Pendam Lalu Dipersalahkan

Hai, nama aku Anis, aku berumur 22 tahun sedang belajar di salah satu universiti di Utara.. Aku introvert cakap dengan orang pun jarang lagilah nak cari pasal tak tentu hala.

Aku anak bongsu daripada 8 orang adik beradik, aku ada seorang kakak aku gelarkan dia Dija, dia berumur awal 30an, seorang ibu tunggal, dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 9 tahun..

Aku geram dengan dia sangat2, kita mulakan ketika aku kecil, masa ni abang dengan kakak aku belajar jauh2 tinggallah aku dengan dia, emak dan abah…

Aku masih ingat, ketika aku kecil dan ketika itu dia belum mendirikan rumah tangga pernah sekali aku sedang bermain seorang diri dibilik, aku sedang baring diatas katil, katil aku berhadapan dengan pintu,

Pintu terbuka ketika itu, aku nampak dia membisikkan sesuatu dekat emak kami, tiba2 emak aku datang kearah aku secara tiba2 dan menghanger aku sampai sekarang aku tak tau kenapa?!

Zaman aku sekolah menengah, selepas dia bercerai, dia tinggal serumah dengan kami bersama anak lelakinya, saat itulah zaman kebahagian ketika kecilku tak indah seperti yang disangkakan aku seringkali dimarahi walaupun tidak membuat sebarang kesalahan…

Aku masih ingat lagi, aku pernah memintanya untuk menghantar aku ke kedai jam kerana ingin memotong tali jam hadiah pemberian kakak aku yang ke-7 sempena kelahiranku,

Alang2 hantar aku pergi sekolah, (sesi petang) aku ajaklah dia singgah sekejap, dia memarahi aku seperti ingin mengatakan aku menyusahkan hidupnya,

sewaktu dia mengambil aku sekolah dia parking jauh di belakang sebuah van dan dia hanyalah menaiki myvi, aku tak nampak kereta dia, habis aku dimarahi lagi,

Pernah sekali aku ingin membeli sehelai seluar senam di T&W, selepas dia pulang kerja aku memintanya untuk menghantar aku kesana,

Namun malangnya seluar yang aku inginkan tiada lalu aku tidak membelinya, sekali lagi aku dimarahi dan dia membawa kereta sangat laju, seperti ingin mengatakan aku menyusahkannya sekali lagi, aku masih ingat ketika aku berumur 13/14/15 tahun,

ketika itu aku tidak pandai untuk membawa motor dan duit taklah berapa ada, sampai sekarang aku teringat berkaitan PUDING RAJA,

Di pekan kami ada kedai jual dessert dan aku teringin nak makan PUDING RAJA tu aku kumpul duit nak beli PUDING RAJA RM 15 tapi sedihnya PUDING RAJA tu dihabisi anaknya,

Masatu aku simpan PUDING RAJA aku dalam peti sejuk lepastu anak dia nak, time tu aku belum makan lagi tapi anak dia nak, aku pun bagilah,

Lepastu anak dia nak habiskan semua, aku pun tak bagilah yelah kita simpan duit lama tau nak makan PUDING RAJA lepastu emak aku marah, terpaksalah aku bagi hmmmmm….

Masa kecil2 aku suka tengok tv, tengok kartun… Meningkat remaja sukalah tengok drama, tapikan kakak aku dan anaknya suka tukar channel tau,

Aku tengah tengok tv ni dia ambil remort dia tukar channel yang dia nak, aku pergi dapur sekejap dia tukar channel padahal time tu aku tengah tengok tv, emak aku pun sama,

Aku faham anak dia time tu dah jadi ibu tunggal tapi kenapa aku diabaikan dan selalu dipersalahkan?

Sekarang aku tak reti hidupkan tv, kadang teringin nak tengok tv macam dulu tapi… hmm. Aku selalu kena marah aku tak suka zaman aku time sekolah menengah aku selalu menangis seorang diri kat bilik,

Sampaikan aku lebih suka duduk bilik daripada keluar sebab duduk bilik tengah2 gembira keluar bilik tak buat salah apa2 tiba2 kena marah masuk bilik nangis sorang2 sebabtu aku suka duduk bilik tau,

Aku ada sorang abang umur dia akhir 20an, dia selalu back up kakak aku yang tu dia pernah kata aku bodoh dan dia pernah kata kat aku, ” kau tak payah belajarlah” lepastu dia gelak… HAHA..

Aku tau aku tak berapa pandai, aku dah usaha tapi Allah bagi setakat tu je, aku mampu redah jelah..

Aku masih ingat lagi aku dah lama pendam perasaan sekali marah terus all outlah kan aku kalau marah memang tengkinglah kan kita dah lama pendam perasaan penat tau, takde siapa faham kita,

Kita selalu luahkan perasaan dekat Allah je pernahlah sekali aku marah kakak aku pasal susu cair, aku dah tengok dekat peti susu cair dah habis, aku bukaklah baru lepastu tiba2 kakak aku marah2 aku “kat peti sejukkan ada susu cair kenapa kau bukak lagi”

Lepastu kita geramlah kita marahlah balik sambil nak tengking ni suara ala2 nak tengking belum tengking lagi “ni dah habis ler” muncullah abang aku yang ni back up dia kata apantah yang aku ingat dia kata aku bodoh hmmmm penat tau, lepastu ada lagi satu kejadian tapi aku tak ingat,

Dan time aku tulis confession ni ada kejadian yang berlaku time tu petang aku masih ingat lagi dia cakap kat aku Anis matikan lampu depan, matikan lampu depan…

Aku pun pergilah depan lampu depan dah mati nak hidupkan lampu apa? Aku pun hidupkanlah lampu luar depan pintu..

Lepastu tiba2 dia mengomel kata Anis ni suruh hidupkan lampu depan tak hidup2 kan, aku pun kata kau kata matikan kan lepastu dia marah2 aku kata aku kata lampu hidupkan sedih wehhh, lepastu adalah kejadian berlaku lepastu abang aku pun marah aku..

Ya, dia jenis marah yang sakit hati, kadang2 suka manipulatif tau, bukan aku sorang je pernah kena, kakak aku 2 orang atas aku pun pernah kena sama macam aku jugak nangis2 tapi takdelah kena marah dengan abang aku, aku je yang selalu kena marah & maki..

Abang aku yang ni pernah lempang aku sebab aku kata ek eleh dekat dia, ntahlah sedih weh baik2 aku nak balik uni 1/5 aku balik esoknya nasib baik aku ada rumah lain berteduh hehehehe

Korang nak tau tak kenapa aku suka duduk bilik? Sebab kat bilik aku boleh cari kebahagian aku, mana taknya kalau keluar bilik selalu dipersalahkan tanpa buat apa2 salah, sedih tau tengah happy masuk bilik nangis2,

Aku takde orang nak backup aku, kena kuat sendiri mak aku selalu back up kakak dan anak lelaki dia tu anak kesayangan dia tau

Ada banyak lagi yang aku pendam tapi cukup ni jelah aku tulis, sekarang dah pukul 2:33 A.M. aku penat aku tau mungkin Allah hantarkan aku ujian ni sebab aku takde masalah dengan kawan2 dan bf,

Selama aku hidup 22 tahun ni aku tak pernah ada bf tau sebab aku takut dapat laki macam abang aku tu, aku selalu fikir aku tak nak kahwin tapi takpelah hidup mana boleh smooth je mungkin ni ujian aku heheh

Aku harap habis belajar aku dapat kerja boleh keluar dari rumah ni, ofkos aku takkan tinggal kat rumah ni, rumah ni rumah abang aku, bapak aku dah cakap awal2 anis nanti ikut suami… HAHAHA siapalah nak aku.

Apa pandangan korang?? Ke aku yang ngade2.. hmmmmm.

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *