Terima kasih admin siarkan luahan hati saya.
Buntu tidak tahu hendak meluah pada siapa tapi makin sakit hati bila dipendam takut makan diri.
Saya perempuan berumur awal 30an. Telah berkenalan dengan seorang lelaki bernama Ali (bukan nama sebenar) dari tahun 2019 sehingga sekarang.
Tetapi Ali ibarat tiada kesungguhan untuk membawa hubungan kami ke alam perkahwinan.
Pernah 2 tahun lepas, saya terjumpa facebook Ali bergambar mesra dengan seorang wanita bernama Sara (bukan nama sebenar) dan 2 anak.
Namun, Ali hanya mengakui bahawa wanita tersebut hanya jandanya dan masih berkawan sehingga sekarang.
Ali juga menyatakan bahawa 2 org anak itu bukan anaknya dan dia terpaksa berkahwin dengan wanita tersebut disebabkan atas dasar kasihan.
Kemudiannya, bercerai kerana wanita tersebut ingin berkahwin dengan lelaki lain dan mempunyai 2 orang anak yang saya ceritakan tadi.
Jadi, saya telah pun memberinya peluang kedua.
Ali ini mempunyai sikap dan tingkah laku yang baik dan penyabar membuatkan saya sanggup menunggu bertahun lamanya.
Ali juga mempunyai masalah kewangan yang menyebabkan dia terpaksa menanggung hutang yang banyak, namun dia masih boleh bergantung hidup dengan pendapatannya yang sekarang.
Walau bagaimana pun, alasan untuk melangsaikan hutang tersebut menyebabkan saya dan Ali masih tidak berkahwin sehingga sekarang.
Baru-baru ini, saya terdengar perbualan telefon di antara Ali dengan rakannya,
Ali memberitahu rakannya bahawa dia masih berstatus suami kepada Sara dan masih dalam proses perceraian.
Luluh hati saya mendengarnya, saya berdiam diri seribu bahasa setelah mendengar perbualan mereka.
Saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan.
Saya sangat terkesan apabila saya telah menunggu Ali dari tahun 2019 tapi apa yang saya dapat hanyalah sekadar menanam tebu ditepi bibir.
Saya perlukan nasihat yang membina untuk menaikkan semangat saya semula.
Terima kasih semua.
Doakan yang baik2 untuk saya.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kenapa nak susahkan diri hidup dengan lelaki yang penuh dengan hutang? Kot duit dia lepas makan pakai dia je. Kuat menipu pulak tu langsung tak jujur cerita status dia yang sebenar kat awak even dah lama kenal, double red flag. Dah la duda yang complicated. Adoii takyah la cari lain jela. banyak baik dari buruk. Saya pantang betul kenal lama2 tapi takde kejujuran ni.
Red flag pertama menipu. Red flag kedua banyak hutang. Mungkin sebab kau tak hadap lagi consequences sbb tu masih percayakan dia and keep bg peluang or kau takut sgt jd andartu and tak jumpa dah laki lain~~~
Percayalah.. kalau korang berjaya sampai jinjang pelamin pun.. masa tu baru kau akan menyesal. Dah tinggal sebantal serumah baru nampak true color masing2 😏😏
Bersepah cerita dlm ni lelaki2 red flag. Guna la oii otak tu.. dia bnyk hutang sekarang.. confirm2 lepas kawen bini dia la kena tanggung komitmen. Ada anak nnt pun bini yg tanggung. Dgn dia2 sekali kau kena tanggung. Sebab apa?? Semua duit gaji dia perabih byr hutang. Boleh nak berhutang. Tapi kena pandai2 bahagi la. Effort nak kawen pun tak ada. Apatah lg effort nak tambah pendapatan nak tanggung anak bini nnt.
Kalau aku dah lama buang org mcm ni. Buat semak hidup je involve.
Saya taknak judge dari separa cerita yang you cerita ni. Cuma mungkin you tak nampak lagi kesedarannya, kami as readers yang nampak secara luarannya lelaki tu sangat redflag. Mungkin dia ada personality baiknya cuma, bukan disebabkan sebahagian personality baiknya dah membuatkan dia adalah lelaki baik untuk you. Baik tu, as manusia kita wajar menjadi sebaik-baik manusia tapi itu bukan card untuk kita tutup mata kita untuk nampak lelaki tu punya redfalg ye. Dan juga bukan card untuk kita gunakan as “dia lelaki yang baik untuk aku” You berkawan dengan dia then dia kawin dengan orang lain pun dah terang2 redflag nya. Kawin sebab kesian? Then dia tak kesian dekat you? Dia tak sayang you. You tu pilihan kedua je tak pun pilihan keberapa dia je, kalau tak takkan dia kahwin dengan orang lain sebab kesian? walhal kamu berdua dah berkawan dulu kan? Dia datang balik dekat you sebab dia tahu you nak dekat dia lagi if not takkan you bagi 2nd chance kan? hahaha lelaki ni senang je nak perbodohkan perempuan. That’s why I cakap you ni option lain je not his priority. So hargailah diri sendiri ye, self respect kena ada.