Hati aku sakit, badan aku menggigil, dada aku berat, airmata turun dengan laju saat melihat confession Aqish.
Terimbas kembali benda yang pernah terjadi masa aku berumur 6 tahun.
Ye 6 tahun. Masih seorang anak kecil, yang naif, yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Apa yang aku tahu aku sakit yang teramat.
Cuma lebih tragisnya aku dir*g*l ketika berumur 6 tahun oleh sepupu mak yang aku panggil pakcik.
Pakcik datang kerumah kami untuk mencari kerja di KL.
Ketika itu mak bagi dia tidur dirumah selama beberapa bulan sehingga dia berjaya mendapatkan pekerjaan.
Mula2 dia cuma suka riba, peluk dan cium aku walaupun aku rimas ketika menonton tv.
Bila aku tolak dan marah, mak akan marah aku balik sebab dia kata pakcik hanyalah nak bermanja denganku.
Tapi aku memang sangat tak selesa sebab dia suka meraba ketika mak sibuk didapur atau keluar.
Setelah seminggu dirumah kami, dia dah berani baring disebelah ketika aku tidur. Mak nampak cuma mak membiarkan sebab dia kata pakcik memang suka manjakan budak.
Satu hari, mak keluar pergi pasar. Tinggal aku dengan pakcik.
Tiba2 kelakuan dia bertukar menjadi ganas. Dia tarik aku kedalam bilik dan menghempap aku. Apalah kudrat aku masa tu yang masih kecil.
Aku tolak tapi dia akan menekan badanku. Sampaila aku sedar masa tu yang aku terlampau sakit sampai aku menangis menjerit.
Aku berdarah dan sakit sangat masa tu. Aku beritahu mak pakcik cium aku sampai sakit. Masa tu aku tak sedar yang aku sebenarnya dir*g*l pun.
Mak tampar mulut aku cakap aku menipu dengan alasan dia tahu ayah aku tak suka pakcik aku duduk dirumah kami. Dia cakap aku cuba mereka cerita.
Aku kecewa. Aku nak mengadu kat mak aku sakit sangat. Aku nak buang air kecil pun masa tu aku menangis sebab sakit terlampau. Aku dendam dengan mak. Aku benci mak.
Semenjak haritu, pantang mak ayah tiada pakcik selalu curi2 masuk bilik. Aku jerit pun takde siapa yang nak bantu. Aku menangis. Kadang2 aku sampai takut nak tidur sebab takut di apa2kan.
Lepas beberapa bulan pakcik aku pindah. Aku bersyukur sangat. Cuma benda yang jadi tu takkan boleh dan pernah aku lupakan.
Anak kecil yang hanya bergantung hidup dan perlindungan dari ibu bapa. Tapi jika sebaliknya yang berlaku, percayalah akan ada dendam yang disimpan.
Perasaan yang dipendam tu akan sentiasa menghantui. Bila malam menjelma aku jadi takut nak tidur dan selalu akan menangis bila teringat.
Habis je belajar aku berkahwin dengan kawan baik aku. Dia yang lamar aku sebab dia kata selama berkawan sebenarnya dia sukakan aku.
Dia bagitahu mak ayahnya untuk hantar rombongan meminang.
Aku terima walaupun aku belum bersedia sedia untuk semua tu.
Masa mula2 berkahwin, suamiku cuba untuk sentuh pun aku akan takut dan menangis.
Suami aku tak tahu yang aku pernah dir*g*l.
Dia cuma ingat yang aku belum sedia untuk disentuh. Alhamdulillah dapat suami yang baik dan tidak memaksa. Dia tunggu sehingga aku betul2 sedia.
Alhamdulillah sekarang dah 4 tahun aku kahwin dan ada seorang anak perempuan yang comel.
Semoga Allah lindung anak aku dari perkara2 buruk ni. aku akan jaga dan didik anakku menjadi anak yang solehah.
Doakan anak aku ye.
Sampai sekarang takde sape2 yang tahu kisah hitam tu dan ye aku masih lagi dihantui mimpi hitam itu tiap kali tidur.
Tiap kali aku takut dari kecik aku akan mengaji sebab kat sekolah rendah dulu aku ingat ustazah kata kalau kita resah kena banyakkan mengaji alquran.
Alhamdulillah rutin membaca alquran dan solat sunat aku amalkan sampai suami pun ikut amalkan setiap hari
Ingatlah, anak2 kita hanya ada ibubapa sahaja tempat untuk mereka mengadu dan meminta. Tak salah untuk dengar apa yang anak cuba untuk beritahu. Mereka perlukan ibubapa untuk protect mereka.
Aku dah maafkan mak aku. Cuma luka yang berbekas dalam hati ni sukar untuk dipadam. Tolong doakan aku supaya “cepat sembuh” dan kuat.
Semoga semua yang pernah lalui peristiwa hitam seperti aku akan kuat. Ingat Allah ada walaupun kita dah tak ada sesiapa untuk kita percaya.
– Shaq (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit