Pencarian Jodohku Yang Baru Bermula

Assalamualaikum semua. Nama aku Rabiatul Adawiyah bukan nama sebenar. Tahun ni masuk umur 31.

In fact masa aku tengah tulis ni baru beberapa minit masuk birthday aku. So happy birthday to me. Nak cakap pasal jodoh. Walaupun korang mesti rasa bosan pasal jodoh tapi tak kira aku nak cakap jugak.

Kawan aku tak ramai. Aku Tak pandai pun kawan dengan lelaki. Kalau borak dengan lelaki pun gitu2 je la. Tak de nak lawak lawak bertepuk tampar.

Dari sekolah memang tak reti kawan dengan lelaki. Orang cakap bagus lah jaga ikhtilat tapi serius memang rasa janggal nak cakap dengan lelaki. Even kawan perempuan pun tak ramai.

So of course aku bujang sampai sekarang. Mula-mula masa 20’s aku tak kisah sangat. Bujang sampai tua pun takpe. Dah start survey dah kalau ada skim persaraan untuk support rumah orang tua. Hahahaha.

Pkp hari tu ada la subscribe portal cari jodoh ni tapi takde hati. Dah bayar subscription untuk setahun. Guna seminggu je. Lepas tu delete hahaha. Memang masa tu rasa selesa sangat jadi bujang. Rasa I’m a proud single lady.

Tapi semua tu berubah bila ada seorang lelaki approach aku pertengahan tahun lepas. Sebelum ni this sweet guy banyak tolong aku. Kan aku mention aku tak reti kawan dengan lelaki so kitorang memang interact bila perlu je.

Setakat berbalas senyuman je Kalau terserempak sebab office kitorang satu bangunan. 5 tahun berbalas senyuman je.

But one day terserempak dia ajak makan sekali so start dari situ kitorang tukar nombor, balas2 mesej and ada keluar sekali.

I don’t know why my heart is too soft rasa macam I fall for him. So dengan beraninya aku jadi perigi cari timba after 3 bulan balas2 mesej. Ye la. Umur lebih 30 Buat apa nak kawan lama2 kan.

Aku tanya dia you want to take this to next level ke? Over confident sebab aku perempuan kan cepat perasan. Mamat ni macam ada feeling kat aku je. Hahahaha. Tapi rupanya tak.

Aku Kena reject. Dia cakap dia takde intention untuk tu. So aku rasa awkward. Sedih la juga sebab selalu aku je reject laki sekali aku pulak kena reject kah kah kah.

Tak pe lah. Orang tak nak kita tak terhegeh-hegeh. Tapi kitorang okay je masih berkawan, still balas2 mesej. Untuk keluar lagi tu tak kot.

Rasa macam takde purpose untuk kitorang keluar lagi walaupun dia ada ajak beberapa kali.

Sejak dari tu hati aku macam ada satu feeling yang kosong. Kosong sangat. Even aku ada family, ada kawan yang aku tau memang sayang kat aku.

Tapi I still need somebody that can love me. Nampak couple Jalan je rasa cemburu. Nampak baby je I will start wondering when will I have one.

Ada kawan-kawan yang kematian suami, dah bercerai pun dah dapat suami baru. Aku fikir mudah nya jodoh mereka.

Start dari sini aku selalu doa “Ya Allah kurniakan aku lelaki yang akan menyayangi aku lebih dari aku menyayanginya. Murah kan rezeki bakal suamiku. Pertemukan lah kami di tempat yang baik di masa yang baik”.

Sebelum tu memang tak pernah doa macam tu. Aku sendiri rasa pelik bila dah masuk umur 30 ni. Hormon mungkin. Kadang-Kadang menangis juga bila fikir jodoh tak sampai ni.

Of course la takkan la nak doa je. Aku usaha pula daftar satu dating site ni. Kena bayar. Orang selalu cakap Kenapa pakai site ni macam sosial je orang dalam ni.

Tapi ok je sebenarnya kena pandai pilih la. Janganlah semua nak swipe right. I found that site ni lagi professional banding Facebook dating yang free tu. Ramai je lelaki aku ada mesej dalam site ni.

Memang niat aku nak cari jodoh aku akan swipe right mana yang nak settle down jugak.

Tapi masalahnya aku selalu kena ghosting. Hahaha. So nak Tanya perempuan yang cari jodoh online ni selalu tak kena ghosting macam aku.

Rasa macam ada lebih 10 lelaki juga aku mesej dalam tu. Tapi paling lama balas mesej pun seminggu je. Lepas tu tiba2 senyap. Rasa kecewa juga la.

Rasa penat juga. Last2 dalam profile aku letak more than 36 hours tak reply, bye bye. Aku tak kisah weh nak reply lambat tapi bila reply lambat buat aku rasa anxiety.

Ada la sorang mamat ni lepas sebulan dia tegur balik. So kitorang keluar makan sejam je. Dia handsome. Lepas balik tu kitorang tak mesej apa-apa pun. Mungkin muka aku lain kot dari gambar profile.

Masa aku jumpa dia tu muka aku break out teruk. Tak tau la sebab stress kena reject sebelum tu atau sebab pcos yang baru diagnosed by doctor. Kali ni tak stress sangat kena reject. Sebab dah ada pengalaman kan. Hahaha.

Serius weh sekarang rasa penat pulak nak cari walaupun baru 8 bulan start this journey haha. Facebook dating aku dah deactivate. Yang berbayar je aku tak deactivate sebab ada baki 3 bulan je lagi.

Just aku hide kan profile je sebab rasa nak bertenang sikit. Sebab jerawat aku naik teruk. Nak tunggu dia pulih sikit baru berani nak jumpa face to face dengan lelaki.

Bila aku baca confessions dalam ni pasal lelaki-lelaki tak guna dalam rumah tangga buat kan aku rasa single is better.

So on my birthday aku nak korang doakan aku supaya bertenang sikit.

Kalau ada jodoh ada lah. Kalau takde jodoh aku kat dunia ni semoga aku jadi macam Rabiatul Adawiyah yang mencintai Ilahi berkali2 Ganda berbanding mencintai makhlukNya.

Sekian. Thank you korang..

– Rabiatul Adawiyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *