Pendamnya Hati Seorang Menantu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/pendamnya-hati-seorang-menantu/).

Assalamualaikum. Hai. Lola datang lagi. Tapi kalini, inshaAllah last aku menulis disini, untuk clearkan semuanya. ️

Luahan kali ini pun sama, panjang. Kalini betul betul last aku menulis disini. No more confession after this.

Terima kasih kepada yang sudi baca kisah aku Pendamnya Hati Seorang Menantu. Semoga Allah membalas jasa kamu semua.

Terima kasih untuk semua komen, nasihat, teguran, hugs, everything…aku hargai sangat2. Sungguh terasa lapang sedikit hati aku setelah meluah disini walaupun sekadar menaip sahaja.

Berkisah tentang barang dapur, sebenarnya aku tak alihkan pun. Means mana mak letak bawang, situlah aku letak balik. tak ada satu yang aku alihkan dari kedudukan asal. Aku cuma tukar bekas daripada yang terdedah kepada yang bertutup supaya bahan masakan mak tak diganggu dengan lipas, tikus.

Mungkin betul teguran kalian, orang tua tak suka. Dan aku tak sepatutnya memandai-mandai, walaupun sebelum nak kemas aku dah minta izin, dan sebelum kemas pun aku dah bagitahu. Dan aku tak kemas depan mak.

Aku cuci peti ais yang kotor, kipas dapur yang kotor.. semuanya aku buat belakang mak. Waktu aku berseorangan di dapur. Terima kasih yang sudi menegur untuk part ini :)

Betul. Aku try hard. Aku sedar yang aku try hard. Aku datang sini, aku duduk sini, aku sedar diri yang aku ni cuma menumpang. Jadi aku tak boleh nak act jadi macam mem besar dalam rumah ni. Banyak mata yang memerhati. Banyak mulut yang menunggu masa untuk berbunyi.

Aku sedar aku datang sini, duduk sini bukan untuk 1-2 hari, bukan untuk seminggu dua. Tapi untuk tempoh yang aku tak tahu sampai bila. Jadi aku kena cuba cuba dan terus cuba untuk get along dengan mak, supaya tak ada suasana awkward dalam rumah ni.

Tapi kalini, aku ambil nasihat kalian. Aku takkan cuba lagi, dan aku takkan mengharap pada yang tak sudi lagi.

Aku datang sini, aku bukan bawak diri aku semata mata. Aku sedar aku datang sini, aku bawak nama baik umi abah sekali. Aku bawak air muka umi abah. Aku bawak didikan umi abah.

Kalau ada yang tak kena pada aku, pada cara aku, aku taknak orang tunding jari dekat umi abah. Cukuplah pada aku sorang.

Bila aku nampak mak tak suka aku kemas, so aku stop kemas barang dia. Sekadar lap habuk habuk sahaja. Mana yang mak biarkan terdedah semula tu, aku biarkan sahaja.

Mana yang dah bau hancing semula tu pun aku biarkan sahaja. Walaupun suami aku berkali kali pesan tolong kemas tempat2 mak tu, tapi aku abaikan saja sebab aku tahu apa yang akan jadi nanti.

Tapi lama-lama, aku pun tak mampu nak buat buat bodoh, buat buat pekak, bisu. Aku tak mampu nak buat buat pekak bila sedara mara datang ada yang berkias dengan aku tentang keadaan dapur, keadaan rumah.

Rumah kotor tak berkemas lah. Dapur kotor lah. Rak pinggan kotor. Tempat rempah semua kotor. Singki berlumut lah. Bekas tupperware tak bersusun. Ada makanan kering yang dah kena kencing tikus.

Kalau jenis yang beritahu awal2 nak datang, aku ada lah masa untuk buat apa yang patut. Tapi bila jenis yang datang mengejut, tau2 dah ada depan pintu.. yang ni aku pun tak boleh nak buat apa-apa.

Caranya memang tak sama dengan keluarga aku, sedara mara aku. Sedara mara aku, kalau datang rumah umi abah, nak masuk dapur pun minta izin dulu, apatah lagi nak memasak bagai.

Sama juga kalau kami ke rumah sedara, nak ambil air kat dapur pun minta izin. Dan umi paling pantang kalau kami adik beradik buka peti ais rumah orang, walaupun sedara sendiri.

Tapi tak sama dengan keluarga suami. Yang datang semuanya jenis sampai sampai terus terjah dapur. Capai kuali, capai periuk, capai jag, masak. Bila masak, mestilah tanya minyak mana, rempah kat mana, bawang mana, beras mana, gula mana, garam mana. Macam aku ni tak boleh sediakan apa2.

But its ok lah at least aku tak perlulah nak masak masak. Tapi jadi tak sedap bila tetamu datang (walaupun sedara), tengok keadaan dapur macam tu. Lepastu da siap makan apa semua, ada lah yang mula berkias.

Dia macam, ada menantu duduk sekali tapi rumah sama saja macam tak ada menantu yg tolon️ lebih baik duduk sorang kalau ada menantu pun tak boleh nak membantu.

Macam tu lah maksudnya ️ sekali dua, aku boleh buat pekak, buat tak tahu saja. Tapi bila kerap kali, aku jadi tak tahu macam mana nak buat buat pekak lagi.

Soal barang masak kami, memang asing semuanya. Kecuali beras sahajalah, macam yang aku mention dalam luahan aku sebelum ni. Garam, gula, kopi, teh, minyak masak, telur, milo, lauk2 basah, bawang, cili, kentang, sayur…

Semuanyalah yang untuk aku suami dan anak beranak aku makan, memang aku beli asing selama ni. Dan simpat di tempat yang asing. Tak kacau ruang barang mak.

Beli guna duit dapur yang suami aku bagi tiap bulan. Kalau apa yang aku nak pakai tu tak ada, tapi mak ada..aku tetap tak pakai mak punya. Aku bagitahu suami apa yang tak ada, minta dia belikan lepas balik dari kerja nanti. Sebab suami aku dah pesan apa yang tak ada, bagitahu. Jangan pakai barang orang.

Sama juga macam barang yang lain. Rak pinggan ke bekas makanan ke memang aku tak pernah ubah pun dari kedudukan asal dari hari pertama aku duduk sini. Barang lain pun, sofa ke pasu ke apa ke. Biar saja ditempat yang sama, tak beralih kedudukan pun, sekadar sapu sampah lap habuk saja.

Barang barang mak pun aku tak sentuh. Bertahun aku duduk sini, tak pernah sekalipun aku masuk bilik tidur mak. Tak tahu apa yang ada dalam bilik tu.

Aku tahu dalam bilik mak ada tandas ada bilik mandi (suami aku yang bagitahu), tapi aku tak tahu pun tandas tu macam mana apa semua. tak ada keperluan untuk aku masuk bilik mak. Dan aku tak bagi anak anak aku masuk bilik orang lain.

Nak mengemas waktu raya pun, aku tak adalah bentang carpet, tukar langsir, tempah langsir sebarangan. Mana yang mak keluarkan dari almari, itulah yang aku dan suami tolong pasangkan.

Bekas bekas untuk hidang kuih pun, tak adalah aku nak keluarkan bekas aku (hadiah kawen). Guna mana yang mak keluarkan je.

Sekarang pun aku dah tak masak untuk mak. Macam yang aku cakap, bila banyak yang tak dimakan, jadi aku dah decide untuk masak cukup2 sahaja untuk kami anak beranak.

Mak aku biarkan saja, terpulang lah nak masak apa nak makan apa. Cuma Ramadan kalini aku masih masak macam biasa, sayur lauk semua aku masak.

Pelawa mak macam biasa. Mak rasa nak makan, makan. Mak tak makan pun takpe. Saki baki tu aku boleh reheat untuk sahur nanti. Tak perlu nak masak macam biasa. *Mak? Memang tak makan pun apa yang aku hidang tu.

Tapi takpelah. Mungkin tahun ni saya boleh rehat kan mak? Nanti anak anak menantu menantu mak yang lain tu balik, saya tak perlulah nak masak hidang untuk sahur dan berbuka puasa macam tahun tahun sebelum ni kan?

Saya tak perlulah nak menahan sabar dalam hati lagi bila saya sorang bangun awal masak untuk sahur, buat air, siapkan nasi, hidangkan pinggan cawan.. yang lain lain tu, dah nak sahur baru bangun basuh muka lepastu terus hadap makanan.

Pernah rasa nak hidang untuk suami dan anak anak saya sahaja, memandangkan apa yang saya masak tu pun 100% dari duit dapur yang suami saya bagi. Yang lain lain tu pandai pandai lah masak untuk anak beranak sendiri. Tapi saya tak sampai hati mak nak buat macam tu.

Sebab ada budak budak. Anak anak saya lapar pun saya tak sanggup nak tengok. Kesian tengok budak budak yang berpuasa lapar sebab tak sahur.

Hati orang saya tak tahu. Apa yang dikatakan mulut orang pun saya tak tahu. Takut saya mak. Paling saya takut kalau orang salahkan umi abah tak pandai didik anak anak.

Mak, cukuplah mak tuduh saya ambil barang2 masak mak. Saya sedih mak bila kadang2 mak minta anak lelaki mak carikan, dan anak mak terus tanya saya. Bertubi tubi mak soalannya saya ada ambil ke, saya pakai ke.

Berulang saya jawab tak ambil, tak pakai.. tapi suami tak percaya saya. Sebab yang guna dapur untuk masak memang 98% mak dengan saya je.

Apa tak cukup ke duit dapur yang suami saya bagi selama ni? Selama ni ada ke barang masak mak hilang / berkurang? Susu pun saya beli sendiri mak. Nangis saya mak. Depan mak saya menjawab dengan suami saya. Ini ke yang mak nak tengok?

Bila anak anak menantu menantu mak yang lain balik sini, masak guna barang barang yang saya beli, guna lauk lauk yang saya dan suami beli, makan minum makanan kami anak beranak, sikit pun saya tak pernah bising mak.

Sekali pun saya tak pernah tanya siapa pakai ni, siapa pakai tu. Sebab semua fikir tu barang barang mak.

Lupa yang saya ni ada suami, yang tiap bulan bagi duit dapur untuk saya beli barang2. Sebab saya tahu tak salah kongsi rezeki, bukan selalu..dan duit boleh dicari.

Saya tahu mak ada sorok barang barang masak mak dekat tempat lain. Saya tahu sebab saya pernah nampak mak simpan. Saya diamkan saja sebab tu barang mak. tak ada hak untuk saya nak bertanya kenapa. Cuma saya terfikir mak, kenapa baru sekarang mak nak sorok?

Kenapa tak dari hari pertama, bulan pertama saya duduk dirumah mak? Kenapa sejak anak anak mak yang lain balik, mak buat macam ni.

Saya tak rasa mak sorok dari anak anak mak. Sebab kalau anak anak mak nak guna barang tu pun, mereka akan tanya mak. Maksudnya mereka memang tahu mak sorok.

Sama juga macam apa yang mak masak untuk diri mak sendiri. Sekarang dah tak sama macam dulu. Sekarang, lauk yang mak masak pun mak sorok, letak ditempat lain. Tak seperti kebiasaan ,tinggalkan saja di dapur.

Takut saya makan ke mak? Takut tak cukup untuk anak anak mak yang lain tu ke? Kenapa baru sekarang mak? Saya tak makan pun mak, walaupun kadang2 teringin. Yelah air tangan orang tua, umi jauh. Nak merentas pun tak lepas lagi.

Kalau mak tinggalkan apa yang mak masak tu di dapur, at least saya tahu mak masak apa harini. Mak makan apa harini. Bukan untuk saya nak makan apa yang mak masak. Setidaknya kalau anak lelaki mak tanya saya mak makan apa hari ni, saya ada jawapannya.

Tapi sekarang dah tak ada jawapan lah untuk semua tu. Saya dapat bau saja mak. Tak tahu mak masak apa sebab mak masak awal pagi waktu orang tengah tido.

Bertahun saya duduk dengan mak, jarang saya dapat rasa air tangan mak. Kalau mak pelawa pun, mak akan pelawa depan suami saja.

Dua waktu saja saya dapat rasa air tangan mak, dan saya sangat sangat bersyukur dengan moment tu ; bulan ramadan (tahun tahun sebelum ni, tahun ni tidak lagi), dengan hari raya. Tapi raya tahun ni saya mungkin takkan makan apa yang mak masak.

Saya segan mak. Saya takut orang tak ikhlas dengan saya. Apa yang saya makan, itu yang akan masuk dalam badan.

Saya mengandung lagi mak. Saya kesian anak saya yang masih di dalam ni kalau saya makan apa yang orang tak sudi hidangkan. Saya masih boleh masak sendiri, dan saya masih boleh beli apa yang saya nak makan.

Ada juga komen yang saya baca, cuba tanya cara mak masak macam mana, cara potong potong ni macam mana. Walaupun kita ni sebenarnya tahu saja, tapi buat buat saja macam tak tahu. Minta mak ajar. Inilah yang aku cuba nak buat dari hari pertama aku duduk sini.

Sebelum aku tinggalkan umi pun, umi pesan duduk dengan mertua kena banyak bertanya, jangan buat hal sendiri, masak ikut cara mereka.

Saya cuba umi. Tapi maaf, sekarang saya memang kena buat hal sendiri. Saya penat nak cuba lagi, saya mampu berdoa saja umi.

Awal awal dulu aku selalu tanya mak, mak nak makan apa. Untuk aku masakkan. Aku tunggu respon mak.

Kalau responnya mak request aku masakkan something, barulah aku boleh proceed tanya next question macam,

“Nak masak tu macam mana mak?” “kalau style saya masak tu macam ni, cara mak masak macam mana?” atau “mak boleh tolong ajarkan saya tak?”. Tapi aku tak pernah dapat respon macam tu. Macam mana aku nak proceed soalan ni.

Jawapan yang aku kerap dapat sama saja. “Masak macam biasa jelah”. Kerap kali inilah jawapan yang aku terima. Sama juga kalau aku tanya “yang ni nak kena potong macam mak?”. Jawapan mak “potong jelah macam biasa”.

Jawapan yang aku terima tak sama macam menantu menantu lain.

Kalau menantu menantu lain tanya mak, mak boleh saja jawab potongnya kena macam ni, nak masak ni mula mula kena letak ni, lepastu masukkan pulak yang itu sekian sekian sekian. Tak sama dengan jawapan yang mak selalu bagi aku bila aku tanya.

Kadang kadang suami ada minta masakkan apa2, tapi tanyalah mak dulu nak masak macam mana. Mula mula dulu aku rendahkan hati tanya dengan mak kebiasaan cara mak masak macam mana.

Tapi jawapan mak, samalah macam apa yang aku tulis dekat atas tadi. Dua tiga kali aku rendahkan hati, tebalkan muka tanya walaupun aku dah tahu jawapan mak apa.

Lama kelamaan aku tak tanya lagi dah. Aku terus masak saja. Kadang suami suruh tanya mak masak macam mana pun, aku lebih rela google atau cari resepi di fb saja. Sebab aku tahu setidaknya aku dapat jawapan, cara dan resepinya macam mana.

Mak, mak lupa yang mak masih ada anak anak perempuan yang belum kawen. Mak lupa mak masih ada anak anak perempuan yang tengah hangat bercinta. Mungkin mak juga lupa, anak anak perempuan mak ini akan kawen satu hari nanti, kena ikut suami, ada mertua dan bergelar menantu.

Saya cuma berharap anak anak mak dilayan mertua dengan baik, dan diterima dengan baik dalam keluarga suaminya nanti. Minta dijauhkan anak anak perempuan mak rasa apa yang saya rasa sepanjang saya bergelar menantu, mejadi sebahagian dari keluarga ini, dan duduk dirumah mak ini.

Terima kasih mak untuk tahun tahun sebelum ni. Saya minta dihalalkan semuanya. Saya tak mampu nak berhadap dengan mak, saya tak kuat nak tengok muka mak. Sebab mak pun tak sudi tengok muka saya.

Tiap kali saya bertanyakan apa2, kadang mak tak jawab pun, kalau mak jawab pun, mulut mak saja yang berbicara, mata dan muka mak tetap tak pandang menghala ke saya. Saya cuma buat buat kuat. Terpaksa kuat depan anak anak, sebab taknak anak anak saya tersalah faham.

Untuk yang bertanya mak sakit apa. aku betul betul minta maaf, tak dapat untuk aku tuliskan disini.

Betul mak masih boleh buat kerja, boleh angkat barang, boleh masak.. tapi pergerakan mak sebenarnya sangat terbatas. Apa yang mak buat tu, itu rutin yang mak memang dah biasa buat dari zaman mak muda dulu.

Pergerakan mak ada masanya terbatas, ada masa masa tertentu, mak perlu dipimpin, tak boleh dibiarkan sendirian.

Mak masih boleh uruskan diri sendiri cuma kadang2 ada juga masanya mak membuang dan tak cuci bersih. Jadi akulah yang akan kena tolong bersihkan. Tak dapat aku nak jelaskan, risau kalau ada yang boleh detect siapa aku.

Tentang bil. Rumah tak besar tapi kenapa bil boleh ratus ratus tinggi macam tu sekali sampai boleh buat bayar bulanan sewa rumah? Aircond? Rumah ni ada saja aircond. Tapi tak banyak pun, pakai pun sekejap saja waktu malam. Bila dah sejuk off aircond atau set dry. Siang tak buka.

Bil tinggi bila tak ada common sense. tak ada rasa tanggungjawab. Buka air paip, lepastu masuk bilik memerap dalam bilik. Air dibiarkan terbuka.

Kalau sejam dalam bilik, sejam lah air tu terpasang. Takkan aku nak kena perhati semua paip dalam rumah ni? Takkan aku nak kena tengok orang dalam rumah ni buat apa.

Kalau aku nampak air dah terpasang macam tu, ya aku tutup. Takkan aku nak biarkan. Aku tahu bil dalam rumah ni semua suami aku yang bayar. Kalau bil tinggi aku juga yang kena jawab nanti.

Tapi aku mampu tutup jelah. Dah berapa lama terpasang, dah berapa banyak air yang dibiarkan terbuang macam tu saja, aku pun tak tahu.

Masak air guna water heater, selagi ada air dalam tu selagi tu lah duk ulang panaskan yang sama. Suis? Susah betul nak off suis lepas dah guna. Kadang2 aku bangun 3-4am nak ke tandas, aku tengok suis masih on.

Bila rasa jug nya, dah sejuk. Tak panas, tak suam. Entah dah berapa jam la agaknya dibiarkan macam tu. Belum campur lepas guna iron, suis tak tutup. Iron pulas sampai habis pula tu. Belum campur lepas dah charge fon, suis tak tutup. Tak campur lagi dengan kipas 24/7 terpasang dalam bilik.

Adalah sekali tu salah sorang adik suami pergi ke tempat lain seminggu. Aku ni bila tutup suis kipas area ruang tamu, area dapur, aku masih lagi dengar bunyi kipas yang terpasang, cuma tak tahu datang dari mana. Entah macam mana hari ke-7 aku tiba2 rasa nak buka pintu bilik si dia ni.

Ya, Bunyi kipas tu datang dari bilik dia. Jadi maknanya selama seminggu dia tak ada tu, kipas 24 jam terpasang, kali dengan 7 hari.️

Aku tak rasa tu tanggungjawab aku nak kena cek setiap bilik yang ada dalam rumah ni memandangkan tuan bilik masing2 dah ada. Kalau dulu, bolehlah aku buat macam tu, tolong sapu, tolong bersihkan habuk. And kadang2 aku/suami akan solat dalam bilik yang dah lama tuan tuan nya tak balik ni.

Tapi sekarang, dah tak bolehlah. Tuan tuan biliknya dah ada. Bukan tanggungjawab aku lagi nak bersihkan, nak kena cek bahagian dalam bilik masing masing, nak kena pesan tutup suis, tutup paip air. Semuanya dah besar. Tak ada yang umur 10 tahun pun.

Dengan suami, bila cakap tentang bil semua, aku pernah cakap adik beradik awak itu ini, buka air tak tutup, buka suis tak tutup.

Jawapan suami aku, “kenapa awak tak tolong tutupkan?”️ Pusing2 aku juga yang kena. Sebab tu aku banyak pendam. Pada aku, kalau aku cakap pun, aku yang kena balik, lebih baik aku tak payah cakap. Malas. Penat. Dulu, aku susah sangat nak menjawab suami aku.

Bukan aku tak cuba nak luah. Tapi bila nak luah saja mesti point akan dituju balik pada aku. Jadi luahan aku tu rasa terbantut. Tersekat.

Tapi sekarang sejak dua menjak ni, aku dah mula berani jawab balik cakap suami aku. Maafkan aku suami. Aku penat. Tentang bil, aku menjawab. Bila mak seakan menuduh nuduh aku depan suami, aku menjawab balik kata kata suami depan mak.

Aku penat mak. Aku penat suami.

Setiap hari aku tak sabar tunggu waktu malam, tak sabar tidurkan anak, tak sabar tunggu lampu bilik tutup, tak sabar tunggu bilik jadi gelap gelita. Sebab aku tak sabar nak menangis dalam diam, nangis puas puas sampai aku tertidur.

Aku penat wahai suami. Penat hari2 fikir macam mana nak slow talk dengan kau. Penat macam mana nak bagi kau faham dengan keadaan aku, keadaan rumah, mak kau lagi. Aku penat sangat nak fikir. Aku penat fikir macam mana dan bila waktu yang sesuai untuk luah dan berterus terang.

Aku tak tahu nak mula macam mana, dari mana. Bila aku try up sikit saja, kau pasti akan tanya aku semula kenapa jadi macam tu.

Like “kalau awak tak ada buat pape, takkanlah boleh jadi macam tu”. “Kalau awak tak ada cakap apa2, takkanlah mak nak buat macam tu”. Macam mana aku nak bagi kau faham.

Luahan aku jadi terbantut. Semoga aku ada kekuatan untuk cuba luahkan segalanya, slow talk, minta untuk pindah, ceritakan segalanya pada kau wahai suami, sebelum aku rasa tawar hati dan betul betul penat dengan semuanya.

Aku pun kadang kadang kesian dengan suami. Aku tahu dia pun ada masanya stress dengan mak, dengan adik beradik yang lain.

Pernah juga beberapa kali suami aku mengadu pada aku. Tentang mak, adik beradik. Aku cuma mampu dengar saja lah. Kadang kadang kesian. Tapi diri aku sendiri ni pun kesian jugak. Lagi kesian.

Adik beradik yang lain lain tu yang dah balik sini, macam yang aku kata. Ada yang kena buang kerja, dan ada yang resign.

Jadi masing2 balik dalam keadaan melenggang dan jobless. And still jobless. Macam parasit jelah makan tidur makan tidur. Mintak itu ini dengan mak. Mana nak datang duitnya nak tolong bayar bil, belanja barang rumah?

Suruh kerja? Letih nak cakap. Aku diamkan saja yelah sebab aku kan orang luar. tak ada yang nak dengar pun. Semuanya macam parasit hidup bergantung dengan orang. Mak? Tetap menangkan anak2 nya yang jobless ni. Tapi bila susah, tetap cari suami aku. Sebabtu aku masih tesekat disini.

Aku taknak cakap banyak sebab nanti point yang ada aku ni pun jobless, housewife. Makan pakai harapkan suami. Jadi aku diam jelah. Suami pun diam saja sebab dah tahu apa jawapan mak bila sebut pasal kerja dekat anak anak nya yang jobless.

Aku yang jobless ni? Pernah juga try nak berbisnes, dari rumah. Tak kisahlah baking ke, ambil tempahan ke atau paling kurang pun join dropship ke. Tapi suami tak bagi. Masih mampu tanggung keperluan dan kehendak aku dan anak anak.

Untuk suami, aku harap kau faham dengan diri aku. Aku minta janganlah suruh aku kemas barang2 mak kau lagi, jangan suruh aku kemas singki, itu ini. Sesungguhnya aku dah penat.

Penat sangat setiap malam sebelum tidur, memang rutin aku clearkan singki, buang semua sisa kotoran, buang sampah, tapi bangun pagi singki penuh, sampah bersepah. Lagi penat bila kau minta aku tolong kemaskan. Aku kena bersihkan untuk benda yang aku tak buat.

Kadang aku kemas. Kadang aku biarkan saja. Sebab bukan aku yang sepahkan, yang kotorkan.

Minta maaf kalau lately ni aku sedikit kurang ajar, menjawab semua yang kau cakapkan. Aku kena bela diri aku sendiri, sebab tak ada sape yang nak pertahankan aku. Apa2, mesti mak dulu. Kau tak pernah tanya perasaan aku. Aku tahu syurga kau pada mak, tapi takpelah. Aku pun malas nak panjang cerita.

Aku dah cuba cerita tentang rumah, alhamdulillah suami aku kata akan carikan tempat berteduh yang lain untuk aku dan anak anak. Bila? Tak pasti. Harapnya dalam waktu yang terdekatlah.

Tapi untuk perkara yang lain, luahan nya aku masih rasa tersekat. Tunggu masa dan keadaan yang sesuai, inshaAllah akan aku cuba slow talk dengan suami.

Tentang tong beras, rasanya nak dekat2 raya nanti suami aku mesti perasan. Sebab bertahun tahun memang aku dan suami yang banyak tolong mak urus bahagian dapur untuk persiapan raya.

Cukuplah rasanya sampai sini. Alhamdulillah lepas baca komen, teguran, nasihat, aku rasa sedikit lega dan tenang. Terima kasih semuanya. Terima kasih sangat2. Semoga kalian dijauhkan dari manusia2 yang fake dan toxic.

Pada yang tegur aku jangan sentuh barang orang tua, aku takkan buat lagi dah lepasni. Pada yang tegur aku abaikan dan jaga diri kesihatan mental fizikal diri sendiri, inshaAllah ini yang akan aku applykan bermula harini.

Pada yang tegur aku jangan mengharap pada yang tak sudi, inshaAllah aku takkan harap kan apa2 lagi dah lepasni.️

Pada yang bagi aku ayat2 untuk dibaca ketika ada masalah, ketika sedih. Allahu. Aku sungguh terharu. Semoga Allah membalas jasa dan kebaikan kamu semua.

Pada yang nasihatkan aku untuk beli cctv, tiba2 rasa diri ni bodoh sangat sebab tak pernah terlintas langsung sepanjang bertahun tahun kawen ni.

InshaAllah aku akan cari cctv yang bersesuaian dengan bajet yang aku ada. Secepat yang mungkin. Cukup untuk aku protect diri aku dari asyik dituduh lagi2 hal yang melibatkan barang masak.

Aku tahu semua keputusan ditangan aku. Selagi mana aku pilih untuk pendam, selagi tu aku kena bertahan. Benda takkan berubah kalau aku tak ambil langkah untuk selamatkan diri selamatkan perasaan diri sendiri.

Terima kasih pada yang nasihatkan aku untuk pindah keluar dari rumah ini. Ini yang aku harapkan dari dulu. Harapnya kalini harapan aku ini dapat dimakbulkan dengan bantuan doa dari kalian. Terima kasih.

InshaAllah aku akan cuba untuk berterus terang, slow talk dengan suami, pujuk suami. Kau lembutkanlah hati suamiku Ya Allah. Bukakan hati suamiku untuk pandang semuanya dengan mata hati, bukan pandang dengan sebelah mata.

Untuk diriku Lola bukan nama sebenar, semoga kau terus kuat untuk jaga diri sendiri dan anak anak. Ramai pembaca yang mendoakan kau. Ramai yang bantu doakan kau agar dapat kerja, dipermudahkan urusan. Semoga Allah bantu aku dengan memakbulkan doa doa kalian semua.

Semoga yang baik2 semuanya berbalik pada kalian semua. Terima kasih. Alhamdulillah masih ada manusia yang prihatin, yang ada timbang rasa. Terima kasih Allah.

Kau balaslah mereka mereka yang sudi mendoakan aku dan anak anak, yang sudi beri teguran pada aku, yang sudi menasihatkan aku, yang sudi berikan pandangan mereka dengan cara aku, yang sudi memahami isi hati aku ini dengan 1001 kebaikan. Aamiin️

Terima kasih semua,

LOLA ♥️ – dah cuba dan mula buat hal sendiri dan haluan masing masing.

– LOLA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *