dengar pendapat saya sampai berkali2 di tipu dan hilang duit. Penyudahnya saya pulak kena tanggung seisi rumah. Saya penat.. Sumpah penat!

Saya selalu doa dia murah rezeki sebab saya boleh tumpang bernafas sebab kalau dia sempit rezeki sayalah manusia yang kena tanggung kesan dia. Mental fizikal saya koyak tapi saya kuat demi anak2 je sebab bagi saya anak2 saya semua hebat dalam menghadapi ayah yang macam ni.

Bukan tak terfikir nak cerai tapi saya takut saya tak mampu nak bagi tempat tinggal yang selesa pada anak2. Saya juga tak sanggup tinggalkan anak2 dengan suami sebab saya takut mental anak2 sakit sebab dengar dia maki2 setiap hari.

Saya taknak jiwa anak2 saya rosak jadi saya bertahan walaupun sakit sebab saya akan bela anak2 yang masih bersekolah rendah.

Saya juga takut anak2 susah kalau takde kenderaan untuk kehulu kehilir dan takut anak2 takde tempat tinggal yang selesa walaupun kami tinggal atas rumah kerajaan. Bodohkan saya sebab tak nak tanggung risiko.

Saya cuma matikan jiwa dalam mengahadapi situasi begini walaupun mental saya terdera seawal pagi dengar makian dari dia. Doa saya semoga dia berubah suatu hari.

Namun di sebalik kegagalan dia menjalankan tanggungjawab zahir dia rasa diri dia hebat dalam tanggungjawab batin. Selalu minta di layan kedidi tu tak kira masa. Minta di belai walaupun tengah kalut buat kerja. Kalau tak hadaplah perangai tantrum dia mengalahkan anak2 kecil.

Kadang2 dia keluar bilik dengan kedidi yang tegak ternampak dek anak. Nasiblah anak saya semuanya lelaki dan mempunyai kedidi juga. Takdelah saya kena sediakan jawapan kenapa kedidi abah tercokeng. Maaf kalau terkasar ayat..

Selalu dia suruh saya consume jamu tapi tak pernah hulur duit. Dia suka dipuji tentang kedidi dia walaupun kadang2 saya menipu tapi semuanya untuk menjaga mental saya juga. Menipu untuk kebaikan diri sendiri.

Saya tak nak kalau jujur nanti dia punya moody tu, kalah perempuan yang period. Saya letak ketepi keperluan tu asalkan mental saya sihat dan terjaga.

Saya penat melayan karenah dia berbanding karenah anak2. Saya suka sangat bila dia tiada atau kerja syift malam. Masa tu jiwa saya tenang sebab masa dia taklama kat rumah.

Ramadhan yang berkat ni saya nak minta korang aamiinkan supaya kedidi dia tu lemah agar dia berubah.

Mungkin kalau tak bertenaga dia akan berubah sebab saya taknak la doakan dia sakit fizikal atau apa sebab nanti akan susahkan saya jugak bawa ke hospital. Kalau sakit yang tu pandai2 la dia muhasabah dan bertaubat.

Doakan juga saya mampu bagi ank2 saya berbuka dengan lauk yang sedap sebab gaji saya 3hb. Doakan saya terus kuat ye semua demi diri saya dan anak2.

– Kaktus Terluka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

7 Comments

  1. Kaktus,
    Jgn menzalimi diri sendiri. Kenapa takut nak tinggalkan dgn alasan mcm2? Sekrg ni pun semuanya atas bahu awak so apa bezanya kalau bercerai? Istikharahlah, Allah tak pernah zalim. Cari bahagia diri sendiri & anak2. Doa isteri yg teraniayw tu makbul

  2. org ramai selalu berkata, perempuan ni sentiasa betul. mungkin.

    tetapi perempuan juga selalunya bodoh dan sangat mudah diperbodohkan

  3. Akal ada tapi kewarasan takde..cian ko mrs kedidi…sanggup hambakan diri dgn alasan demi alasan…

    Kita yg baca ni pun dah jelek dan nak muntah.

    Maaflah ya.Awk yg pilih utk terus membodohkan diri.

    Perempuan akan trs jd bodoh demi bodoh bila bersama lelaki tak berakal

  4. Sanggup ek hidup dgn lelaki bermasalah dan kuat nafsu pulak tu

    Dah ler takde tanggungjawab.Awk ni ibarat hamba abdi dia tau

    Knp dlm dunia ni masih wujud wanita yg fikiran mcm awk?Guna alasan demi alasan sebab nak bertahan.

    Anak blh hdp la tnpa bapak cmni..awk je yg sempit otak

  5. Tak dak sapa bulih tolong puan melainkan diri puan dan juga Allah sebagai Tuhan. Tuhan dah habaq, nasib tak kan berubah selagi puan tak usaha nak berubah. Dah tahu laki tu lalai tanggungjawab nafkah, solat terabai, hanya menumpukan nafsu seksual semata, angkat kaki pi buat aduan kat mahkamah. 10 tahun bertahan, dia ada berubah jadi baik ka? Syurga tu mahal tapi nak masuk syurga pun perempuan kena cerdik. Mana ada Allah suruh perempuan merendahkan diri hingga menzalimi diri sndiri dalam pernikahan buruk mcm ni! Bahkan suami tak solat pun pihak isteri boleh minta fasakh apalagi x tunai nafkah. Jadilah bijak puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *