Pendam dan Depression

Assalamualaikum semua. Depression… How do I start this? Okey. Sebenarnya bukan mudah untuk aku luahkan tapi aku rasa aku kena luahkan even aku tak kenal siapa2 yang akan baca @ komen dekat story aku ni.

Aku pun taktau yang aku akan alami depression. Selalu duk baca tentang org yang alami depression ni. Last2 aku pun kena.

Kadang kala masa baca tu terdetik jugak anggapan yang kurang elok dalam hati (ni mesti iman tak kuat ni tu yang ada rasa nak bunuh diri. — eleh putus cinta je kot!) Sebenarnya punca nya tidak semestinya daripada putus cinta. Banyak lagi faktor.

Contoh macam kes aku. Aku dipulaukan msa belajar. Aku dihina. Dikutuk. Dipandang rendah oleh rakan2 kelas aku. Bagi diorang, kalau kau pelajar average je , diorang takkan pandang kau. Lagi2 kalau kau takde rupa or datang dari family biasa2. Nasib ada yang sudi jadi sahabat aku sampailah sekarang. Tapi tu bukan punca utamanya….

Alhamdulilah. Aku dah grad.

Tapi aku masih tak tau yang aku ada depression. Cuma aku tau tanda tu dah ada.

Aku yang dulunya ceria kini pendiam. Aku pendam. Aku jadi marah. Kadang2 aku sedih tanpa sebab. Aku… Aku sorang2.. Aku abaikan semua rasa tu.

Bila ada masalah aku pendam. Punca utama aku jadi macam ni sebab aku banyak pendam. Masalah family. Masalah tempat keja. Masalah kawan2. Semuanya aku pendam. Kadang2 masalah tu bercampur aduk. Senak dada ini menahan semua nya.

“Elehh orang lain pun ada masalah jugak. Lagi teruk dari kau. Okey jee ”

Banyak kali kan dengar ayat ni? Yes. Memang orang lain lagi teruk masalah nya. Tapi ni pasal diri aku. Jangan bandingkan dengan orang lain. Kau respon macam tu walaupun niat kau untuk menyedapkan hati tapi sebenarnya tak. Respon sebegitu lagi menyakitkan hati.

Orang yang depress ni , bila dia dah mula bukak mulut. Dia tidak mengharapkan respon dripada kau. Dia cuma nak kau mendengar dan berkata “everything will be alright”.. Ya. Hanya mau didengari sahaja.

“Solat. Baca Al Quran. InsyaaAllah hati tenang ”

Ya. Memang tenang. Tapi depression ni perlu dirawat. Perlu dirawat. Dari segi rohani memang tenang. Tapi dri segi mental?

Aku pernah terlintas cuba bunuh diri. Banyak kali.. Even aku tau bunuh diri tu dosa.

Tapi aku tetap nk buat. Bukan sebab iman tak kuat. Tapi sebab jiwa kosong. Gelap.

Aku solat. Aku minta kepadaNya. Tipu kalau tak buat. Tak tahan menanggung perasaan yang macam ni.

Aku meluahkan. Tapi rata rata semuanya berikan respon berkata aku lah punca.

Allahu..

Pedih rasa. Tiap2 malam air mata mengalir. Tanpa siapapun tahu. Walaupun family.

Last aku ambik keputusan. Jumpa pakar kaunseling. Alhamdulilah. Aku dalam terapi.

Aku travel. Ambil angin laut dan pantai. Alhamdulilah sedikit sebanyak bantu aku.

Ubat?

Ya aku ambik. Aku dikelilingi sahabat2 yang support aku.

Alhamdulilah.

So yang di luar sana, kalau boleh jangan sesekali pendam. Kalau boleh luah, luah pada orang yang kau rasa seorang pendengar yang baik. Banyak lagi sebenarnya yang aku nak story tapi rasanya tak semua boleh aku ceritakan. Aku menulis bukan untuk meraih perhatian tapi hanya untuk meluahkan.

Depression is not a joke.

Assalamualaikum.

– Aki

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *