Penatnya Hidup Dengan Suami Bermasalah

Assalamualaikum.. terima kasih admin IIUM Confession siarkan confession saya. Ok saya mulakan, saya sudah berkahwin hampir 5 tahun dikurniakan anak perempuan berumur setahun lebih. Saya dari negeri P suami pula dari negeri J.

Saya berkahwin atas persetujuan ibubapa saya dan saya pernah nak putuskan pertunangan atas sebab saya dah nampak red flag pada bakal suami di sepanjang perkenalan kami namun ibubapa saya suruh juga saya teruskan sampai berkahwin alasannya persiapan semua dah siap.

Jadi semua red flag tu kenalah saya hadap selepas berkahwin dengan dia antaranya dari segi kewangan, malas usaha cari nafkah dan perangai suami yang menyerabutkan iaitu kaki perempuan suka chat dengan perempuan,

Tak tidur malam sanggup layan chatting perempuan sampai ke pagi saya boleh agak apa yang dia dan perempuan tersebut chat bukannya benda baik2,

Kemudian sikapnya yang malas membantu dalam hal2 kerja rumah dia boleh buat tak endah saja rumah bersepah dia boleh duduk dalam sepah2 tu tanpa ada rasa sikit pun nak tolong kemaskan allahuakbar…

Letiiihh sangat2 sudahlah hampir semua kerja rumah saya buat, anak pula sedang membesar hari2 buat sepah ada saja yang akan disepahnya sampai satu tahap saya penaatt sangat nak kemas.

Kadang2 saya biarkan saja bersepah berhari2 nak tengok si bapaknya nak tolong kemas ke tidak ada juga saya minta tolong dia kemas kadang2 buat kadang2 tidak.

Berbalik pasal kewangan.. sebelum kami berkahwin suami buat bisnes sendiri tapi tidaklah besar biasa2 saja dia menjual baju baby/kanak2 dan minyak lintah tapi setelah berkahwin dan berpindah ke negeri saya semua tu terhenti terus.

Saya juga bekerja dan gaji saya tak sampai 2k pun jadi cukup2 untuk menanggung perbelanjaan kami berdua setiap bulan. Suami saya ni boleh katakan lepas kahwin dia tak kerja..

Sudahlah tak kerja awal2 kahwin lagi dah tunjuk perangai womanizer nya tu, ada saja mesej dari perempuan masuk dan setiap kali itu juga kami bergaduh.

Tak kurang dengan itu selepas kahwin dia pernah mengaku bahawa dia dan ex gf nya dulu pernah melakukan hubungan intim beberapa kali hingga perempuan itu hamil dan perempuan tu pergi ke kilinik untuk gugurkan.

Di fasa awal perkahwinan saya mengalami ‘shock’ yang teramat sangat kerana tak menyangka suami saya ni seorang yang begini bukan saja red flag yang saya nampak malah ini?? (kaki perempuan dan bukan teruna)

Sejak itu saya jadi susah nak redha dengan takdir ini sebab saya seorang yang sangat menjaga ikhtilat tak pernah bercouple dari family yang boleh katakan menjaga agama,

Hingga saya mengalami anxiety dan hampir depression saya dibuatnya hinggalah sekarang saya dah lali dengan sikap dia yang kaki perempuan ni.

Selepas 2 tahun kami dikurniakan cahaya mata gegirl dan sepanjang 2 tahun itulah saya yang banyak tanggung semuanya termasuk makan, pakai dia, sewa rumah dll, sampai sekarang pun saya hairan entah macam saya boleh bersabar dengan suami saya ni.

Alhamdulillah berkat rezeki anak yang Allah berikan pada kami, barulah suami terhegeh2 nak cari kerja betul2 dan dia dapat kerja itupun dengan pertolongan kawannya.

Dia bekerja di company swasta, sejak anak dari dalam kandungan lagi saya terasa rezeki bagai melimpah datang kepada kami hinggalah anak lahir dan suami dapat kerja saya rasa bersyukur sangat2 alhamdulillah ya Allah..

Jadi masa mengandung tu seronok bukan mainlah saya shopping barang2 baby, setiap kali barang shopee sampai saja mesti suami yang tak sabar2 nak bukak menyampah betul dalam hati saja terucap, haha..

Baru2 ini suami buat perangai lagi bermesej entah dengan perempuan mana pulak kali ni sanggup tak tidur sampai ke pagi,

Kalau dulu kami asyik bergaduh pasal ni dan suami akan stop sekejap tak lama dia buat lagi tapi sekarang saya dah malas dah penat nak bergaduh pasal ni, lagi pula kami baru saja bertekak pasal isu lain aduhhh letihh..

Hidup dengan suami bermasalah ni memang meletihkan asyik bergaduuhh saja kalaulah boleh pukul kepala suami dengan kuali dan dia konfem jadi baik lepastu dah lama buat haha.. Eh terpanjang pulak karang. Kalau korang baca sampai habis syabas!

Dan sekarang sejak harga barang naik saya rasa terkesan sangat2,

Selepas suami kerja tu boleh lagi saya bershopping barang yang saya inginkan tapi sekarang tidak lagi tambahan pula.

Company yang suami bekerja pun timbul masalah dengan suami tak dapat gaji ini dah masuk bulan ketiga dia takda gaji mengharapkan gaji saya semata hingga terpaksa meminjam dengan adik beradik..

Tak cukup dengan itu suami buat perangai pula berchatting dengan perempuan lain (sigh~~)

Jadi bila suami buat perangai kali ini, saya ambil keputusan balik rumah mak ayah saya seminggu dua.

Malam tu saya kemas2 beg masukkan baju2 anak dan saya kemudian saya beritahu dia saya nak bawak anak balik kampung saya (dalam negeri saya jugak) suami cuma angguk tak berani jawab apa2 sebab dia tahu saya buat tu sebab dia juga.

Makanya tinggallah suami sorang2 di rumah tu saya dan anak di rumah mak ayah saya sooo happyyy, amaannn.. dah tak perlu nampak dia buat dosa dalam rumah tu, dah tak perlu serabut2 kepala otak dengan dia lagi,

Selama kami tinggal berjauhan saya sikit pun tak mesej dia biar padan dengan muka dia.. Dia dah makan ke belum ke makan apa ke peduli apa saya pandai2lah ko masak sendiri makan ko, nak tinggal tulang ke lantakkk..

Kalau netizen tanya kenpa tak cerai saja, saya dah banyak kali minta cerai dengan dia bayangkan dari awal kahwin sampai baru2 ini saya mintak cerai tapi dia sangat2 susah untuk ceraikan saya.

Bab2 masalah rumah tangga semua saya cerita dengan mak saya baru mak ayah saya tahu yang menantu pilihan dorang yang saya tolak dulu rupanya macam ni haha.. dan mak pun setuju saya berpisah dengan suami.

Ayah saya pulak bagi warning pada suami dan bagi dia chance sampai anak umur 5 tahun kalau masih tak berubah PISAH.

Yang buatkan ayah saya kecewa sebab dia pernah naik tangan dekat saya dan solat dia tak jaga waktu subuh selalu pukul 11 – 12 tengah hari bukan saya tak kejut bangun subuh tapi dia yang tak nak bangun.

Kalau dia cuba untuk berubah pun sekejap saja tak lama kembali macam sebelumnya hampa. Saya pun hairan kenapa sejak berkahwin ni ibadah saya jadi tunggang langgang solat subuh pun dah jadi macam dia kadang2,

Kalau sebelum kahwin tak pernah saya jadi begini walaupun saya tinggal sorang2 di rumah sewa masa study dulu pun tak pernah solat subuh lewat takda yang tolong kejut pun solat alhamdulillah terjaga.

Entah kenapa jauh di sudut hati kecil saya yakin yang suami boleh berubah cuma tak tahu bila dan saya mohon doa pembaca2 mana tahu Allah makbulkan doa kalian semua,

Semoga suatu hari nanti suami saya berubah ke arah yang lebih baik menjadi suami dan ayah yang soleh dan bertaqwa, dia tidak mencurangi saya hingga akhir hayat saya, semoga rezeki keluarga kecil saya melimpah ruah dan kami bahagia di dunia dan akhirat.

Aamiin ya rabbal ‘alamin. Terima kasih.

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *