Pendam Rasa Yang Memakan Diri

Assalamualaikum.. Aku isteri, ada anak. Aku sejak kecil jenis tak banyak cakap dan pendiam. Aku suka mengalah kalau ada apa2 pergaduhan atau benda tak puas hati.

Kami dah kahwin 5 tahun. Tapi sejak awal kahwin kami memang kurang komunikasi kalau ada apa-apa isu, perkara, atau masalah, aku lebih kepada beralah dan redhakan saja. Kalau ada komunikasi pun boleh kira dengan jari sepanjang 5 tahun ini.

Kadang-kadang aku rasa macam aku overthinking. Aku selalu fikir yang negatif pasal suami aku. Aku terlalu takut dia akan respon bertentangan dengan kehendak aku.

Jadi sebab tu aku pilih untuk beralah dan ikutkan saja apa kata dia. Aku jenis tak reti nak berbincang atau pertahankan sesuatu.

Kesudahannya aku sendiri yang merana sebab terlalu berharap kan sesuatu yang takkan berlaku. Aku selalu makan hati, terasa, kecewa, marah, geram, sedih, dan selalu menangis wktu malam dan selepas solat.

Semakin aku doa dikuatkan hati dan bersabar, semakin kuat Allah uji aku. Sekarang ni aku rasa berat dan sempit dalam hati ni. Sebab dah terlalu lama dan banyak yang aku pendam. Puncanya adalah tiada komunikasi yang jelas antara kami.

Aku selalu berharap yang suami fahami aku. Boleh bantu buat kerja-kerja rumah. Setiap pagi aku akan masak, hidang dan cuci pinggan. Baju bertimbun aku yang cuci.

Bilik air aku yang sental. Kebanyakan kerja rumah aku yang buat. Padahal kerja-kerja rumah adalah tidak wajib bagi isteri (setahu saya, kalau silap mohon maaf ya).

Kadang- kadang aku cemburu dengan suami aku. Sekurang-kurangnya setiap hari dia kerja mesti berjumpa dengan kawan-kawan kerja, bersembang, melepak, makan bersama, bergurau di tempat kerja.

Tapi aku dalam persekitaran yang sama, masih berharap yang suami akan ajak berbual dan bergurau.

Kebanyakan masa bila balik kerja, main dengan anak-anak kejap je. Pastu sambung main telefon sampai maghrib. Lepas solat jemaah, sambung lagi main telefon sampai isyak.

Makan malam, tngok tv sekejap dan tidur. Sebelum tidur pun masih main telefon. Boleh kira apa yang keluar daripada mulut kami. Cakap tak banyak.

Aku nak bersembang dengan dia, tapi kalau ajak makan pun dia kata nanti dulu sebab dia tengah main telefon. Semasa makan pun aku yang mulakan perbualan, saja-saja nak pecahkan suasana ‘janggal’.

Tapi respon dia macam acuh tak acuh. “Ye ke?”, “Oo..”, kadang-kadang hanya angguk tanda faham. Suasa kembali janggal.

Pendapat aku, rasanya benarlah orang kata yang suami tidak akan tahu atau faham jika isteri tak cerita, tak minta, atau tak jelaskan apa yang si isteri mahu.

Aku rasakan apa yang aku alami ini adalah disebabkan diri sendiri yang terlalu memendam rasa hati, diam dan sukar komunikasi. Aku dah mula sedar sikit-sikit punca terbesar adalah komunikasi, bukan hanya pendam saja.

Aku selalu ada perasaan nak mulakan komunikasi, perbaiki apa yang patut. Tapi sampai sekarang belum ada kekuatan. Bila nak mulakan komunikasi tu, mesti ada saja situasi yang menghalang.

Aku tak kata yang suami aku zalim atau culas dalam tanggungjawab. Cuma mungkin sebab aku terlalu overthinking dan terlalu beri harapan tinggi pada suami aku.

Aku selalu berharap yang suami aku boleh buat macam-macam untuk aku, boleh bantu aku buat kerja-kerja rumah, dan boleh bergurau senda selalu.

Bila kami berdua di ruang tamu, mesti rasa janggal. Macam- macam berlegar dalam kepala nak cakap apa. Nak sembang apa. Tapi bila aku mulakan bicara, macam biasalah, suasana tetap janggal.

Aku perlukan kekuatan dan kata-kata semangat daripada korang semua supaya dapat hidup dalam pemikiran yang positif. Yang mana sudi, bolehlah tinggalkan komen atau nasihat.

Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi disebabkan terlalu banyak, kepala jadi serabut nak masukkan cerita apa. Aku minta maaf kalau ada yang tak faham cerita aku ni. Terima kasih banyak sebab sudi baca sampai habis :)

– Suri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *