Assalamualaikum. Saya terlintas untuk menulis sebab terlalu banyak masalah2 yang dialami oleh confessor2 di IIUM Confession.
Semoga Allah angkat segala penderitaan dan dikurniakan ketenangan dan rahmat buat kalian.
Saya ada teringat kata2 prof muhaya dalam sesi 7am club. Kita sebenarnya suka meletakkan diri kita sebagai “mangsa” keadaan. Orang tu salah orang ni salah sedangkan punca sebenarnya datang daripda diri kita.
Penyucian diri dengan bertaubat dan kenal siapa diri kita adalah sebaik baik penawar bagi segala penderitaan daripada kita terus menyalahkan orang lain sedangkan jiwa kita yang tak tenang.
Macam mana nak kenal diri? Cuba duduk bersendirian seketika. Pejam mata. Dalami dan hayati kalimah La haw la wala quwwata illah billah (Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).
Kita tiada daya upaya. TIADA. Setiap kesusahan, kegembiraan semua datang dari Nya dengan terselit seribu satu hikmah.
Allah tak pernah menyakiti hambaNya malah hambaNya sendiri yang menzalimi diri mereka. Saya merayu jangan sesekali menyalahi Tuhan dengan setiap ujian yang Allah bagi.
Dimata kita selalu melihat ujian adalah satu penyeksaan, penderitaan, kesengsaraan, sedangkan ujian tu adalah proses penyucian diri, meningkatkan darjat seseorang, tanda Allah sayang dan ingat pada hambaNya. Saya juga diuji.
Dimana kalian menangisi dosa2 kalian disitulah rahmat Allah, disitulah saat Allah jentik hati kita. Sangat beruntung bagi mereka yang menyedari kesilapan mereka. Itu tanda Allah sayang pada kalian.
Ingat bahawa hati2 kita semua dalam genggaman Allah. Orang tu degil. Mintak pada Allah jadikan orang tu dengar kata.
Ibu ayah yang tak memahami. Doa pada Allah untuk lembutkan hati mereka untuk lebih memahami.
Orang tu selalu menyakiti kita. Mintalah pada Allah kurniakn ketenangan dan kasih sayang pada dia.
Kerana mereka yang menyakiti seseorang adalah mereka yang tersakiti. Kasihan sebenarnya. Kita tiada kuasa untuk mengubah makhluk. Mintalah pada pencipta makhluk.
Akhir sekali doa, doa dan teruskan berdoa. Allah maha mengetahui. Allah maha mendengar dan melihat keadaan hambaNya. Tak pernah terlepas walau sesaat pun.
Daripada kita terus meletakkan kesalahan pada orang sekeliling kita lebih baik kita perbaiki jiwa kita. Perbaiki hubungan kita dengan Allah. Banyakkan bertanya pada diri.
Siapa kita? Untuk apa kita diciptakan? Kita hidup untuk dapatkan redha Allah atau manusia? Berapa lama hidup di dunia dibandingkan kehidupan di akhirat kelak?
Siapa yang berkuasa ke atas diri kita semua? Siapa yang menggenggam hati2 kita?
“Kehidupan dunia hanya 2 minit setengah” – nabilzira
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit