Pencopet Dalam Keluarga

Nama aku Daisy. Aku ada kakak, Rose dan adik perempuan, Lily. Ayah aku dah pencen dan mak telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Tujuan aku tulis ni sebab nak dapatkan pendapat & maybe solution kepada masalah aku ni. Seminggu sebelum mak pergi, mak telah amanahkan segala kepada aku termasuk ayah, kakak & adik.

Cuma baru baru ni, aku tahu kakak aku tipu ayah dan mengambil barang/ duit yang ada dirumah. Rose & ayah tinggal berdua di rumah kerana Lily masih belajar dan aku telah berkahwin, tinggal bersama suami.

Sebenarnya Rose dah ada habit ni sejak sekolah dulu. Kadang-kadang duit dari purse mak hilang RM100 atau RM50.

Pernah sekali, sepupu aku tinggal dengan kami dan duit dia hilang dari tabung. Tapi sebab takde bukti dan bila tanya Rose, dia mengelak. Kami hanya diamkan sahaja.

Ada satu hari, masa aku di universiti, aku balik rumah dan dua cincin emas yang mak bagi hilang. Aku buka dan letak di tepi sink dalam bilik air. Pada mulanya masa aku tanya Rose, dia kata tak tahu. Jadi aku pun biarkan je.

Lepas a few months, tetibe aku terjumpa surat pajak gadai atas nama rose dan description tu adalah dua cincin yang hilang tu.

Aku bergaduh dengan parents & Rose sebab parents aku kata akan cuba cakap dengan kakak tapi Rose masih taknak mengaku yang dia ambil cincin tu.

Masa mak pergi, mak tinggal harta pusaka yang agak besar. Jadi lepas mak pergi, Rose berhenti kerja dan duduk di rumah atas alasan nak jaga ayah.

Jadi dari tu sampai sekarang dia tak bekerja. Ada dia tolong aku sikit sikit dengan side hustle aku dan aku bagi dia upah.

Lepas start PKP, aku rasa duit pusaka yang Rose dapat dah tinggal sikit atau mungkin habis. Rose ada pinjam duit aku beberapa kali tapi biasanya aku akan tolak pinjaman tu dari upah yang aku bagi.

Dalam 6 bulan lepas, ada dua gelang tangan dan satu cincin emas aku hilang masa aku balik rumah abah tanpa suami, tapi dalam hati aku menidakkan walaupun ada terlintas mungkin Rose yang ambil. Sebab lama dah dia tak buat perangai macam ni.

Tapi minggu lepas, ayah call aku dan menangis. Rupanya duit dalam bilik dia hilang dan gelang tangan milik Lily pemberian keluarga yang ayah simpankan pun tetiba takde.

Bulan lepas Rose ada pinjam duit dari aku dan ayah dan ayah ada bagi duit untuk bayarkan insurance Lily.

Ayah bayarkan secara tahunan. Bila jadi ni, aku call balik agent insurance tu dan aku terkejut sebab agent tu kata insurance tu masih belum bayar dan dah lapse.

On top of that, amount yang Rose minta dengan ayah lebih tinggi dari amount yang perlu dibayar.

Jadi aku call & mesej Rose dan aku try cakap dengan dia kat rumah, tapi dia hanya bluetick aku dan macam cakap dengan dinding. Dia buat aku tak wujud.

Dalam percubaan untuk bagi dia cakap dengan aku & ayah, aku tukar password wifi rumah, hentikan netflix subsription,

Sebab lepas aku start kerja aku yang selesaikan bil internet, netflix, cukai taksiran, cukai tanah, indah water & bil air setiap bulan dan lepas berkahwin, aku masih teruskan bayar. Tapi dia masih tak bercakap dengan aku.

Sekarang, aku & ayah dah tukar tombol pintu bilik masing masing dan aku rasa benda ni tak patut berlaku sebab rumah sepatutnya selamat kan? Dan aku tak tahu nak settlekan masalah ini macam mana..

Sebab kalau Rose dah pajak semua barang kemas tu, aku nak pergi tebus balik. Nak halau dari rumah pun tak boleh juga sebab nama dia ada di atas geran rumah lepas pembahagian pusaka mak.

Jujur, kalau jadi apa apa dekat ayah, aku taktahu macam mana sebab dia tak bekerja dan buat masa sekarang hanya bergantung pada ayah sebab Rose selalu cakap,

“Anak perempuan belum kahwin adalah tanggungjawab ayah dan ayah kena tanggung dia.” tapi ayah hanya harapkan pencen bulanan dan masih bayarkan education dan kebajikan Lily.

Aku tak tahu nak buat apa sebab aku risau kalau dia takboleh berdikari dan aku rasa tanggungjawab sebab arwah mak minta jagakan semua.

Tolong aku, gais. Jujur Rose ni je yang aku paling risau. Taktahu nak tolong dia macam mana lagi….

– Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *