Pencarian Jodoh Belum Berakhir

Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan confession ini. Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi membaca dan yang sudi memberi komen terhadap confession ini.

Saya seorang wanita berumur di penghujung 20-an dan bekerja di negeri yang bukan tempat lahir saya serta mempunyai kerja stabil dan bukan dari kumpulan profesional. Saya lahir di negeri utara.

Saya tidak pernah bercinta dari zaman belajar kerana memegang prinsip jodoh akan tiba dengan sendiri apabila tiba masanya.

Apabila saya berkenan dengan seseorang secara diam, saya hanya mampu berdoa secara diam jua dengan melakukan solat hajat seumpamanya.

Namun, kesedaran saya datang bahawa rezeki jodoh ini tidak akan datang bergolek jika tidak berusaha.

Sebelum ini, saya seperti acuh tak acuh jika tak kahwin pun tak apa. Apabila saya melihat rakan2 lelaki dan wanita ramai yang mendirikan rumahtangga dan melahirkan zuriat, saya juga menginginkan perkara yang sama.

Keluarga saya tidak pernah mendesak saya soal ini kerana mereka memegang prinsip yang sama bahawa jodoh akan datang dengan sendiri.

Pada tahun lepas, saya mula subscribe dan bayar untuk aplikasi cari jodoh islamik dan menunggu chat dari orang tertentu.

Saya fikir rupanya mudah saja tapi hanya mampu “seen” walaupun dah bayar dan tak aktif selama 9 bulan.

Pada hari raya Aidilfitri, saya baru log in balik sebab terkilan tengok orang beraya dengan family dan bercerita pasal keluarga masing2. Jadi, pencarian saya pun bermula dengan bismillah.

Mula2 saya log in, ada beberapa orang chat dan saya jawab salam dengan orang yang senegeri dengan saya sahaja.

Saya berkenalan secara online selama 1 bulan++. Almaklum la tak pernah bercinta, masa tu saya yakin dia orangnya sebab background family dan cara pemikiran yang serasi.

Dalam tempoh tu, saya banyak amalkan zikir2/ solat hajat/ solat awal waktu/ istighfar/ selawat dll supaya jodoh melekat.

Saya juga mula pergi spa muka, cari baju/ tudung baru dan check in hotel untuk privacy ibadah 1 hari. Kami bertukar nombor telefon 2 minggu sebelum jumpa face to face.

Disebabkan dia memperkenalkan diri dengan nama penuh, jadi saya jumpa maklumat dia dan orang terdekat serta rumah dia melalui socmed.

Dahsyat kan saya punya cara stalk. Saya jatuh hati dengan cara keluarganya dalam socmed.

Tibala hari pertemuan, saya minta cuti dan balik negri sendiri sebab dia. Hahaha.

Masa jumpa dan borak dalam 2 jam++ macam serasi tapi bila saya balik rumah, keesokannya dia minta maaf sebab dia rasa tak dapat teruskan.

Dia macam pendiam dan rupanya biasa saje. Apa lagi, saya pun buka mulut untuk cerita pada ibu, dan ibu kata masa tengok gambar dia pun sehari sebelum jumpa ibu tak berkenan dan rasa tak sedap hati,

Malam itu ibu mimpi telur putih pecah. Hmm. Saya ingat saya ok tapi saya asyik menangis bila teringat sebab 1st time kan.

Sebulan saya tak log in sebab saya dah tak percaya laman web tu.. saya kata biarla jodoh bergolek sendiri.

Lepas saya cuba belajar redha dan tawakkal walau dah berusaha dan berdoa, saya log in balik. Sebenarnya, ramai je yang saya chat tapi tak kekal/ ghosting.

Rupanya susah jugak ye. Saya chat lama 2 minggu dengan orang 1 negri jugak dan balik untuk jumpa.

Disebabkan 1st experience dah ada jadi, saya solat hajat/ istikharah/ amal doa mustajab tapi yang ni tak bertukar nombor pun.

Lepas jumpa n saya yang ke tempat dia walau jauh sikit, saya suka la perwatakan dia tapi saya tak pegang dalam hati sangat.

Yang ni saya boleh tahu nama penuh dia walau dia tak bagitahu, saya perlu hint sedikit saja untuk info. Haaa.

Saya cuba senyapkan diri lepas balik dan tak berharap sebab nak tengok dia okay atau tak. Dan dia ada contact, tapi apa yang kami chat macam tak menjurus apa yang sebetulnya.

Walau saya segan, tapi saya tanya soalan serius sikit dan dia ghosting saya.. hmm. Yang ni saya terkilan tapi tak seteruk yang first. Orang ni saya tak cerita kat ibu sebab biarla Allah je tahu.

Apa lagi, saya bangun solat hajat dan berzikir supaya ada kemudahan dalam urusan dan keinginan saya. Redha dan tawakkal penting supaya tidak merosakkan diri sendiri. Semoga apa yang saya hajatkan dimakbulkan Allah Taala.

Saya tengok ada sesetengah orang sangat mudah dalam urusan jodoh ini. Mungkin tidak bagi saya dan memerlukan masa. Terima kasih kerana sudi membaca.

– Fatimah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kepada penulis, semoga terus tabah dalam mencari jodoh nya. Semoga saya & anda mendapat suami yang meminang & berkahwin niat kerana Allah, dan dia menjadi sahabat di dunia & di akhirat. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *