Assalamuaalaikum. Dalam Confession ni saya bahasa kan diri sebagai akak ye. Sebab dah rasa diri ni berumur, sementelah saya berusia awal 40an sudah.
Perkongsian kali ini adalah perjalanan akak dalam pencarian jodoh yang mungkin boleh dijadikan tauladan dan tips untuk yang masih mencari pasangan.
Tapi bukan lah ia jaminan kepada mereka yang mencuba tips ni nanti akan berjaya ya. Ini hanyalah apa yang akak lalui.
Intro berkenaan akak, wanita berkerja sendiri, dengan memiliki perniagaan di Malaysia dan salah satu negara di Asia. Tinggal berdua dengan Permaisuri/syurga kesayangan akak. Paras rupa yang biasa2.
Pencarian jodoh akak bermula sejak dari lepas belajar lagi. Masa tu dah bercinta dengan adik kepada senior akak. tapi, tiada jodoh.
Pernah bertunang pada umur 27 tahun dan putus pada umur 30 tahun. selepas tu akak dah macam malas nak fikir pasal jodoh, dan kebetulan ada rezeki, akak berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri.
Sejak itu akak mula sibuk dan akak semakin perasan pencarian jodoh jadi semakin sukar. Ramai yang takut dengan status businesswoman sedangkan bisness akak biasa2 saja.
Mungkin sebab mentaliti orang kita ni bila berkerja sendiri, mesti kaya dan nak husband yang hebat juga. Aduhai..
Bukan takde yang berkenan. Ada saja. Tapi disebabkan akak ada trust issue (akibat mempunyai ayah yang pernah melukai Permaisuri akak) akak jadi seorang yang amat berhati-hati dalam memilih pasangan.
Dari yang bujang, duda hingga la suami orang cuba menawarkan diri.
Pernah juga cuba buka hati dengan lelaki2 ini, tapi akhirnya kecundang juga. Sedih, mesti lah sedih. Tapi selalunya akak cepat move on selepas memikirkan semuanya gagal setelah akak beristikharah.
Tips 1. Istikharah. Selalunya akak lakukan selama 2minggu – 1 bulan atau lebih. Senang citer sampai keyakinan tu timbul. Akak tak pernah dapat mimpi ke apa.
Selalunya hubungan tu jadi sukar, complicated, ada halangan atau Allah tunjukkan wajah/ sikap sebenar si dia.
Tips 2. Doa. Akak amalkan tafsir doa istikharah setiap kali selepas solat. Dulu akak berdoa juga dengan doa yang specific. Alhamdulillah, Allah makbulkan, cuma Allah bagi pengajaran dengan; apa yang kita minta itu sesungguhnya belum tentu sesuai untuk kita.
Contohnya, akak suka kan orang lelaki yang tinggi, Chinese look suka bersukan dan mempunyai sosok yang segak. Akak tak suka lelaki yang tak berapa tinggi dan maaf cakap, perut kehadapan.
Tapi bila dapat yang dipinta2, rupa2nya tiada chemistry, kasar, tak menjaga hati etc. Jadi, sejak itu akak hanya tukar doa dengan memohon ” semoga dipertemukan dengan lelaki yang terbaik untuk diriku, agamaku, keluargaku, masa depanku, dunia dan akhiratku”.
Cukup setakat tu. Sebab bila akak semakin berusia dan matang ni, akak semakin malu nak minta lebih2 dengan Allah. Sedangkan akak selalu sedar diri, apa saja yang kita buat untuk menggembirakan Allah, sampai nak demand macam2.
Kadang2 tu, sampai satu tahap, segan nak mintak lebih. Hanya mohon dimurahkan rezeki, diampunkan dosa2 dan dilindungi dari api neraka. sebab tak terfikir macamana keadaan kita di dunia abadi tu.
Tips ke 3. Mohon doa dan restu dari Ibu/ayah/penjaga. Semakin akak meningkat usia. Akak semakin selesa dengan keadaan akak dan ibu.
Sibuk dengan perniagaan sendiri dan travel sampai dah tak kisah sangat nak cari jodoh. Sebab dah penat mencari.
Pada usia akak 39 tahun, akak ada berborak dengan ibu heart to heart berkenaan jodoh. Rupa2nya selama ni dia takut ‘kehilangan’ akak.
Dia kalau boleh nak akak stay dengan dia saja. Tapi, entah macamana pada tahun tu, dia macam dah ready nak ‘lepaskan’ akak.
Ya Allah, sedangkan selama ni, antara syarat lelaki pilihan akak ialah, bersedia menerima ibu untuk tinggal bersama selepas berkahwin. Tak pernah terfikir untuk tinggalkan dia.
Pernah la juga ada calon yang segan nak tinggal dengan ibu akak, tapi bersedia nak sewakan sebuah rumah bersebelahan supaya akak dan ibu tak berjauhan.
Itu antara bukti yang akak takkan tinggalkan dia selepas berkahwin. Rupa2nya selama tu dia risaukan perkara tersebut.
Jadi, bila dia dah redha tu, Akak yakinkan ibu betul2 sampai dia puas hati.
Tips ke 4. Refleksi diri. Akak mulakan kembali pencarian jodoh di Baitul Jannah, Baitul Muslim, beberapa portal jodoh luar negara pon akak ada cuba.
Terus terang akak beritau di sini, kesemua portal ini tidak membantu akak. Malah bertemu lebih ramai si hidung belang.
Jadi akak berhenti sekejap dan muhasabah diri balik. Sebenarnya masa tu akak dah give up juga. Sampai kan akak rasa, maybe akak ditakdirkan tidak berkahwin sehingga akhir hayat.
Malah, masa tu akak cemburu teramat sangat bila dengar satu ceramah agama mengatakan ‘wanita yang taat dengan suaminya, menjaga auratnya, menjaga solat dan puasanya boleh masuk ke syurga dari mana2 pintu yang disukai’.
Semasa tu akak berfikir dan menangis2, macamana dengan kami yang bujang ni. Takde ke peluang kami nak masuk syurga seperti wanita yang sudah bersuami ni.
Akak Google, cari hadis2 untuk wanita yang tak berjodoh ni. Ya Allah, entah kenapa takde dan tak jumpa. Akhirnya akak give up. Jadi, akak ubah target akak. Nak masuk syurga kena lah gembira kan Sang Penciptanya kan?
Sejak tu, akak tukar strategy. Akak berniat nak ‘berdagang’ dengan Allah. Akak teringin kan syurga. Antara kuncinya tentulah Permaisuri yang sedang akak jaga.
Selain tu akak mula mencari amalan2 yang menjadi kesukaan Allah. Solat yang bagaimana, sedekah yang bagaimana, puasa yang bagaimana dan banyak lagi.
Tips ke 5. Solat. Selain menjaga solat, akak mula tambahkan solat ba’diah dan qobliyah. Mula2 mmg sukar, sebab rasa macam lama sangat.
Especially bila kita nak cepat. tapi masa tu akak niatkan buat sebab nak happykan Allah, nak Dia nampak kita, akak teruskan juga.
Kadang2 tak dapat buat semua pon. Tapi usaha tu kena ada. Solat tengah malam akak banyakkan solat taubat, solat hajat, istikharah n tahajjud.
Akak gelarkan 4 sekawan. Haha.. kalau selama ni buat seminggu sekali, akak kerap kan. Mula tu selang semalam, lama2 jadi biasa hingga jadi setiap malam. Kadang2 bila datang cuti tu, rasa rindu membuak2 nak sambung balik.
Masa tu akak kejar kan ‘nak masuk syurga dari mana2 pintu’ macam wanita yang lain. kalau dulu nak solat 2 raakaat tu pon, punyalah liat. tapi bila dah seronok, buat banyak2 pon tak rasa susah.
Tips ke 6. Puasa. Akak ni ada tabiat suka bersembang dengan permaisuri akak time breakfast. Kadang2 dari pukul 8 sampai pukul 10. Hihi.
Sembang macam2. Sehingga lah, ibu ada bercerita yang isteri pakcik berpuasa ‘mutih’ sebelum bertemu jodoh dengan pakcik akak.
Amalan puasa ‘mutih’ tu diajarkan oleh moyang akak yang mengajar ilmu silat. Akak tertarik. Cuba bertanya berkenaan amalan tu. Ibu pula tak pasti.
Jadi , Google la penyelesaiannya. Hihi.. Selepas di cari, rupa2nya puasa ‘mutih’ ni hanyalah budaya berpuasa orang Jawa dulu2 sahaja.
Tiada dalam Islam pun. Jadi, akak agak hampa. Entah kenapa akak Google pula ‘puasa yang paling disukai Allah’.
Jawapannya ialah Puasa Nabi Daud. Merata dan banyak akak jumpa sirah dan hadis2nya.. Sejak tu akak amalkan puasa Nabi Daud.
Untuk mereka yang ingin mengamalkannya, akak nasihatkan, mantapkan fizikal n mental. Sebab puasa ni tiada penghujung.
Maksudnya, amat di galakkan dilakukan berpanjangan kecuali Ramadhan dan hari2 dilarang berpuasa . Kena kuat semangat kata orang.
Mula2 tu sukar juga. Sebab kadang2 berpuasa time ada meeting dengan client atau ada unloading kontena. Tapi penat la juga sebab berpanas kan. Terpaksa tolak kalau ada client ajak lunch.
Kalau coffee selalunya akak OK saja. tapi mereka pula yang segan nak minum depan kita.
Sejak tu, akak kena susun jadual. Elakkan meeting atau delivery semasa berpuasa. Subhanallah, kelebihan berpuasa Nabi Daud yang akak alami sungguh la banyak. Tak tertulis kat sini.
Kalau ada yang nak dengar, nanti akak tulis confession yang lain. Pokoknya di sini, seronok sangat mengamalkan slh satu ibadah yang paling Allah suka ni.
Tips ke 7. Mohon doa orang2 Soleh n anak yatim. Akak ni ada juga berkawan dengan beberapa orang tabligh.
Jadi akak selalu pesan dengan kawan2 ni, jika mereka ada jumpa guru2 agama/syeikh/ustaz, akak mohon supaya didoakan akak. Kebiasaanya mereka kata doa ibu yang terbaik..
And sudah akak terangkan yang itu mmg terutama. Cuma akak nak tambah lagi doa2 dari orang2 soleh. kalau jumpa tok guru/ ustaz/ orang yang kuat beramal soleh lelaki atau perempuan, ringankanlah mulut untuk doakan kita.
Begitu juga doa anak2 yatim. Kadang2 ada anak2 yang minta sedekah tu, akak minta mereka doakan akak selepas dah hulur tu. Mana yang berani tu, depan2 akak diorang angkat tangan mohon pada Allah. Hihi.. Comel kan?
Tips ke 8. Memaafkan. Tips ini adalah antara yang paling sukar. Hubungan akak dengan ayah tidak baik. Akak mmg berdendam sejak dari kecil sampai la dewasa. Akak hanya mampu maafkan dia pada umur akak 37 tahun.
Baru akak boleh terima apa yang dia buat pada Permaisuri akak. Masa tu akak balik kampung, mohon Maaf kalau buat dia terasa dan minta dia doakan urusan kehidupan akak dipermudahkan. Terus terang, masa tu hati ni masih jengkel dengan dia.
Tapi akak turutkan nasihat orang yang akan hormati dalam perniagaan untuk berdamai dengan ayah sendiri. Dan untuk pertama kalinya ayah peluk akak selepas tu.
Masa tu, entah kenapa rasa marah hilang macam tu saja. Hubungan kami takde la bertukar tiba2 jadi mesra, tetap ada rasa awkward tu. Tapi akak rasa lebih tenang.
Cukup la setakat ini tips2 akak yang tak seberapa ni. Kalau pun bukan diamalkan untuk mendapat jodoh, boleh juga dilakukan untuk tambah2 saham akhirat untuk bekalan di sana.
Tapi, akak dapat ke jodohnya selepas akak buat semua ni? Alhamdulillah.. Beberapa bulan akak amalkan puasa Nabi Daud, InsyaAllah hujung tahun ni akak bakal diijabkabulkan. Taaruf 2 bulan, bertunang selepas 4 bulan.
Majlis tertunda selama 5 bulan dek PKP, which is akak gunakan untuk kenal lebih lagi dia dan keluarganya. Sepatutnya nikah selepas raya hari tu, hihi..
Tapi Allah lebih tau, akhirnya hujung tahun ni rezekinya. Doakan urusan jodoh kami dipermudahkan dan perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke Jannah.
Dan akak doakan kepada mereka yang masih berusaha mencari agar ditemukan dengan pasangan yang terbaik dan dikurniakan perkahwinan yang bahagia. Teruskan berusaha uolls.. Allah sentiasa dkt dengan kita..
Jadi, jangan berhenti berdoa dan berusaha.
Akhir kata, akak mohon maaf kalau ada tersalah cakap/terkasar bahasa.. yang baik datangnya dari Allah, yang jahat dari kekhilafan akak juga.
Salam sayang,
– Akak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit