Aku merupakan anak yang keempat daripada lima adik-beradik ku.
Dahulu, keluargaku sangatlah di cemburui kerana orang melihat kami sekeluarga adalah keluarga yang bahagia, dan seperti tidak ada masalah. Tetapi orang tidak tahu di sebalik cerita tentang keluarga kami.
Cerita ini berkaitan aku.. Seorang anak yang sentiasa mengalah dengan keluargaku tanpa mereka memikirkan perasaanku.
Dari kecil sehingga bangku sekolah rendah, aku tidak pernah meminta daripada ibu dengan abah. Walaupun aku nak benda tersebut, aku memilih untuk pendam kerana aku tak nak menyusahkan ibu abah. dan perkara tersebut berlanjutan sehinggan aku dewasa.
Dulu aku fikir, aku tidak mahu menyusahkan mereka tetapi perasaan itu memakan diri aku bilamana aku melihat ibu bapaku membeli barangan kepada abangku tanpa meletakkan diri mereka untuk rasa susah bila untuk abang.
Aku dengan abang mmng aktif dalam bidang akademik. Apabila melihat dia dapat keputusan cemerlang dalam exam dan dapat hadiah dari ibu abah, buatkan aku mahu bersaing bila sampai masanya untuk aku amik exam besar seperti abang.
Ibu abah tidak perlu tunggu untuk along meminta sesuatu, mereka yang beri dan sediakan. Maklumlah anak emas keluarga.
Sedangkan aku, aku perlu meminta untuk dapatkan layanan yang sama. Dari kecil sehingga besar. Tetapi tak samalah apa yang abang dapat. Seperform mana pon keputusan aku, mereka tidak peduli.
Aku terlalu meletakkan diri aku yang aku akan menyusahkan mereka.
Perkara yang paling aku ingat, sebabkan aku tak nak susahkan mereka, kasut sekolah aku yang berlubang tengah sehingga boleh nampak stokin di dalam aku masih pakai sehingga kalau masuk tandas, air tandas pon boleh masuk.
Aku tak mengeluh. Tak ada yang tanya, dan tak ada yang peduli. Bila aku beritahu, abah buat muka. Dia beli tetapi dalam keadaan yang membuat aku serba salah. Sekolah menengah, aku pilih untuk duduk di asrama kerana taknak menyusahkan ibu hantar aku ulang alik.
duit belanja yang diberikan kepada aku RM30 sebulan. Brmaksud aku hanya boleh belanja kan satu hari seringgit sahaja untuk duit makan.
Aku diam dan terima. Sedangkan kakak dan abang aku yang lain mendapat RM5 satu hari. 3 tahun aku berlajar di sana, aku tidak pernh merungut, boleh kira pakai jari aku makan nasi ayam di kantin seperti pelajar lain.
Selebihnya aku beli roti, dan minum air watercooler sahaja kerana takank menyusahkan. Aku berharap mereka bertanya tetapi tidak, jadi aku pilih untuk diam.
Aku dapat tawaran ke MRSM pada tahun 2013, satu keputusan yang besar pernh aku lakukan. Berada jauh dengan keluarga walaupun negeri yang sama. cuma di sebalik laut. Di saat ibu bapa rakan-rakanku datang melawat mereka, aku hanya duduk di dalam bilik.
Menunggu.. Menungguu.. Dan menunggu. Ibu abah datang masa daftar dan waktu aku grad form 5 sahaja. Dua kali sepanjang aku duduk sana dua tahun. Abah selalu turun sana, berharap aku dapat jumpa dia..
Tetapi dia hanya tinggal barang aku di Postguard dan tulis note ” Abah belikan kak cik makanan”.. Perkara tersebut kerap kali berlaku. Pelajar lain setiap minggu balik sedangkan aku perlu menuggu cuti panjang SEBAB tak nak susahkan ibu abah.
Duit belanja apa lagi, aku jarang meminta. kawan2 lain outing, aku ikut dan hanya meneman kerana tak punya wang.
Sewaktu malam exam spm biologi, aku diuji. Ibu telefon, katakan yang dia sudah berpisah dengan abah. Satu lagi ujian datang. Sewaktu ini memang sebenarnya bnyak cerita yang keluar. Rupanya, sewaktu ibu mengandungkan aku, dia dipaksa gugurkan aku.
Pelbagai cara yang dibuat, tetapi tidak boleh dan kandungan dia selamat. Mereka memang dari awal tak mahukan aku.
Aku dengar ibu bercerita dan aku diam. Paksa hati untuk terima. Hidup aku mula berubah.. Dari seorang yang terima segala keadaan yang berlaku kepada seorang yang pemarah, pentingkan diri.
Kerana kasih sayang yang aku idamkan, biarlah aku carinya sendiri. Sewaktu diploma aku dapat tawaran biasiswa, lagi perkara berulang… tidak pernh mereka kesahkan aku yang berada jauh di rumah.
Aku tidak menelefon kerana tidak mahu bimbangkan mereka, malah aku dicop aku yang melupakan mereka. Betullah, kadang dunia tak adil.
Aku gunakan biasiswa, untuk diri aku, tanggung adik aku, bantu abang aku kadang2 dia sempit wang tanpa berkira. Tak pernah ada pon yang tnya, aku ni cukup duit ke tidak, makan macam mana.. aku masih pendam dan telan.
Kini semua dah besar, aku fikir tiada lagi istilah pilih kasih. Rupanya masih.. Aku sudah beritahu niatku untuk bertunang sebelum abang beritahu hasratnya untuk berkahwin.
Majlis abang berlangsung dahulu, sejak ibu tahu abang nak kahwin, keluar pagi pulang malam cari duit dengan alasan “abang takde duit tu nak kahwin”..
Setelah dikumpul2 ibu berikan abang dalam RM8K untuk bantu dia dengan majlis dia.
Aku diam, berharap bila masa aku. Ibu abah ada simpanan untuk dikeluarkan. Saat aku suarakan niat aku, untuk majlis aku. Perkataan pertama keluar dari mulut mereka “ibu takde duit” “abah takde duit”….. Sedangkan aku sudah beritahu niat aku sebelum abang.
Aku pendam.. Aku diam. Mungkin sudah bernanah barangkali hati ini. Selamat aku ada simpanan aku. Aku gunakan untuk tambah bagi majlis aku. Sedangkan aku anak perempuan, kami yang perempuan patut dilebihkan. Tapi tidak dalam keluargaku.
Kini aku bakal mendirikan rumah tangga. Aku berharap anak-anakku tidak merasa apa yang aku rasa. Aku akan memberikan layanan kepada mereka seadil yang mampu. Anak tidak minta untuk dilahir, dan memilih siapa ibu ayah kami.
Perkara sudah berlalu dan aku memilih untuk bercerita sebagai pengajaran semua. Bersikap adillah dalam menjaga anak kamu. Itu amanah Allah. Bermacam drama yang berlaku dalam hidup aku, cukuplah setakat ini aku berkongsi, sebagai pengajaran.
Terima kasih kerana memberi aku peluang untuk meluah. Sekian dariku.
– Khairiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit