Pencen Penakat

Setuju tak sebenarnya masih ramai yang baru kali pertama dengar?

Apa sebenarnya Pencen Penakat ini?

Maksud :

1) Pencen Penakat dibayar kepada tanggungan apabila Penama (Orang Berinsurans) meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tiada kaitan dengan pekerjaan.

Syarat kelayakan :

2) Orang Berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) dan memenuhi syarat kelayakan caruman (tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan).

3) Orang Berinsurans meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen Ilat tanpa mengambil kira umurnya.

Tempoh Kelayakan :

4) Caruman bulanan telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis kematiannya; atau

5) Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang dari 2/3 bulan-bulan genap yang terkanding dalam tempoh antara tarikh mula caruman kena dibayar di bawah Akta dengan tarikh kematiannya,

Dengan syarat jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.

Kadar pencen Penakat :

6) Anggaran dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan (tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475).

Orang Tanggungan :

7) Balu / Duda layak menerima faedah seumur hidup meskipun balu / duda berkahwin semula.

Anak layak menerima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal).

9) Bagi anak yang masih belajar di Institusi pengajian Tinggi, akan menerima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal).

10) Bagi anak yang terencat akal atau menjadi tidak berupaya secara fizikal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, layak menerima faedah selama tidak berupaya menyara kehidupannya.

Bagaimana jika Penama tidak meninggalkan balu atau duda atau anak?

11) Ibu/Bapa layak menerima faedah seumur hidup.

12) Adik beradik layak menerima faedah sehingga 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal).

13) Nenek/Datuk (sekiranya ibu bapa tiada) layak menerima faedah seumur hidup.

Sumber : Pertubuhan Keselamatan Sosial / Perkeso.

– Shada Mazan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Jika si-mati meninggal dunia pada tahun 2012 berumur 58 tahun layak atau tidak waris terima pencen penakat jika caruman mencukupi kiraan perkeso

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *