Penceraian Satu Penamat Penderitaan Atau Permulaan Kebahagiaan?

Sekarang ini, di media sosial tular berita tergempar melibatkan selebriti tanah air. Sebagai pengguna telefon pintar, aku merasakan ini sesuatu penyakit yang berbahaya. Jika tidak dicegah awal maka melahirkan masyarakat kurang produktif.

Mesti sekarang kau semua sibuk bercerita atau mengumpat pasal Fazura diceraikan Fattah dengan talak satu kan?

Apabila Fattah Amin nak bercerai dengan Fazura. Aku tak mahu ambil peduli pun.

Cuba bagitahu aku apa yang aku dapat dengan mengambil tahu kes penceraian selebriti media arus perdana? Adakah kos yuran pendidikan anak-anak aku boleh berkurang?

Adakah kadar jenayah di Malaysia boleh berkurangan? Adakah aku akan mendapat duit daripada peguam yang mengendalikan kes penceraian Fazura dan Fattah?

Dan paling penting, adakah bebanan kewangan kau selesai apabila kau sibuk campur urusan hidup Fazura dan Fattah?

Kau tanya diri kau semula. Apa yang kau dapat? Haha. Apa yang pasti disebabkan sibuk ingin menyelak kain dalam orang lain, kau terlupa rumahtangga kau bina pun sedang bergoncang.

Boleh jadi pasangan kau tengah curang. Boleh jadi juga kau yang bakal diuji dengan kecurangan. Siapa tahu?

Aku pun tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. Masa dia seronok pergi jamban sama-sama pun dia tidak pernah beritahu aku. Jadi buat apa aku nak sibuk ambil tahu kes pergolakkan rumahtangga dia.

Bagi aku, setiap pasangan rumah tangga ada ujian masing-masing. Dan boleh jadi penceraian sesuatu kebahagiaan untuk memulakan kehidupan yang baru. Boleh jadi juga penceraian merupakan penamat penderitaan dalam rumah tangga.

Aku akan ambil tahu, apa lakonan Fattah Amin yang terbaru. Apa cerita yang terbaru Fazura dalam bidang lakonan.

Hal ini sama juga dengan kes Arif Aiman yang menari bersama-sama kawannya. Aku kenal Arif Aiman adalah bermain bola sepak untuk Kelab JDT. Jadi aku cuma mahu tahu video dia berlatih main bola sepak.

Aku mahu ingin tahu bagaimana kehidupan sebagai pemain bola sepak. Bab dia nak melompat atau menari di luar padang aku tak mahu ambil peduli.

Masyarakat jadi rosak apabila kehidupan selebriti televisi dan sukan dicampur adukkan dengan kerjaya.

Itu yang ada segelintir pelakon / pengarah / penyanyi terpaksa cipta isu yang bodoh untuk menaikkan nama mereka apabila sedar bakat mereka tidak lagi dihargai.

Apabila mereka tular disebabkan kebodohan, kau bising. Itu tak betul. Ini memalukan. Hakikatnya mereka buat disebabkan permintaan kau sendiri.

Kau sendiri yang memilih untuk menyuapkan benda bodoh dan remeh temeh dalam kepala otak kau, maka benda sisa kotorlah yang kau dapat.

Dah dapat, tak payahlah menyalahkan orang lain.

Jika kau memerhatikan sesebuah penceraian atau pernikahan seseorang selebriti tanah air, kau akan kenal pasti dia punya kes dan perwatakan, mesti sama. Mereka menggunakan kebodohan dan ketaksuban pengikut (Follower) untuk menaikkan nama mereka.

Nak buat macam mana. Kau sendiri yang rela dimanipulasi segelintir selebriti tanah air.

Ok lah. Cerita banyak pun tak guna. Tandas di pasaraya Mydin ni penuh pulak orang. Nampak gaya terpaksalah aku keluar dari bilik air ini.

Oh sebelum terlupa, aku harap sangat. Pengguna yang menggunakan tandas awam ini janganlah menggunakan tandas sambil menonton video. Kau seksa orang tau tak?

– Kucing Kampung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Betul la apa yg dikomen oleh “kcg kmpong” tu.. aq pon xlah kisah sgt psal kawen cerai artis2 suma ni.. diorang pon mnusia biasa jugak, tp sbb mngkin ramai yg ‘kenal’ mrk di medsos or platform ‘dunia artis’ mrk, jd ‘highlight’ la, pdhal ramai je mnusia di dunia ni yg berkawen & bercerai akhirnya, org kta itu dah ‘tertulis’ sejak azali lg, si trima n redha la kan.. kehidupan masih perlu diteruskan.. cuma aq nk citer jugak dari sisi pngalaman sendiri.. dah lbh 10 thn aq bergelar ‘mami J’, bercerai dgn 3 ank.. mmg la punca perceraian tu mcm2, kdg2 org bole ‘create’ jer, sbb hati x berkenan, kbnyakan sbb xde persefahaman lg.. (itu sbb yg ‘cliche’ la kan..), tp yg ‘terkesan’ nya beberapa bln slepas tu.. mula2 tu mmg rse mcm ‘lega’ jugak, sbb dah terlepas dari ‘pergaduhan’ sengit n x sengit, ‘silent game’, ‘play victim’ dan mcm2 istilah lg lah, at d same time, ada jer kwn2 ir sedara-mara yg pujuk dan bg kta2 semangat utk terus ‘move on’ kan.. tp setelah beberapa lma, especially bla dah abis ‘edah’, mula la terasa mcm ‘sunyi’ dan klaw dlu kita ‘rapat’ dgn ex kita, terasa mcm ‘kehilangan’ sstu plak la.. nk ‘brpatah blk’, mmg takla rsenya, tp tula hakikatnya.. ndak2 ank2 slalu dok sebut psal ex tu, mula la rse mcm ‘sayu’ n sendu, pujuk hati n ank2, mmg ‘mencabar’ skali.. dari segi nafkah ank2, mmg ada la, to mna kan ckup, dgn mcm2 yg nk diuruskan.. dlu dia ada, bule lah ‘share’ atau bgitau je dia, pepandai la dia nk cari jln nk slesaikn.. dahla ank2 kecik nk diurus, ank skolah nk pkai dt, nk amk repot card dan mcm2 urusan.. tp yg plg xsuka ialah bila org yg tak tahu tnya psal suami ke, bla dibgitau, muka diorang mcm ada ‘skeptikal’ ckit (or perasaan kita je..), perkataan ‘owh’ derang tu pnjang jer muncung msg2.. lantak la.., aq peduli apa kan.., xkan nk explain plak punca perceraian bgai, x bgi nafkah zahir btn la, x penah dpt dt raya, bju raya bagai.. org tu x tnya pon, so pendam sorang2 je le.. n bla kita dengar yg ex kita tu dah ‘kawen lain’, mula la tertanya2, siapa yg dia pilih, mcmne org nya, muda ke dari kita, cantik ke & mcm2 persoalan lah yg bermain d kpala.. mula la nk ‘stalk’ kat medsos diorang tu, tengok gambar kawen diorang ke etc.., spatutnya x perlu pon, tp nma nya pon mnusia, mcmne x kisah pon, nk jugak amk tau.. lps tu, terpikir plak kita pon bole gak nk buat camtu kan, ingat xde org nk kst kita ke.. tp, bila memikirkn ank2 yg mngkin akn jd ‘mangsa’ keadaan, klaw pasangan yg baru tu x fhm or ikhlas, tambah klaw ank2 sendiri yg x brpa stuju, so lupakn shj, maka hidup la kita seadanya sja.. itu yg kdg2 jd ‘tekanan’.. org luar yg melihat ‘keperitan’ kita membesarkn ank2, ada yg sruh kita cari jodoh baru, x kurang juga yg memberi nasihat spya jgn ‘cari pasal’ lg.. kemana2 pergi, ada je ‘persepsi’ yg ‘stigma’ tu, so hadap jela seadanya.. jaga la ‘institusi’ kekeluargaan msg2, sbb kita yg dah memilih keputusan itu.. wallahu a’lam

  2. you tak kisah pasal gossip semua tu yet you spend your time and energy searching up this website, clicking on the submission link, typing paragraphs about it and actually proceeded to click submit. Tak nampak mcm unbothered pun. Harap hiudp awak dah bertambah baik keadaannya lepas tulis panjang gini

  3. Sebenarnya awak sama je dengan netizen yang kat luar sana. Busy body dengan apa yang orang lain komen/ baca.
    Kalau betul2 x kisah, xdela awak gigih taip confession ni dalam tandas Mydin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *