Assalamualaykum. Sebelum tu, aku bukan pelajar UIA, tapi memang pembaca tegar dekat page ni macam orang lain. Rasa terpanggil nak berkongsi cerita bila terbaca tentang kisah kat page ni tentang perigi cari timba.
Aku pun sebenarnya salah seorang dari sedikit perempuan yang memilih untuk buat langkah pertama. Ceritanya, aku kenal dengan seorang lelaki ni hanya online. Dalam sebulan macam tu berbalas-balas mesej, aku tak fikir lagi sama ada nak kahwin dengan dia ke tak, cuma yang aku tau masa tu, aku memang ada simpan perasaan dekat dia. Kitorang memang tak pernah jumpa. Tapi nak dijadikan cerita, kawan lelaki ni approach aku. Dia tanya, minat ke dengan kawan dia? Aku ni memang jenis yang berterus terang, jadi aku pun mengaku je la. Lepas tu tiba-tiba kawan dia ni cadangkan, apa kata korang kawin? Masa tu aku pun fikir, kenapa tidak? Sebab aku rasa (ya AKU RASA je, tak selidik lagi masa ni) lelaki tu seorang yang baik. Jadi aku pun cakap la dekat kawan dia, gi la tanya kawan ko tu dia nak tak kawin dengan aku. Masa tu aku fikir, confirm dia reject, sebab bukan pernah jumpa pun.
Nak dijadikan cerita, lelaki tu pun setuju. Jadi kitorang pun mula berkenalan dengan lebih serius masa tu. Walaupun aku dah buat keputusan nak kawin dengan dia, tapi aku tak nak la membabi buta kawin tak kenal langsung. Ya, aku nak bercinta selepas nikah, tapi aku rasa perlu untuk kenal sikit-sikit, sekurang-kurangnya, cukup untuk buat aku lebih yakin tentang keputusan aku tu.
Dalam cerita aku, bukan dia yang jumpa mak ayah aku dulu, tapi aku yang datang rumah dia sorang-sorang and cakap dekat mak ayah dia yang aku nak kawin dengan anak diorang. Dah la adik beradik dia semua ada masa tu kerumun aku. Family dia pulak semua besar-besar, aku ni kecik cinonet je. Lagi la rasa nak meninggal je masa tu. Luar je nampak sado, tapi dalam hati Allah je yang tau.
Pejam celik, sekarang dah 4 tahun kitorang kawin, dan dah ada anak sorang dan inshaAllah bulan Mei tahun depan akan bertambah lagi sorang. Alhamdulillah bahagia sampai sekarang.
Point aku, tak salah untuk jadi orang yang memulakan, tapi cara nya mesti kena. Cuma satu je la, sebab kita yang mulakan, akan ada sedikit insecurity sebab kita akan rasa macam kita yang beria nak kat dia dan rasanya ni sebab stigma yang kalau perempuan yang start dulu, perempuan tu gatal la. Tapi kan, bila tanya suami, dia kata dia tak fikir apa-apa pun. Dia tak da la rasa macam aku ni murahan ke gedik ke. In the end, what matters is not siapa yang propose, but apa yang kita buat untuk buat rumahtangga tu kekal bahagia dan bermakna sampai ke Syurga ecece.
Dan solat istikharah dan solat hajat kena selalu buat. Mintak Allah beri petunjuk betul ke keputusan yang ko buat. Apa-apa kena selalu mintak tolong dengan Dia. Ye la, kita tak tahu, Dia yang Maha Tahu, sewajarnya kita bergantung dekat Dia banyak-banyak supaya kita tak tersilap langkah.
Sekian perkongsian aku. Harap membantu adik-adik yang baru nak mencari jodoh di luar sana. Nothing is impossible. Lagipun, Nabi pun dipinang oleh Khadijah. Jadi tak berdosa pun jadi orang yang mulakan dulu.
– Khadijah Wannabe
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit