Pencapaian Bagus Tapi Tiada Nilai Budi

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pendidik di ipt mendidik pelajar-pelajar yang berumur awal 20an. Saya adalah graduan uia dan sedang menyambung pengajian phd di uia juga.
Kebelakangan ini saya sering perhatikan pelajar-pelajar yang pandai mempunyai keputusan akademik yg bagus tetapi tidak mempunyai nilai-nilai murni yang bagus. Ada yang bersikap biadap dan kurang ajar dengan pensyarah.sebagai contoh cakap acuh tak acuh bila pensyarah bertanyakan soalan.ada yang berlagak serba tahu bila pensyarah menerangkan sesuatu perkara ketika kuliah. Perkara yang mudah seperti meminta maaf bila datang lewat ke kuliah.sepatutnya bila datang lewat pelajar perlu minta maaf dengan pensyarah dan bukannya masuk dalam kuliah dengan muka selamba dan terus duduk.
Pengalaman saya sendiri…ada seorang pelajar ini kerap tidak hadir ke kelas.bila saya bertanyakan sebab ketidakhadiran, dengan selamba dia menjawab dia adalah expert dalam bahasa inggeris dan tak perlu hadir ke kelas.disebabkan keputusan placement test dia perlu hadir ke kelas saya dan bukanla dianggap sebagai expert.dia mendapat gred sederhana sahaja untuk subjek saya dan ini menjatuhkan cgpa dia.dia menyalahkan saya dalam hal ini.
Rakan saya mengalami insiden yang agak berbeza.pada waktu itu dia sedang sarat mengandung dan sedang menunggu depan lif.apabila pintu lif terbuka dia ditolak dari belakang dan disuruh masuk ke dalam lif dgn cepat.dia kenal pelajar perempuan yg menolak dia.pelajar yang tersenarai sebagai pelajar dean’s list untuk beberapa semester. Di manakah akhlak pelajar yang sepatutnya hormat pensyarah?
Baru-baru ini di majlis yang diadakan di rumah orang tua saya.seperti biasa kami sedara mara akan berbual beramah mesra sesama kami.saya , kakak saya dan sepupu berbual tentang uia.kami ada bertanyakan khabar anak sepupu yang belajar di uia.tidak lama selepas tu kakak saya menerima mesej melalui whatsapp berunsur makian dari anak sepupu.dengan menggunakan bahasa yang kesat dan hinaan, anak sepupu memarahi kami yang dianggap masuk campur dalam hidup dia.padahal kami cuma bertanyakan sama ada dia ambil semester pendek atau tidak.dia adalah pelajar tahun 2 di uia dalam bidang human sciences dengan cgpa 3.65. Dalam perbualan saya cuma berkongsi pengalaman saya belajar degree di uia dan kakak saya cuma berkongsi pengalaman mengajar semester pendek di uia.dengan menggunakan bahasa kasar dan kesat menunjukkan betapa ceteknya nilai murni anak sepupu saya.
Sebagai ibu bapa kita menginginkan anak-anak kita menjadi orang yang pandai bijaksana..tetapi kita perlu juga menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.tidak bermakna menjadi orang yang terpelajar tapi bersikap kurang ajar.
Dalam konteks ini saya tidak mengatakan semua pelajar yang pandai bersikap demikian.hanya segelintir sahaja yang bersikap begitu tapi ini amat membimbangkan kerana mereka ini adalah generasi muda harapan kita untuk masa hadapan.
Saya sering berkata kepada pelajar-pelajar saya bahawa kejayaan bukan sahaja keputusan akademik yang cemerlang tetapi tatasusila yang baik melengkapi portfolio yang berjaya bagi seorang pelajar.
Saya hanya berkongsi pendapat dan pengalaman saya sahaja.saya akan meneruskan kerjaya saya sebagai pendidik dan berdoa agar dapat mendidik pelajar- pelajar saya menjadi generasi yang terdidik with the whole package pandai dan beradab sopan…seperti mana saya dididik oleh ibu bapa saya dan para pensyarah di uia dulu.

– Zarita

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit