PENCURI MAHALAH UK

Assalamualaikum..

Aku ni bukan la anak orang kaya cuma setakat cukup la segala keperluan nak hidup tu. So, aku ada la jual2 sikit makanan dengan minuman kat mahalah ni. Mahalah Ummu Kalthum. Nak cari duit lebih. Banyak mulut nak kena isi motor la kereta la. Pasal kereta ni pulak, dah pandai tumpang tak reti nak hulur duit minyak. Hmm taktau la nak cakap. Kat FB bukan main dok share pasal common sense la apa la sekali tumpang kereta orang macam kita ni driver bapak dia pulak.
.

Okay berbalik tajuk kat atas. Kan dah letak la barang2 jualan aku tu kat usrah area tu, sekali nak g amek duit, barang dah habis duit pon lesap. Aku tak faham betul manusia zaman sekali. Taknak la syak sesapa sebab bukan student UIA je keluar masuk mahalah ni. Cleaner ada, technician ada, cleaner cleaner… Hmmmm
.

Yang pasti AKU TAKKAN HALALKAN SATU SEN PON duit yang kau curi. Nanti kat padang mahsyar pandai2 la cari aku. Aku marah bukan apa, kalau sekali dua boleh tahan lagi. Ni pantang amek duit lambat sikit, masuk angin keluar asap la aku.
.

So, pesanan aku kepada sesiapa yang nak jual barang kat usrah area tu, rajin2 la g jenguk duit tu. Ataupun ambil duit pagi2 sebelum g kelas tu.
.

Sekian luahan hati aku yang masih menunggu duit jatuh dari langit.

– aku bukan anak tauke balak

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *