Pencarian Jodoh Online

Nama aku Anisa (nama mak panggil aku).. Beberapa tahun lagi umur aku akan menginjak 40 tahun..

Aku cuma nak cerita pasal pencarian jodoh dalam online. Zaman sekolah aku memang tak pernah bercinta. Ada la beberapa orang ajak aku couple tapi aku diam dan kadang- kadang aku buat tak tau je. 

Selepas aku tamat belajar di universiti, pencarian mencari kerja.. Aku pergi interview, tapi setiap kali interview mesti penemuduga kata balik doa banyak- banyak, kalau ada rezeki kerja ni milik awak..

Setahun aku jadi pengangur kat rumah.. tapi aku tak rasa sangat, sebab bila dalam rumah banyak keja aku kena buat.. lagipun mak dan Ayah aku dah tua.. kudrat mereka nak buat keja memang dah tak ada.

Akhirnya, aku bekerja juga walaupun gaji yang aku peroleh bukan lah banyak seperti yang ramai graduan impikan. 

Bila dah kerja ni, mula la aku fikir nak mencari jodoh. Dalam keluarga aku semua kahwin awal.

Aku ni nak kata pemalu memang agak pemalu, tapi bila aku rasa orang tu satu kepala dengan aku, boleh pula sembang.

Keluarga aku dah mula risau apabila umur aku 27 tahun masih tak dapat jodoh. Tapi aku senyum je la bila orang tanya kenapa tak kahwin lagi?

Bila pergi keja pun sama orang tanya kenapa tak kahwin lagi. Kadang-kadang aku dah malas nak fikir..

Balik rumah urus mak dan ayah, mengemas apa yang patut. Sampai la umur aku yang mencecah 30-an.. Aku mula masuk pencarian jodoh online..

Pada mulanya, aku ingat semua dalam tu single atau duda, rupanya banyak dari lelaki orang.

Ayat-ayat manis ni tak payah cakap la, kalu baca memang cair la kan.. tapi aku tak sebodoh tu, aku siasat juga rupanya semua yang aku kenal suami orang

Aku kenal dengan yang duda pula, ada anak.. bila tanya kenapa bercerai kerana tak sefahaman.. Mula la memburukkan bekas isteri masing- masing.

Sampai satu tahap tu ada yang minta nak menjalinkan hubungan seks. Aku cukup marah kalau seorang lelaki Islam sanggup melakukan perbuatan berzina.. konon nak test aku ni Masih Anak Dara ke tak?

Tengok muka baik tapi tak sangka sanggup ajak aku melakukan perbuatan tak bermoral..

Aku cakap baik2 je, bukan apa zaman sekarang kalau kita menyakitkan hati orang, kena santau pula. Cukup la sekali dalam seumur hidup aku kena santau.. 

Kadang kadang aku fikir, kenapa Allah tak bagi lagi aku jodoh.

Pernah rasa down sangat- sangat tengok orang lain bahagia. Perasaan nak disayangi dan dicintai tu memang lumrah seorang perempuan.

Aku cuba jaga hubungan dengan Allah SWT. Aku percaya dalam hidup ni Allah atur hidup kita memang dah terbaik. Sentiasa berfikiran positif jadi kita tidak serabut kepala memikirkan perkara yang boleh melemahkan Iman.

Aku cuba melaksanakan solat awal iaitu apabila masuk waktu, aku tidak melambatkan dengan melakukan perkara lain. 

Pencarian jodoh dalam online ni kadang- kadang, ada yang senang dah dapat jodoh. Banyak laman web yang meminta bayaran, aku dah cuba tapi jodoh masih tak dapat.

Apa yang aku nak luahkan kat sini, kepada lelaki di luar sana yang sudah berkahwin hargailah ISTERI ANDA. Janganlah masuk laman cari jodoh.. biarlah golongan yang single macam aku ni yang masuk.

Perasaan orang single ni tak sama. Adakala rasa sunyi sangat tiada tempat luahan perasaan. Tidak semua perkara kita boleh kongsi cerita dengan kawan.

Ada yang bagi tips, sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan selalu berdoa. Semua perkara tu aku cuba laksanakan.. Semoga diri ini sentiasa dalam lindunganNya.

Jadi aku harap sesiapa yang membaca ni tolong la doakan agar aku dapat jodoh yang dapat menerima aku seadanya… Aamiin…

– Anisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. samalah sis , saya pun dah pertengahan 30 an . belum bertemu jodoh . pelbagai usaha dah dari umur 27 lagi . ingat akan kawen pada umur 30 tapi tak juga . last dating tahun lepas bulan 10 . tapi kenal dengan suami orang . Saya tak salahkan dia sebab dah cairkan hati saya . saya salahkan diri saya lah sebab terlalu bodoh and jahat . dah tahu suami orang masih layan . saya anggap dia hadir dalam hidup saya adalah pengajaran . start tahun ni , saya dah stop pencarian jodoh dan dating . saya berserah hanya pada Takdir Allah . Dalam masa yang sama cuba perbaiki diri dan meneruskan kehidupan seperti biasa , contohnya bersukan , travel , jumpa kawan sembang sembang . Bawa mak ayah saya food hunting .
    saya bersyukur , saya happy . walaupun jauh sudut hati saya memang nak kahwin . cuma mampu berdoa sahaja . Semoga Allah pertemukan insan bujang yang berjuang mencari suami ini dipermudahkan . Amin . InsyaAllah , semoga yang terbaik untuk kita .

    • Sama la kita sbijik cuma i xcouple dgn laki org je….penat dah kenal dgn fuckboy player smua…apps tinder smua tak guna jantan2 gatal je…at some point rasa dah mls nk cari and kenal again new guy…ntah la

  2. Apa yg sis alami lebih kurang je dgn saya. Lagi tertekan bila kita ni ank sulung perempuan, org duk tanya tak kahwin lagi ke? Dlm family cuma adik perempuan no.4 yg dh kawin. Try juga mencari dlm online ni hampir setahun juga kenal tp lama-lama nampak dia mula membandingkan saya dgn ex dia..jadi saya undur diri drpd saya terus disakiti. Kenal yg sorg lg ni org Kelantan, awal² baik last² sama je ambil kesempatan. Byk mkn hati sebenarnya. Alhamdulillah baru² Allah perkenalkan saya dgn duda ank sorg (kematian istri), tu pun dr online juga. Alhamdulillah syukur dia terus nk ke fasa yg lebih serius. Mula dh nmpk effort dia. Insyaallah doakan kami ya. Saya juga doakan awak bertemu jodoh yg terbaik.

  3. Lebih baik kawin lambat drp dpt pasangan yg salah. Semua tu ketetapan Allah swt. Percayalah Allah sdg aturkan yg terbaik utk sis

  4. Buat adik-adik perempuan yang masih belum menikah, jangan pernah percaya dengan kata-kata lelaki jahat bermuka naif yang mahukan bukti cinta dan sayang dengan melakukan zina/ringan2/sexting dan etc.

    Tolonglah adik-adik. Jaga diri, jaga iman dan jaga maruah sebagai perempuan muslimah yang berusaha menjadi mukminah.

    Saya tahu ramai yang nak menikah. Itu hal wajar sebab kita manusia TAPI jadilah perempuan bijaksana. Jangan termakan bujuk rayu laki-laki.

    Kenapa saya nasihatkan perempuan? Sebab perempuan lebih mudah terima nasihat dibandingkan lelaki. Sesama lelaki berbuih dah mulut ni nasihat: jangan kau kacau anak orang nanti kena bala dari Allah. Tapi ramai degil. Jadi saya ubah cara, saya nasihatkan adik-adik perempuan.

    Semoga Allah lindung adik-adik perempuan di sini termasuklah puteri-puteri saya dari sebarang kejahatan dan keburukan. Allahumma Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *