Pendamping Jiwaku

Assalamualaikum.. Kali ni saya nak share sesuatu yang berlaku dalam hidup saya sejak sebulan yang lepas.

Saya peminat page ni. Saya tahu sejak dulu lagi dalam page ni ada banyak perkongsian bab amalan surah Al-Waqiah. Dulu time saya rasa nak baca, saya baca… Tapi tak konsisten…

Sejak sebulan lepas… saya berusaha amalkan konsisten setiap hari biasanya selepas solat subuh dan bersedekah selepas solat. Maybe time ni terperap dalam rumah kan… banyak masa. Entahlah tetapi kali ni saya nekad nak beristiqamah.

Kali ni, saya betul2 menghayati setiap baris ayat. Baca 1 ayat, terus baca dulu terjemahan ayat tersebut. Agak lambat sikit nak habis satu surah. Lagi2 saya ni jenis kalau baca al-Quran.. jenis nak cepat2 habis.

Tapi saya paksa jugak diri. Sebab selama ni tajuk Al-Waqiah tu sendiri hari kiamat kan… Apa kena mengena dengan rezeki.. jadi saya cuba nak memahami surah tu… dengan baca terjemahannya betul2 setiap hari.

Allah Maha Besar… tak sampai seminggu rutin saya macam tu.. hati saya rasa sedih. Saya menangis setiap kali baca surah Al-Waqiah. Kenapa… saya pun tak tahu.

Minggu ke dua, saya menangis teresak2 macam saya pernah menangis semasa putus cinta zaman belajar dulu. Tapi bezanya, lepas menangis.. saya rasa ‘clean’. Tenang sungguh hati saya.

Saudara/ saudari semua… tujuan awalnya saya baca surah tu sebab saya nak cari kat mana yang di sebut2 rezeki….

Yelah… sebelum ni ramai dah baca surah ni,murah rezeki kan… Apa istimewanya… Siapa yang nak ajar saya… tak ada siapa. Duduk diperantauan pun, masjid pun tutup… faham2 je. So, saya baca je dulu terjemahan berulang kali setiap pagi.

Sebenarnya bab rezeki… dari minggu pertama saya baca surah ni lagi bisnes saya naik mendadak. Saya ni jual dropship je. Untung bagi satu barang RM5 macam tu je… bisnes online ni hanya sampingan.

Saya ada kerja tetap juga. Tetapi…. betul lah… memang hp saya bertalu2 masuk order. Dulu kalau saya post produk di Facebook, susah nak masuk order. Dalam minggu tu saja saya dapat untung 4 angka. Alhamdulillah.

Sebelum saya baca surah ni, saya derma dulu selepas solat subuh. Saya aim hari2 nak derma walaupun 1 ringgit. Ada hari yang saya terdetik nak derma lebih tapi duit nanti kurang…

Yelah.. hari2 nak menderma kan… esok lusa derma lagi… nak spare jugak duit untuk esok lusa tapi pengalaman saya… bila kita tak ada duit dan memaksa jugak untuk derma apa yang kita terdetik mula2 tu… derma aje lah… Allah akan ganti banyak sangat… hari yang sama.

Ada suatu hari… masa tu saya off kejap bisness. So memang tak ada order baru masuk masa tu. Biasanya kalau saya balik kampung (masa tu dah dibenarkan balik kampung), saya sibuk kan dengan family.

Huha huha dengan mak ayah adik beradik sampai lupa nak selawat, zikir, baca surah pendek ape2. Saya paksa juga bangun awal pagi time semua tidur… memang tak nak putus rutin sedekah dan surah Al-waqiah.

Biasanya setiap hari memang akan ada order masuk, orang bagi makanan, orang bagi pertolongan… semua itu rezeki… Hari tu tak ada apa…

It’s okay… bila kita dah menerima selalu… mestilah tertunggu2…. Malamnya sebelum tidur… saya fikir2 balik… Apa yang aku dapat hari ni Allah bagi….

Allahuakbar… Saya terlupa yang hari tu, anak saya dapat rezeki baju baru. Sebelum tu saya dah bercadang nak gantikan baju anak yang tak muat ketat, nak membeli di mall…

Saudara saya datang hulurkan berhelai2 baju petangnya. Siap dengan set baju dan seluar. Saja dia nak bagi, katanya. Baik kan Allah ni? Kita manusia je yang buruk tak bersyukur…

Maaf agak panjang tapi saya belum habis lagi.. sebenarnya ni part paling emosi untuk saya tulis.

Saya ada suami yang baik… Dia ada nilai moral sangat tinggi. Suka menolong orang, suka sedekah… layan dan tanggung hidup saya dan anak semuanya sempurna.

Anak saya pun mewarisi genetiknya yang baik.. dengan dia, saya dapat anak yang comel, yang sentiasa dipuji2 bila keluar ke mana2. Hidup kami walau tak mewah tapi sentiasa kenyang dan cukup. Tak pernah susah sangat.

Alhamdulillah. Cuma ingatlah… saya tak perfect.. suami pun sama… Yang wajib tak ada masalah. Solat, puasa, zakat tak pernah miss.

Yang sunat… Yang bab ajarkan dan bimbing anak isteri tentang agama…. saya dah lama redha… Biarlah saya cari ilmu agama sendiri… Mana tahu, boleh ajarkan untuk anak juga. Kerana saya ni perlu juga dibimbing. Saya nak pakai tudung labuh… suami kata okay.

Tapi setakat tu je la. Esoknya saya pakai balik bawal yang biasa saya pakaikan. Sungguh, hati saya tak kuat lagi. Nak ajak jadi imam… dia tak confident. Dia takut sebab tak pernah jadi imam.

Tapi apakan daya, tugas imam hanya lelaki saja yang pegang. Saya tak boleh ganti bab tu.. itu yang saya katakan… tak ada yang sempurna. Hebat dari segi lain, lemah dari segi satu lagi pula. Saya pun sama.

Suatu hari…. Ada kawan di Facebook lorongkan untuk saya untuk berhubung dengan seorang alim. Panjang kisahnya tapi seperti saya cakap kat atas…. setiap apa yang saya dapat adalah rezeki. Allah bukakan hati kawan saya untuk bagi jalan saya berhubung dengan guru tu….

Inilah rezeki terbesar saya sepanjang amalkan surah Al-Waqiah. Saya dapat berguru direct dengan orang alim. Saya dapat menuntut ilmu sebetul2nya macam tujuan mula2 saya baca Al-Waqiah dulu.

Bonus, saya dapat ramai teman baru yang seangkatan… yang sama2 nak belajar…. macam2 kami belajar. Seronok macam nak menangis kalau teringat.

Suami saya okay. Dia support jaga anak kalau saya busy. Dia tak kisah sebab memang sifatnya dari dulu macam tu. Sebenarnya dapat suami jahat ujian… dapat suami baik pun ujian juga. Sekarang apa2 rezeki saya dapat, saya dapat tu dari Allah.. saya banyak fikir macam tu.

Contoh dulu saya teringin nak makan apa2…. Tiba2 suami balik kerja bawa pulang makanan yang saya mengidam tu… padahal tak ada saya bagitahu sesiapa… dalam hati je.

Tup tup, si dia belikan. Ouhhh.. bangganya saya masa tu…. konon soulmate, sehati sejiwa nak canang biar semua yang tahu….. Padahal itulah rezeki Allah nk bagi…

Allah jentikkan hati suami untuk belikan saya makanan… Kalau bukan rezeki saya, saya kirimkan suami beli pun… memang tak akan dapat. Adalah insiden terlupa lah, lupa bawa wallet la.. kedai tutup la… Konsep rezeki.

Ini cuma confession dari insan hina macam saya… Tidak berniat nak bagi pengajaran atau nak bermegah2… tidak sama sekali… Cuma malam ni tangan ringan menaip…

Andai kata tulisan ni tak dapat mendatangkan kebaikan, harap tidak mendatangkan yang buruk2… Saya doakan semua yang membaca dilimpahi rezeki yang melimpah ruah, berkat dan berpanjangan….

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *